Afektif, kognitif, dan psikomotor saling berkait dalam membentuk personaliti manusia. Sebagai individu semestinya seseorang itu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Jadi, manusia saling bergantung dalam mendapatkan semua keperluan ini. Jika dikaitkan dengan teori realiti pula, orang sekeliling merupakan aset penting dalam membina POWER, FREEDOM, FUN, SURVIVAL DAN JUGA LOVE AND BELONGING. Aku cuba ya! Hari raya aku gagaskan sebagai freedom and fun.Mungkin juga boleh kaitkan dengan power, survival dan love and belonging. Wah! Inilah nikmat hari raya yang ALLAH ciptakan dan hadiahkan untuk kita. Kenapa aku katakan Hari raya sebagai power? Hal ini menandakan kekuatan manusia menahan hawa nafsu sempena bulan Ramadhan Karim. Pada bulan ini amalan-amalan ditingkatkan dan sebagai titik tolak untuk detik-detik seterusnya dalam melipatgandakan ibadah kepada ALLAH. Malahan, aku katakan juga sebagai survival. Survival pada pandangan aku kerana hari raya itu merupakan cabaran jika dipandang luas, kerana setelah mengharungi dan berperang dalam menahan godaan nafsu akhirnya manusia itu mendapat power. Power itulah yang ingin aku kaitkan sempena hari raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, dengan teori realiti. Boleh ke aku kaitkan. Aku akan digunakan sebagai tanda manusia itu mempunyai hati nurani dan juga kekuatan dalam menerima suruhan Allah. Jika berjaya mengharunginya, maka manusia itu akan mendapat ganjaran daripada Allah dan aku katakannya juga sebagai POWER daripada Allah untuk POWER manusia. Namun, harus kita sedar POWER ALLAH dan POWER kita itu berbeza. POWER ALLAH ialah diberikan kepada kita setelah kita SURVIVAL dalam mendapatkan POWER sebagai tanda dan hadiah daripada ALLAH. Setelah semuanya diperoleh, aku ingin kaitkan pula dengan Love and Belonging.Sepanjang berada di universiti, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sahabat-sahabat banyak membantu aku. Bantuan yang kita saling berikan "Win-win Situation" itu semoga ada balasan daripada ALLAH SWT juga bukan antara kita sahaja. Jika sahabat senang, diri kita pun senang, jika sahabat susah, kita pun akan susah. Inilah yang dinamakan naluri keikhlasan. Bersahabat ini juga termasuk dalam keluarga kita. Hubungan dengan adik-beradik dan ibu bapa juga dikatakan sebagai pertalian afektif. Semoga pertalian afektif ini akan memberi kekuatan, POWER kepada individu-individu lain juga. Selaamt hari raya kepada semua kawanku pelajar bimbingan dan kaunseling khasnya dan seluruh yang mengenali diriku secara langsung dan tidak langsung aku mengenali kalian.
Sempena bulan berkat ini dan kedatangan Syawal yang dinantikan, aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Maafkan aku jika tersilap kata, terlepas pandang dan semua salah silap aku. Aku mohon maaf dengan serendah hatinya kepada semua yang mengenali diriku. Aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang memberikan kad hari raya. Jika dahulu, kad hari raya bertimpa-timpa, sekarang ini kerana makin sibuk, hanya SMS sebagai penggantinya. Malahan juga testi dalam friendster juga tidak aku terbalas beratus agaknya kad hari raya elektronik kuterima. Yer ker..? huhu..Namun, aku hargainya. Dalam masa orang menghantar kad elektronik, aku menerima kad juga daripada sahabat-sahabat baik ku. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi hadir dalam hidupku terutama teman-teman seperjuangan. Sepanjang pengajian ini, rakan-rakanlah yang menjadi keluarga keduaku.
Aku dedikasikan juga tanda penghargaan aku kepada guru-guru aku yang tercinta. Jasa kalian aku tetap junjung hingga akhir hayatku. Terima kasih kerana mendidik diri ini. Kelak aku akan pergunakan nilai yang kalian berikan untuk aku. (Ni nak kaitkan dengan apa ni kalau teori realiti?Sudah semestinya Love and Belonging antara guru dan pelajar serta Power laa..hehe)
Aku dedikasikan juga kepada semua pendidik yang banyak memberi nilai kepada aku iaitu pensyarah-pensyarahku. Anda aku doakan semoga berada di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat kelak. Ameen. InsyAllah. Aku juga doakan kepada orang yang sering memberi nilai kepada aku semoga dipanjangkan umur. Aku dedikasikan kepada En.Aziz, Dr.Alya, Dr. Jazimin, En.Taq, En.Anuar, En.Mus, Dr.Fauziah, En.Zul, P.A aku, Prof Mad Dr Malek, Abe Nor..keke..Puan Hapsah, Cik Amelia, Dr Ard, dan semualah pensyarah aku yang menrangkap pendidik aku...sertaaaaaa....semua kaunselor-kaunselor..cikli, cikgu Fazlie, dan semua yang aku kenali di blog dan alam maya juga. Terima kasih semua. Selamat menyambut hari lebaran. Semoga kalian dipanjangkan umur dan diberi keberkatan oleh Allah. InsyaAllah semoga hati-hati kita ditautkan dengan hubungan kasih sayang Allah.
Terima kasih yer..Yati, Zeti dan Dewi kerana masih konvensional dengan memberi kad raya pada hari akhir kelas. Ke"konvensional"an anda..amat touching..hhihiiiii...Terima kasih juga kepada geng lelaki, Faiz, Iman, Azril dan yang lain kerana agak rapat berkawan. As juga banyak membantu aku. Maksud aku tiada gape antara kita ya..sebab masing-masing jadi diri yang real. Itu yang aku suka. Pastu dengan duk berkongsi kat YM dan macam-macam lagi. Gembira mengenali anda semua. Aku doakan kejayaan dan kegembiraan hati sahabat-sahabat juga kerana kejayaan kalian kejayaan ku juga. U i LOV3.
Sekian, Terima Kasih...,













.jpg)




1.jpg)
