Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, November 19, 2008

Remaja dan Tingkah laku Menyeleweng

Assalamualaikum. Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang gejala remaja pada hari ini yang mungkin biasa tetapi luar biasa pada personaliti seseorang individu itu iaitu berkait dengan Sexual Harrassment. Mungkin biasa berlaku, tetapi sikap endah tidak endah menjadikan perkara tersebut tiada siapa yang ingin mengkajinya. Melalui kajian yang saya lakukan sempena dengan pilihan tajuk tugasan yang dibuat pada semester ini, saya ingin mengulas tentang tajuk Sexual Harrassment.

Mengapa saya (penulis) memilih tajuk ini?Kerana terdetik ingin mengetahui apakah punca dan jadahnya terutamanya remaja bersikap sedemikian. Sexual harassment atau penyalahgunaan simbol lucah dalam kalangan remaja atau kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan sudah menjadi perkara biasa dalam pergaulan sosial mereka. Jika dibandingkan dengan keadaan sosial dahulu, penyalahgunaan simbol lucah ini jarang berlaku dan tidak digunakan. Masyarakat dan sosio budaya dahulu, mempunyai perasaan malu yang tinggi untuk melakukannya. Sekarang, sudah terhakis kesemuanya, hanya menanti retak jika tidak diambil peduli terhadap kenakalan ini. Perbuatan dan tingkahlaku ini termasuk dalam kategori delenkuen. Konsep delenkuen mempunyai makna yang luas dan pelbagai pendapat mengikut pandangan hidup dan falsafah pengkajinya. Makna paling mudah delenkuen ialah juvenil yang terpesong daripada norma masyarakat. Kenakalan yang dimaksudkan tidak boleh dibiarkan dengan begitu sahaja memandangkan kesan yang bakal timbul akan lebih parah. Kajian yang penulis lakukan ialah penggunaan simbol lucah atau sexual harassment dalam kalangan remaja. Jika dilakukan oleh golongan dewasa semestinya dikatakan sebagai masalah atau konflik seksual dan tindakan undang-undang boleh diambil. Namun, dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, mereka berjinak-jinak serta terdedah dengan penggunaan simbol lucah ini mereka dikatakan masih diperingkat awal
.:girl_7:



Penggunaan simbol lucah ini tidak disengajakan oleh mereka tetapi dianggap sebagai keseronokan dan berlaku secara spontan sekadar suka-suka. Oleh sebab itu, masalah atau delinkuen “suka-suka” ini tidak boleh dibiarkan, kemungkinan besar akan menjadi suatu keterbiasaan kelak. Kenakalan ini sememangnya mengganggu norma sosial, agama serta budaya timur. Bentuk salah laku penggunaan simbol lucah masih tidak dianggap sebagai sifat peribadi dan tanggungjawab mereka yang sebenar jika usia mereka masih belum matang. Penyalahgunaan simbol lucah seperti menjelirkan lidah, isyarat tangan, simbol-simbol lukisan kepada seseorang, dan sebagainya akan memberi kesan yang parah jika kenakalan ini tidak dirawat diperingkat awal lagi serta akan memberi kesan kepada masalah sosial yang lain pula. Justeru, memandangkan isu remeh yang bakal menjadi parah jika tidak diambil perhatian, penulis terdorong untuk mengkajinya. Delinkuen ini dalam kategori delinkuen tidak agresif iaitu kesalahan menggunakan simbol isyarat lucah. Statistik pada tahun 1999 hingga 2001 menunjukkan @ehsan02peningkatan dari bilangan 508 kepada 538 kes penyalahgunaan terhadap penggunaan simbol isyarat lucah.

Latar belakang responden yang dikaji ialah dari aspek usia individu remaja tersebut, agama, jantina, golongan yang bersama terlibat, fizikal mereka, bahasa dan gaya percakapan mereka serta isyarat yang mereka gunakan sebagai simbol lucah ini. Dari segi usia individu tersebut ialah antara lingkungan 14 tahun, dua orang remaja lelaki yang berada di stesen bas Tanjong Malim. Pakaian individu tersebut agak sosial dan tidak menampakkan attiude remaja yang berdisiplin atau dengan erti kata lain terlalu “sempoi”. Raut wajah kemelayuan dan kemungkinan beragama Islam. Manakala bahasa dan percakapan mereka seronok-seronok sambil bergelak ketawa. Mereka berada di pekan Tanjong Malim dan di tangan salah seorang remaja tersebut memegang tiket bas. Komunikasi bahasa yang digunakan oleh mereka ialah bahasa Melayu dengan gaya biasa-biasa sahaja. Sesiapa yang lalu di hadapannya di sound sambil berseloroh, tersengih-sengih dan apabila orang memandang, diberi simbol lucah dengan isyarat tangan. Manakala rakan di sebelahnya tergelak-gelak.

Teori yang penulis ingin kaitkan dengan tingkahlaku delinkuen ini ialah teori psikologi iaitu dalam aspek teori tingkahlaku. Dalam teori tingkahlaku, ahli psikologi tingkahlaku berpendapat bahawa, personaliti adalah hasil daripada pembelajaran daripada interaksi individu lain. Teori ini dinyatakan oleh John B. Watson dan Havard B. F. Skinner. Tingkahlaku yang menyimpang ialah disebabkan oleh hasil pembelajaran melalui pemerhatian kepada individu lain.

Justeru, penulis ingin kaitkan bahawa, tinglahlaku sexual harassment ataupun penggunaan simbol lucah terbentuk daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Teori tingkahlaku menyatakan, tabiat manusia yang menjadi masalah ialah apabila manusia ataupun remaja itu menerima daripada persekitaran yang salah. Justeru, media massa, rakan sebaya dan keluarga yang positif memainkan peranan utama dalam membentuk dan mempengaruhi tingkahlaku positif.

Di samping itu, teori tingkahlaku menekankan proses pembelajaran yang menggunakan konsep peneguhan dan dendaan penting untuk menjelaskan sebab sesetengah tingkahlaku perlu wujud dan tidak perlu wujud. Bagi tingkahlaku yang baik akan diberi peneguhan, manakala tingkahlaku yang tidak elok harus diberi dendaan dan amaran agar tidak menjadi keterbiasaan termasuklah aspek amaran dan dendaan yang professional terhadap penyalahgunaan simbol lucah dalam kalangan remaja. Tujuannya dalam membendung agar tidak menjadi habit dalam diri remaja.

Selain itu, dalam teori tingkahlaku ini menyatakan tingkahlaku manusia seperti penyalahgunaan simbol lucah ini terbentuk akibat daripada proses peniruan. Sutherland (1949) dalam Ab. Halim Abdul Rahim (1994) menyatakan tingkahlaku delinkuen wujud kerana dipelajari daripada rakan sebaya. Beliau mengemukakan teori jenayahnya dalam aspek teori tingkahlaku iaitu, tingkahlaku dipelajari daripada interaksi rakan sebaya dan pengaruh sahabat karib sangat kuat bagi mempelajari tingkahlaku jenayah ataupun terpesong. Pengaruh luar, media massa dan sebagainya mempunyai tarikan yang kuat kepada pelajar untuk melakukan delinkuen. Remaja dan kanak-kanak lelaki berkelakuan ganas akibat daripada menonton aksi-aksi di televisyen termasuklah dalam aspek peniruan kehidupan sosial remaja yang menyalahgunakan simbol lucah yang dipaparkan di kaca televisyen.

Hasil eksperimen menunjukkan bahawa, remaja dan kanak-kanak akan menunjukkan reaksi spontan dan apabila menjadi ingatan dalam fikiran akan dikekalkan dan akhirnya menjadi tabiat. Tidak kiralah tempat, masa atau siapa, penyalahgunaan simbol lucah isyarat tangan dan menjelir lidah itu dilakukan dengan spontan. Niat suka-suka hasil peniruan daripada sekeliling akhirnya menjadi tabiat dan memberi kesan kepada masalah seksual. Namun, kepentingan dalam teori tingkahlaku ialah proses mengawal pembelajaran melalui pemerhatian, model, dendaan dan hukuman serta media massa. Pengaruh ini merupakan aset untuk individu bertingkahlaku sedemikian termasuklah isyarat penyalahgunaan simbol lucah.

Pada pendapat penulis, faktor yang menjadikan remaja berkelakuan menyalahgunakan isyarat dan simbol lucah disebabkan oleh perasaan inginkan keseronokan. Keseronokan mereka itu mereka tidak sedar bahawa menyalahi adab dan juga budaya. Namun, mereka tidak berniat untuk melucah, tetapi berlaku secara spontan. Hal ini boleh dikaitkan dengan diri remaja yang terlampau ingin berseronok sehinggakan tidak dapat menilai baik dan buruk. Individu ini kemungkinan belum mencapai kematangan. Peringkat yang belum matang juga dikenali sebagai pre-matured. Menurut Corey, (2000) menyatakan manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk memelihara dirinya dan manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Justeru, ingin saya kaitkan bahawa apabila remaja menemui kematangan, mereka boleh digolongkan sebagai remaja yang rasional dan sebaliknya. Jika mereka telah matang mereka akan tahu bahawa elok , baik atau tidak menggunakan isyarat simbol lucah itu. Justeru, langkah yang sesuai agar remaja menemui identiti diri yang benar, ialah remaja harus mecari kematangan. Kematangan boleh dicari dengan membuat perhatian, penilaian, tunjuk ajar daripada seseorang yang lebih matang daripada mereka. Oleh sebab itu, pemerhatian kepada tingkahlaku yang baik amat penting untuk dinilai oleh remaja. Di sini peranan keluarga merupakan aset berharga bagi membentuk tingkahlaku beradab. Ibu bapa juga boleh bersama anak-anak menegur jika anak-anak tersalah menggunakan dengan spontan isyarat lucah tersebut. Guru-guru juga perlu mendekati pelajar-pelajar dengan menasihati mereka tentang adab-adab dan juga tingkahlaku yang baik dan sesuai diikuti walaupun dalam masa inginkan keseronokan agar tidak melampaui batas sehingga boleh menjejaskan perasaan malu dan akhlak mereka.

Selain itu, faktor yang menyebabkan remaja menyalahgunakan simbol atau isyarat lucah ini disebabkan oleh pengaruh media massa dan internet. Pada masa kini, rancangan yang berbentuk melampaui batas sosial menjadi santapan semua golongan termasuklah remaja. Cerita dan tayangan berunsurkan seks sentiasa dipaparkan. Contohnya, dalam siaran rancangan televisyen barat, kehidupan sosial mereka bebas dan bercakap lucah, mencarut sentiasa dipaparkan. Contoh ayat pelakon ketika aksi marah “ I Fuck You “, “ “Wanna Rape Test” sambil menunjukkan isyarat tangan sangat menjelikkan dan menjatuhkan maruah. Remaja yang mudah terikut amat rapuh untuk terpengaruh dengan media termasuklah di internet dengan ayat-ayat dan kata-kata lucah disalurkan akan diterjemahkan oleh remaja melalui simbol yang dilihat.
Disamping itu, faktor penyalahgunaan simbol lucah ini kemungkinan disebabkan pengaruh bersama rakan-rakan ataupun rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan agen yang paling dekat dengan seseorang remaja. Pepatah ada mengatakan, jika ingin melihat siapa remaja tersebut, lihatlah sahabat di sekeliling dan dengan siapa mereka berkawan, itulah ciri peribadinya. Sememangnya untuk judge personaliti seseorang tidak boleh tetapi itulah hakikat yang harus diterima kerana faktor itu turut mempengaruhi tingkahlaku dan peribadi seseorang remaja. Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor penting sebab remaja menyalahgunakan isyarat dan simbol lucah. Rakan sebaya memainkan peranan penting bagi mencorakkan tingkah laku remaja. Remaja lebih selesa berada bersama rakan sebaya kerana mereka menganggap rakan sebaya dapat memahami mereka berbanding ibu bapa. Lazimnya remaja berpegang kepada gaya, tingkah laku, kata-kata dan sikap rakan sebaya. Seseorang rakan sebaya mempunyai subkultur tersendiri. Sokongan emosi dan kemesraan rakan sebaya menyebabkan seseorang remaja lebih menghormati dan meletakkan nilai yang tinggi kepada rakan sebaya termasuklah dalam aspek terikut-ikut dengan kata-kata dan perbuatan menunjukkan isyarat serta simbol lucah. Menurut Mohamad Daud Hamzah, (1994) menyatakan sebelum remaja menjadi remaja, seseorang praremaja belajar untuk menilaikan keistimewaan dan penghormatan antara mereka memandangkan wujud kemesraan dalam kalangan mereka. Dalam masa remaja, mulalah wujud kekalan hubungan dengan rakan-rakan untuk mendapatkan sokongan emosi, hubungan mesra yang serius akan berlaku antara lain jantina, Gardner (1978). Hal ini menunjukkan bahawa, pengaruh rakan sebaya amat penting dalam membentuk personaliti dan peribadi remaja. Justeru, perbuatan rakan mereka semuanya betul. Jadi, tidak hairanlah individu itu menurut dan melakukan perbuatan menyalahgunakan simbol lucah itu kerana mereka mempelajari daripada rakan-rakan mereka.

Faktor nilai moral yang rendah juga merupakan penyebab isyarat dan simbol lucah disalahgunakan oleh seseorang remaja. Perasaan malu yang menebal sudah mula terhakis tidak kiralah perempuan apatah lagi lelaki. Nilai moral yang disebabkan kekurangan didikan rohani oleh ibu bapa dan persekitaran yang kurang sihat. Persekitaran dan kekurangan pendidikan akan menjadikan nilai hidup atau moral mereka seakan-akan kabur, kehilangan penilaian timbang tara baik dan buruk. Oleh sebab itu, seseorang remaja mudah terikut dan terpengaruh dengan penggunaan simbol isyarat lucah. Contohnya, jika dilihat di dinding di stesen bas, penggunaan isyarat lucah, tulisan-tulisan kotor akibat mereka yang tidak bertanggungjawab itu menghiasi papan board di stesen bas. Apabila remaja melihat, mereka akan terikut. Jika di sekolah pula, buku-buku latihan diconteng juga dengan isyarat dan simbol lucah. Hal ini menunjukkan betapa sadisnya nilai moral dalam kalangan remaja pada hari ini berkait dengan penyalahgunaan simbol dan isyarat lucah.

Faktor ingin lain dari yang lain dalam diri remaja juga merupakan puncanya. Ingin lain dari yang lain juga boleh dikaitkan dengan devian. Apabila mereka menyalahgunakan simbol lucah, mereka merasakan diri mereka hebat kerana hanya mereka sahaja yang tahu, dan mendapat perkembangan tentangnya. Simbol lucah yang orang lain tidak tahu, mereka tahu dan mereka tergelak-gelak apabila mangsa terpinga-pinga setelah diisyaratkan simbol lucah. Itulah yang mereka rasakan diri mereka hebat. Malahan juga, mereka katakan bahawa, sempoi dan tidak terlalu skema jika menggunakan simbol dan isyarat lucah itu. Bermakna, mereka inginkan kebebasan termasuklah dalam aspek bertingkahlaku. Namun, mereka tidak berfikir baik atau buruk isyarat tersebut. Sekali gus akan memberikan kesan jangka panjang kepada mereka. Contohnya akan terjebak dengan seks bebas, pelacuran dan sebagainya.

Selain itu, keinginan dan naluri ingin mencuba terhadap seks belainan jantina menyebabkan mereka menggunakan simbol lucah. Jika dilihat manusia yang ketagih seks, biasanya mata melilau, lidah pula dalam keadaan ghairah terjelir-jelir amat tragis. Namun, bagi remaja pula, itu ialah isyarat untuk mengajak pasangan dalam melakukan seks. Apabila isyarat itu digunakan, maknanya, pasangan akan faham dan ada juga remaja yang mencabar pihak berlawanan jantina dengan menunjukkan isyarat lucah. Akibat rasa tercabar dengan isyarat yang digunakan itu, maka terdorong untuk melakukan hubungan seks. Penggunaan simbol dan isyarat lucah ini akan memberikan kesan yang tidak baik dari segi perhubungan sosial memandangkan simbol itu ialah simbol lucah yang akan menjahamkan diri remaja dalam kancah maksiat.

Penulis menyedari bahawa, penyalahgunaan simbol lucah ini akan memberi kesan yang tidak baik. Pertama sekali dari segi perasaan malu yang terhakis dalam diri. Penulis merasakan jika tahap malu tidak ada dalam diri, seseorang itu tergamak untuk melakukan dan menunjukkan isyarat lucah. Perasaan malu itu bagi penulis, harus dipupuk agar menjadi benteng kukuh daripada melakukan perkara yang melanggar norma diri, norma masyarakat serta agama itu sendiri. Jika perasaan malu untuk melakukan perkara buruk ini tidak ada, maka rendahlah harga diri seseorang itu.

Penulis menyedari bahawa, kes-kes yang berlaku ialah daripada perkara yang sentiasa dianggap ringan dan mudah. Perkara mudah ialah seperti, penyalahgunaan isyarat menjelir lidah. Kes ini penulis kaji akibat pernah berlaku kepada diri penulis iaitu seorang lelaki pernah menjelirkan lidah kepada rakan penulis dan penulis terpinga-pinga tidak faham. Pada awalnya penulis faham bahawa jeliran itu hanya sekadar main-main tetapi apabila diberitahu oleh sahabat penulis, penulis terkejut dan penulis rasa malu dan berfikir bahawa tergamak lelakinya lelaki tersebut melakukan perbuatan itu. Justeru, penulis berminat untuk mengkajinya dan memerhati untuk kajian ini kebetulan berlaku kes di Tanjong Malim.

Penulis menyedari bahawa perbuatan seperti itu perlu dielakkan dan menguatkan benteng rohani agar tidak mudah terpengaruh dengan sikap tersebut. Apabila ada kekuatan rohani, semua perkara yang tidak baik dapat ditempis. Malahan juga, penilaian sebelum melakukan sesuatu perkara perlu dinilai terlebih dahulu walaupun ingin berseronok agar tidak tergelincir daripada landasan. Justeru, untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pendekatan dan strategi untuk menghidarinya perlu difikirkan. Jika ada permasalahan, carilah penyelesaiannya agar tidak terus berlaku dan memberi kesan yang memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.


Implikasi kepada kaunselor iaitu penulis mendapati; memandangkan kes dan permasalahan kenakalan dalam kalangan remaja bagi isu sexual harassment (penyalahgunaan bagi isyarat dan simbol lucah) ini akan memberikan kesan yang negatif, kaunselor perlu mengambil langkah-langkah dan pendekatan yang sewajarnya bagi menangani masalah ini habis-habisan dan menutup pemikiran remaja agar langsung tidak terdedah dengan penyalahgunaan dan simbol isyarat lucah ini. Berikut implikasi kajian terhadap kaunselor.

Pertama sekali, kaunselor perlu mendekati pelajar dan mengetahui permasalahan pelajar untuk mengetahui sebab mereka melakukan isyarat simbol lucah. Pelajar-pelajar harus didekati agar mereka mendapat khidmat dan tunjuk ajar daripada kaunselor. Kaunselor harus sedar bahawa bukan memberi khidmat kaunseling sahaja malahan mendidik jiwa pelajar agar mereka kenal dan sedar pertimbangan baik dan buruk dalam bertingkahlaku. Justeru, dengan pendekatan mendekati pelajar, kaunselor akan dapat mengetahui punca dan secara tidak langsung remaja akan dekat dengan kaunselor. Perasaan malu untuk bertingkahlaku sedemikian akan terbentuk dan mungkin tidak akan berulang.

Selain itu, program bercorak mendidik jiwa dan dalaman pelajar juga harus dilaksanakan. Program berbentuk mendidik diri dari segi akhlak dan disiplin penting bagi melahirkan anak didik yang berperibadi dan berpersonaliti unggul. Contohnya, kaunselor mengadakan program “ Pengurusan Diri dan Tingkahlaku”, program “ Apresiasi Diri dan Moral” dan sebagainya. Keberkesanan program dapat dilihat apabila pelajar-pelajar melakukan anjakan dalam tingkahlaku. Pada masa inilah kaunselor perlu menerapkan nilai peribadi yang tinggi dan juga elakkan kata-kata kesat, elak penyalahgunaan simbol lucah dan sebagainya dalam pergaulan.
Di samping itu, kaunselor juga perlu mengaktifkan pembimbing rakan sebaya. Hal ini kerana, penerapan dan kaedah-kaedah kepada pembimbing rakan sebaya dalam menangani masalah delenkuen termasuklah masalah sexual harassment amat penting bagi memastikan kes-kes sosial yang lain tidak merebak. Kedegilan remaja dapat dikurangkan jika wujudnya pembimbing rakan sebaya kerana merekalah yang berperanan dalam mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Jika pembimbing rakan sebaya tidak menjalankan fungsi dengan berkesan, maka risiko untuk lebih terjebak dengan gejala delinkuen yang lain juga akan menjadi parah. Pembimbing rakan sebaya dapat melihat isyarat dan simbol lucah bagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakan dan mereka akan melarang dengan baik rakan-rakan mereka itu. Justeru, latihan dan teknik berkomunikasi dengan berkesan perlu diterapkan kepada pembimbing rakan sebaya dalam menasihati rakan-rakan mereka.

Gabungan kesepakatan antara kaunselor, guru-guru dan ibu bapa :girl_4:juga harus dilaksanakan. Contohnya, melalui aktiviti pendidikan dan pencegahan akhlak sumbang boleh dilakukan dan menerangkan kepada ibu bapa untuk menasihati anak-anak agar mereka tidak terlibat dalam delinkuen sexual harassment ini. Pendidikan kepada ibu bapa perlu diterapkan agar mereka tidak terlepas pandang dengan sikap anak-anak. Walaupun hanya melalui kata-kata dan simbol isyarat lucah, kesannya akan mengundang keparahan kepada anak-anak itu sendiri jika dibiarkan akan memalukan keluarga juga. Justeru, kaunselor harus bertindak dalam menggemblengkan usaha untuk bersama ibu bapa dan guru-guru yang lain agar peribadi dan akhlak pelajar terpelihara kerana pendedahan kepada unsur seksual ialah bermula daripada penyalahgunaan simbol dan isyarat lucah ini.

Selain itu, kaunselor juga harus bersepakat dengan pihak sekolah dan memberikan anugerah kepada pelajar contoh dari segi akhlak dan komunikasi. Dengan cara ini, para pelajar akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri mereka. Peneguhan harus diberikan kepada mereka untuk meningkatkan semangat mereka dalam menjadi pelajar yang berdisiplin dan terpelihara akhlaknya termasuklah bebas daripada sexual harassment ini. Aktiviti dan program mingguan dan bulanan iaitu memberi anugerah kepada pelajar peribadi mingguan. Dengan cara itu, pelajar akan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menjejaskan akhlak mereka.

Kaunselor juga harus menggunakan pendekatan psikologi iaitu, mengajar kepada rakan-rakan mereka agar tidak menghiraukan individu yang bersikap sedemikian pada ketika itu. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan individu terbabit. Walaupun nampak berat, dan tidak elok serta memberi kesan kepada pelajar itu, teknik hukuman secara psikologi ini akan mengajar pelajar untuk tidak melakukannya lagi. Namun, pelaksanaan tindakan ini perlu difikir baik buruknya juga agar tidak memberikan kesan jangka panjang dan apabila pelajar tersebut sedar akan kesalahannya, gunakanlah pendekatan psikologi untuk membina semula hubungan dengan pelajar tersebut serta nyatakan sebab sikap tidak hirau yang mereka melakukan. Teknik ini ialah teknik yang perlu dikaji oleh kaunselor. Kadangkala teknik kesenyapan iaitu tidak menghiraukan kata-kata, dan tingkah laku pelajar tersebut ketika melakukannya, akan memberi celik akal kepada pelajar itu sendiri.

Cadangan saya (penulis) iaitu sebenarnya terdapat banyak cadangan dan langkah untuk melindungi daripada sexual harassment ini. Namun, keberkesanan pelaksanaannya menjadi penentu berjaya atau tidak untuk membendungnya. Justeru, cadangan yang penulis sarankan ialah meliputi aspek diri remaja, ibu bapa, persekitaran sosial masyarakat, institusi sekolah dan tindakan tindakan undang-undang.

Pertama sekali cadangan dari aspek kendiri remaja itu sendiri. Seseorang remaja itu perlu melalui zaman remajanya dengan penuh berharga agar tidak mempersiakan zaman remaja. Akhlak-akhlak yang baik perlu diikuti dan akhlak yang menjerumuskan kepada masalah sosial wajib ditinggalkan kerana akan memberi kesan negatif yang berpanjangan. Sekali buat, masyarakat akan melabel remaja itu tidak berakhlak. Termasuklah kes sexual harassment ini. Pandangan luar kepada kendiri remaja akan kekal jika tingkahlaku tersebut terus dilakukan dan persepsi luar juga akan mengatakan bahawa remaja tersebut mungkin teruk dari aspek yang lain. Justeru, remaja harus berfikir secara rasional dan mencari kematangan dalam mendidik diri sendiri. Segala yang baik dan yang buruk itu berpunca daripada sikap diri sendiri remaja itu sama ada ingin kebal atau ingin di ceroboh oleh anasir luar. Bagi mengelakkan sexual harassment ini menular dan terbiasa dalam diri, amalkan sikap yang positif. Banyak perkara yang boleh dilakukan daripada melakukan sexual harassment walaupun tujuan ingin berseronok dan berhibur, harus kena pada tempatnya.

Selain itu, ibu bapa harus memberikan perhatian dan peka terhadap sikap anak-anak. Ibu bapa tidak harus memandang remeh dan lekeh terhadap perkara sexual harrassment. Jika tidak, ibu bapa jugalah yang akan menanggung malu. Jika anak-anak berbuat tingkahlaku sedemikian, nasihati mereka dengan baik dan beritahu sebabnya dengan jelas. Jika dibiarkan, akan merosakkan akhlak diri remaja dan pandangan luar akan mengatakan ibu bapa pula yang tidak tahu mendidik akhlak anak-anak mereka. Jika menonton televisyen bersama anak- anak, jika unsur aksi @upin01sexual harassment ini secara tidak kebetulan dimainkan di kaca televisyen, beritahu mereka agar tidak meniru perlakuan sebegitu. Pendidikan secara tidak formal ini sememangnya akan memberikan ingatan dan kesan mendalam kepada anak-anak tambahan pula remaja tidak suka diberi nasihat secara keras. Justeru ibu bapa perlu memahami psikologi mereka dan memahami pendekatan yang untuk menegur sikap tidak elok tersebut. Tanggungjawab ibu bapa ialah membentuk akhlak anak-anak mereka untuk menjadi manusia yang terbaik demi masa depan dan kehidupan mereka.

Selain itu, masyarakat juga harus peka dengan keadaan semasa, :girl_4:bagaimana bentuk dan simbol isyarat lucah tersebut. Kadang kala, ada yang tidak mengetahui bahawa simbol itu adalah simbol lucah. Dengan kepekaan itu, masyarakat akan boleh bertindak bagaimana ingin membendungnya. Contohnya, saling tegur menegur dan tanamkan dalam diri bahawa, anak jiran mereka, anak mereka juga dan perasaan tanggungjawab bersama dalam diri itu perlu wujud serta perlu sentiasa dipupuk. Namun, ibu bapa pula tidak harus melatah jika anak mereka ditegur oleh jiran-jiran mereka ketika anak mereka melakukan isyarat dan simbol lucah. Contohnya ketika bermain bersama rakan-rakan yang lain dan jiran ada bersama, jirannya itu perlu melarang dan menegur. Ibu bapa janganlah pula merasakan terhina atas teguran keatas anak mereka itu.

Institusi pendidikan juga harus memainkan peranan penting @lol sebagai agen penyuburan sosial. Sosial yang terbaik dapat dicorakkan melalui sistem pendidikan negara. Contohnya, guru-guru di sekolah perlu mendidik jiwa pelajar agar kaya dengan akhlak yang baik. Sikap dan teladan perlu ditunjukkan oleh guru-guru kepada anak didik. Guru-guru perlu menjaga tutur kata dan komunikasi mereka, serta elakkan perilaku kurang sopan walaupun dalam keadaan ingin bergurau dengan pelajar. Kebanyakannya, simbol dan isyarat lucah ini berlaku dengan spontan. Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara perlulah berfikir sebelum bertindak dan lihat siapa di hadapan kita; anak-anak didik. Pendidikan seks juga wajar diterapkan dalam konteks dunia pendidikan. Pendidikan ini akan membuka mata pelajar agar tidak sesekali menyalahgunakan simbol lucah atau isyarat lucah ini dengan sewenang-wenangnya.

Tindakan undang-undang perlu juga dikenakan. Berpuncanya gangguan sexual harrassement ini akan memberi kesan kepada permasalahan sosial yang lain. Contohnya, kes ketagihan seksual, liwat dan rogol@sad @ayukkanak-kanak dan sebagainya. Inilah punca asalnya iaitu sexual harassment. Undang-undang patut dikenakan sebagai tindakan pencegahan awal. Permasalahan dan punca utama kes tersebut bermula daripada sexual harassment iaitu penyalahgunaan simbol lucah. Jika dibiarkan akan terus melarat. Justeru, undang-undang Piratepatut digubal dan dikuatkuasakan dalam membendung masalah ini. Undang-undang tingkahlaku tidak sopan yang mencabuli norma masyarakat perlu dikenakan, contohnya tindakan hukuman penjara. Walaupun nampak tidak masuk akal, tetapi tindakan inilah yang perlu dikuatkuasakan. Jika ada hukuman untuk kes rogol, mengapa tidak dari awal adanya hukuman :girl_13:kepada sexual harassment ini? Hal ini kerana, segala pokok pangkal bermulanya daripada perkara yang sering kita terlepas pandang iaitu sexual harassment ataupun penyalahgunaan simbol lucah. Selain itu, pemansuhan unsur-unsur cerita dan bahan lucah terutama sekali yang mengaitkan pendedahan awal sexual harassment perlu dilakukan oleh kerajaan. Hal ini kerana, buku-buku, majalah yang memaparkan simbol lucah perlu dimansuhkan dan tindakan hukuman berat wajar dikenakan terhadap peniaganya. Justeru, cadangan saya ialah, pihak kementerian penyiaran perlu menapis setiap paparan di kaca televisyen dan juga menapis sebarang penerbitan yang boleh mengundang kepada remaja untuk bertingkahlaku sedemikian. LipsareSealedMalahan juga Kementerian Sains dan Inovasi perlu menyekat punca-punca maklumat yang mempunyai isyarat dan simbol lucah ini. Jika di televisyen, kata-kata dan aksi artis dalam filem itu perlu diselidik satu persatu sebelum disiarkan. Jika wujud filem dan rancangan seperti ini, filem-filem ini perlu disekat terus daripada mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Jika dibiarkan dan diambil tentang perkara ini, akan memporak-perandakan masyarakat. Ibu bapa sendiri perlu mengawal tindakan dan kelakuan anak-anak daripada menyaksikan rancangan seperti ini. Jika terkebetulan siarannya ketika menonton bersama anak-anak, ibu bapa terus menegur dan memberi peneguhan bahawa perbuatan dan kata-kata yang dipaparkan itu tidak elok. Namun, larangan daripada pihak berkuasa tidak ada maknanya jika individu itu sendiri tidak berusaha membanterasnya.

:girl_15:Kesimpulannya, delenkuen sexual harassment ini perlu dicegah agar tidak terus menular dalam pengetahuan diri remaja untuk melakukannya. Remaja yang terdedah dengan risiko ini akan berisiko tinggi untuk terlibat dengan masalah seksual yang lain. Justeru, semua pihak perlu prihatin terhadap masalah ini dan langkah mencegah dan mendidik perlu bermula daripada peringkat akar umbi.


Peringatan-Cuba anda klik di sini(
sila klik)juga kerana ini juga tingkahlaku menyeleweng. Namun, tingkahlaku ini tidak dipanggil delenkuen tetapi jenayah kerana sudah melibatkan usia yang dewasa. Paparan link ini juga menunjukkan salah satu jenayah.

Tuesday, November 18, 2008

Kejayaan dan Kebahagiaan


Kata Syaikh Hj Ibrahim Mohamad AsySyathiri; ‘Ramai manusia yang boleh mencipta kejayaan hidup tetapi tidak ramai yang boleh mencapai kebahagiaan’

Kejayaan itu boleh dicapai, diusahakan dan bersabar dengan kuat untuk melaluinya serta mencapainya dengan izin Allah. Sesungguhnya Tuhan amatkan kasihan kepada orang-orang yang rajin berusaha dan tidak berputus asa. Hakikat kebahagiaan paling besar ialah kebahagiaan hati hembusan daripadaNya untuk orang-orang yang terpilih- Afiti

@kakros01

Monday, November 17, 2008

Seni Dalam Psikologi dan Kaunseling

@upin02Assalamualaikum. Sebelum diri saya melontarkan pandangan berkait Seni dalam Psikologi dan Kaunseling saya ingin menyatakan beberapa atribut saya menulis entri ini. Pertama sekali sebagai refleksi terhadap pembelajaran yang diperoleh semasa dalam kuliah bersama mahaguru dan mahaguri saya. Keduanya, atas desakan apabila sebentar lagi saya akan membelek buku kaunseling Individu, kiranya saya ambil mood dahulu dengan menulis di blog ini. Ketiganya, desakan hati ini untuk menulis dan rasa sesak di dada jika tidak menyatakan sesuatu. Tiba-tiba naluri dan idea untuk menulis tentang tajuk ini tercetus. Itu sahajalah atributnya. Menjurus kepada pokok dan agenda perbincangan yang ingin dikongsikan, sebelum itu, saya bukanlah bijak pandai dalam peperiksaan mungkin itu tidak saya peroleh, namun hanya pelajar yang suka menilai untuk jadi cemerlang terhadap pembelajaran yang diperoleh.Seni dalam psikologi dan Kaunseling yang dilihat pertama sekali pada personaliti pencipta teori Psikologi itu sendiri. @ehsan02Melalui penganalisisan terhadap pembelajaran yang diperoleh melalui pensyarah dan pembacaan saya merasakan keunikan pada setiap pencipta teori. Jika dilihat kebanyakan mereka asalnya terdiri daripada orang yang bermasalah dan cara mereka menyalurkan diri dan memberi sumbangan melalui kekreatifan diri mereka untuk sesuatu yang berguna dan baik itu; yang saya katakan sebagai kreatif. Dalam pembelajaran pada semester tiga yang difahami, mungkin sikap ini dikatakan katarsis.



Kosakata itu mungkin sudah menjadi keterbiasaan kepada diri saya kerana terlalu kerap menggunakannya. Wah, alangkah bagusnya, jika pelajar-pelajar, kanak-kanak serta remaja bermasalah memahami juga konsep ini. Bayangkan jika dikumpulkan dan dihimpunkan segala salah laku pelajar seterusnya. diterbalikkan semua salah laku itu kepada sikap positif,..wah..amat kreatif, maka berkuranglah gejala sosial. Analoginya, timbunan wang palsu tiba-tiba ada kuasa ajaib yang menjadikan wang itu sah lakunya. Itulah yang saya maksudkan. Alangkah baiknya, jika semua dapat memahami kekreatifan dalam diri. Namun, manusia itu pelbagai, bergantung pada pilihan manusia sama ada untuk kreatif atau tidak kreatif dalam menyalurkan permasalahan kepada kebaikan. Hal ini terjadi mungkin disebabkan kognitif dan tahap pencapaian dalam pemikiran. Mungkin juga aspek perkembangan diri dan mungkin faktor nurture dan nature juga. Segalanya mungkin.Seterusnya, saya juga melihat ahli terapi dalam kaunseling ini kreatif kerana mencipta pelbagai teknik dalam menyelesaikan permasalahan klien. Namun, jika semua orang tahu tentang teknik-teknik dalam kaunseling, sudah semestinya setiap masalah dapat diuruskan oleh semua individu bukan setakat kaunselor sahaja yang menggunakannya dalam membantu kliennya tetapi seluruhnya. Wah..alangkah bagusnya kerana semua orang dapat menyelesaikan sendiri masalah/isu/perkara yang dihadapi(kurang beban kaunselor nanti yang kerjanya terlalu banyak). Namun, itulah hakikat yang kaunselor perlu hadapi dalam usaha membantu. Saya ingin mengajak para pembaca tentang peranan kaunselor. Mungkin ada yang mengatakan..hampeh jer kaunselor ni. Mungkin itu skema dan dalam pemikiran sesetengah orang memandangkan pengalaman melihat sesetengah kaunselor tidak ada kerja. Mungkin itu kan? Do not judge the book by its cover and we need to evaluate what happened around us. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkin pepatah Melayu yang lebih sesuai lagi, jika menjadi penternak kerbau, bau kerbau juga melekat pada badan( rekaan semata-mata).Itulah yang diusahakan oleh pendidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris; cuba melatih bakal kau.nselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak sedemikian. Insyaallah.Berbalik kepada seni dalam kaunseling, dalam kaunseling terdapat pelbagai teknik yang dicipta hasil seni kekreatifan oleh ahli terapi. Contoh yang jelas saya lihat iaitu melalui Terapi Gestalt. Terapi Gestalt merupakan terapi yang menekankan kesedaran here and now serta penyatuan antara pemikiran( kognitif), tubuh (fizikal) dan perasaan(afektif).Terapi ini tergolong dalam intervensi afektif dan dalam erti mudah; Terapi Gestalt, Pemusatan Perorangan dan Psikoanalisis tu kiranya adik-beradik sebab tergolong dalam Intervensi Afektif. Itulah intervensi mudah yang saya pilih untuk terangkan pada kalian. Afiti ni,.apa pula intervensi tu..Dengan kata mudah,..cara..atau pun jika belek kamus, maknanya campur tangan(but not mean kaunselor suka campur tangan dalam masalah orang yer..tetapi campur tangan "MEMBANTU"..hihiii). Dalam Terapi Gestalt, Pearls (Pengasas Terapi Gestalt) mencipta teknik-teknik seperti kerusi kosong, kerusi panas, teknik cermin, teknik making the round, teknik boleh mengumpat(ada jugak ker..pelik jer bunyinya..tetapi memang ada,.nama jer kurang enak didengar tetapi bagi kebaikan), teknik monoterapi, kontinum kesedaran dan pelbagai lagi. Wah, Kreatifkan Pearls mencipta teknik-teknik ini??? Inilah yang saya maksudkan seni dalam kaunseling. Ingin saya kaitkan juga, teknik-teknik ini terhasil daripada personaliti Pearls sendiri dan jika kita lihat personalti Pearls cenderung ke arah muzik dan pada masa yang sama dirinya juga menceburkan diri dalam bidang Psikologi. Nah, kita dapat lihat, bagaimana personaliti Pearls sendiri yang kreatif; iaitu dengan mengadaptasikan minat dirinya dalam bidang kaunseling<. Minat terhadap muzik disalurkan dalam bidang kaunseling. Mengapa Pearl cipta teknik ini juga???Sila jawab...Siapa boleh jawab dan bagi pandangan pada saya...tentang soalan itu, silakan...nak bagi hadiah..Malahan, kiranya, minatnya juga telah menghasilkan suatu keajaiban apabila minatnya itu turut disalurkan dengan membantu orang lain ekoran terciptanya teknik-teknik yang saya perjelaskan. Sudah terjawab atribut sebenar yang saya ingin kongsikan. Suka saya menyatakan,
saya bukanlah individu yang layak untuk membicarakan hal ini kerana saya sendiri belum lagi pakar dalam bidang ini, grad pun tidak lagi..baru semester 5. Itu bukan halangannya. Jika diandaikan saya kanak-kanak, saya masih bertatih dalam bidang ini, seperti kata pensyarah saya En.taquddin, bayi yang bertatih "toddler"..huhu...Namun, ini niat hanya sekadar ingin berkongsi sahaja.


@mail01Seni dalam kaunseling itu juga memang ada memandangkan setiap kaunselor itu perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam mendekati manusia. Jadi, selama ini sepanjang saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris, saya telah mempelajari tentang seni kaunseling. Mungkin anda tertanya juga, saya bercerita tentang kereatifan dan seni sahaja pada kali ini, mungkin ekoran personaliti penulisnya (kreatif ke mung nih..-Soalan kepada diriku, hehe). Mungkin. Saya ingin berkongsi juga, menjawab pertanyaan rakan-rakan sebelum ini, yang tidak meminati bidang kaunseling tetapi mendapat tawaran dalam bidang kaunseling. Contohnya, meminati bidang pentadbiran, dan ada yang meminati bidang lakonan dan drama. So, let's my friend..go on with your interest...and pandang luas untuk bidang kaunseling. Untuk tukar pengajian dalam bidang lain, kita sudah di semester 5. Pada pandangan saya, kalian dapat menjadi kaunselor yang pelbagai. Jika ada pertandingan lakonan dan drama, anda boleh salurkan dengan mengajar anak didik anda tentang itu. Nanti di sekolah kelak, "Siapa yang mengajar teater dan drama tu..." "Eh...kaunselor yang ajar.."Wah,..lihat kaunselor yang kreatif, dalam bidang seni pun go on..," Termasuklah juga, jika anda ingin mencapai tahap pakar dalam bidang yang anda minat itu, mungkin juga selepas ini, boleh menyalurkan minat anda itu di mana-mana pusat pengajian. Jika itu kehendak yang perlu anda penuhi anda bertanggungjawablah terhadap pilihan anda. Seni itu ada, cuma tidak dicari dan digali sahaja. Jika anda katakan anda tiada seni, masakan anda boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupan anda jika anda tidak kreatif. Seni itu bergantung pada personaliti individu tetapi seni yang dimaksudkan ialah seni kehidupan yang saya maksudkan. Kekreatifan terletak pada diri kita dan KAUNSELOR PERLU KREATIF dan untuk menjadi kreatif, rajin berfikir dan bergantung pada cara kita sendiri untuk menjadi kreatif termasuk dalam mendepani masalah dan isu diri sendiri. KAUNSELOR PERLU KREATIF ThumbsUpuntuk menghadapi insan-insan termasuklah guru-guru di bidang lain juga.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan, dan saya akan cuba belajar untuk huraikan juga berkait Seni Kaunseling dan Psikologi dalam perspektif Islam kelak. Namun, kekangan masa dan Seni dalam kaunseling ini akan bersambung...(mohon maaf, ayat saya agak cacarmerba kerana ingin cepat juga, memandangkan esok saya ada peperiksaan kertas kaunseling individu.)Terima kasih.
Angel

Will be continued..(The Art in Counselling and Psychology)




Saturday, November 15, 2008

Dr.Araz

Disebabkan aku menerima tagged yang diberikan oleh Dr.Araz...jadi aku letak ajer lah..and..aku tak nak tagged sapa-sapa pun..Maka aku menghadiahkan kembali(peneguhan positif) kepada Dr.Araz yang menghadiahkan lemang dan rendang kepadaku dengan selonggok rambutan kuning..
terima kasih =)

Friday, November 14, 2008

Mencipta Kelainan

Assalamualaikum. Jam menunjukkan 8.50 pagi. Pada kali ini, saya yang lebih dikenali (cikgu Afiti) ingin mencoretkan secebis pendapat dan perkongsian buat tatapan adik-adik di luar sana yang membaca blog Cikgu A. Mencipta kelainan? Mencipta kelainan yang dimaksudkan ialah melakukan sesuatu perubahan pada setiap hari dan juga menjadi seseorang yang kreatif daripada yang lain. Dalam konteks yang ingin cikgu A bicarakan bukan menjurus kepada ingin kelihatan hebat pada mata orang lain mahupun populis semata-mata. Namun, konteks sedar diri untuk menjadi berbeza itu yang cikgu A maksudkan. Jika dilihat pada hari ini, kebanyakan yang melakukan sesuatu itu kerana orang lain, bukan pada efikasi diri yang hadir. Justeru, nawaitu / niat dalam melakukan sesuatu itu perlu agar tidak tergelincir antara riak dan takbur dalam menjadi manusia yang berbeza. Usah dilihat pada perbezaan dengan orang lain,tetapi mencipta kelainan untuk diri sendiri. Tidak bermakna anda hanya mencipta kelainan untuk cemerlang dari segi akademik sahaja, tetapi tiada kepelbagaian dalam diri. Mana yang dikatakan sebagai kelainannya?Kelainan itu ada, contohnya mempelbagaikan diri anda (fikir dengan tersirat). Contoh paling mudah, jika anda seorang pemain badminton, adakah anda hanya cemerlang dalam sukan itu sahaja?malahan mencipta kepelbagaian itu perlu ada dalam setiap diri manusia yang mengenal potensi diri walaupun sebagai pemain badminton. Mungkin, bakat yang ada itu boleh dikembangkan lagi. Semoga, cetusan cikgu A kali ini, pengunjung blog mendapat sesuatu dengan mendalam kerana seorang pemancing tidak akan diberikan ikan, tetapi diberikan mata kail dan joran. Untuk mendapatkan ikan itu, bergantung kepada cara untuk memperolehnya.

Sekian Terima kasih.

Aku Kena Tagged

Bismillahirrahmanirrahim..Aku kena tagged...apa aku nak tulis ni..disebabkan Kamil tagged aku,..sebagai menyahut cabaran yang mencabar kewanitaan aku,..aku jawab jew...(To Kamil-saya jawab ni..)..Mungkin nak mengorek kerahsiaan i kot..huhu...kalau tak pun...just nak tahu apa tentang dalaman aku ni...ok...Sebagai wanita yang agak ada muscle-muscle kat badan..kalah Malek Nor..so terima dengan seadaanya..cabaran ini..hihiiii

Phuh..!

PERIHAL 7 jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP…


1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.

* Dalaman kena kuat agama (bukan kuat badan je,haha... nanti leh imam kan aku
solat)...haha

* Penyayang tapi jangan mengada-ngada geli geleman jadinya(kantoi aku kamil!!!!!)
* Mengutamakan keluarga (of course dapat bimbing i jadi ibu mithali..hihiiii..lalala...)
* Memahami aku, myb sebab aku akan jadi seseorang yang very BERKERJAYA
* Baik tutur katanya
* Low Profile but intelektual (Leh berkongsi pandangan ngn aku nanti kawin..kehkeh)
*Suka mengusik gua..hahaha...(sebab membuatkan aku tersenyum)kehkeh


2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.
(Soalan memautkan aku.. hilang Cun aku.,.boleh buat aku garu kepala nak letak nama
sapa.. MINAT TAK BERMAKNA CINTA DAN TAK BERMAKNA SUKA TAPI
KERANA AKU RESPECT ATAS KAPASITI ORANG YANG AKU HORMATI...haahaha)

* MOHD BASRI BIN OTHMAN (MY PAPA)-menjadikan siapa diri aku hari ini-seorang yang ingin aku mewarisi cita-citanya yang tidak kesampaian- good philosopher
* CiKGU MUSTAFA yusof (MERANGKAP MENTOR@BAPA ANGKAT AKU LA
kiranya masa sekolah menjadikan aku multitasking, kesedaran tentang kejayaan)
* CIKGU MUHAMMAD BIN OTHMAN (membuatkan aku celik akal tentang nilai
kehidupan dan menjadikan aku multitasking dengan nilai yang diberikan)
* Semua Pensyarah aku yang lelaki..banyak nilai yang diorang berikan pada aku..
* MOHD HAFIZ B.OMAR (kemana la ustaz Apih sore ni...meninggalkan
aku,..mesej..call..sunyi sepi..=( ..sob-sob....)
* Sesiapa muka cam artis nasyid lelaki namanya Fitri..lelaki dahi licin jer aku
minat..hahahaha..(jangan ingat lelaki jer minat yang dahi licin)
*Actually...ramai yang nak mengorat aku terpaksa di rejek..sebab "Tut"(nama dirahsiakan..hohohohoo)-aku tak der masa nak mengorat sekarang..kawen je trus..nnt kad sampai time umo 27 tahun.5 tahun jer lagi...tak tahu sapa lagi jodohnya. (jawapan skema bagi kat Kamil)hihiiii..

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.
(Actually,..yang minat kat atas tu ker..kalau depa..aku cool jer..,tapi pernah la tut)

*Rileks..
* Bercakap dan bertanya tentang diri
*Banyak mendengar
*tak cover-cover..sebab i like to be real (sebab aku pemegang realiti terapi)hohoho
*Makan buat macam biasa, bedal ajer..xkisah pun..asal perut aku kenyang...real self beb!
*Mata tengok keliling jarang-jarang...yang penting aku dan dia...(future dating, 5 tahun
lagi)hahaha

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.

* Bercuti kat Bali (Romantik gituw)
* Dilawati ketika bersama menyambung pengajian ke prgkt tertinggi (myb pas kawen
aku ajak dia smbg blaja bersama di universiti yang sama juga,..InsyaALLAH)
* Nak G Jepun..bUNga sakura..(time bunga sakura luruh..aku menyanyi
hindustan..bergolek-golek..hahaha)-cross culture gituw...

* Makkah (Tunai Rukun Islam)
* Menghabiskan masa duduk dalam rumah puas-puas..heheh (jangan silap paham)
* Makan angin kemana-mana jer..sebab aku suka melancong gak
* Kejap nak pk...kat mana ni....???ke tapak projek heheehehe...(buat bisness nanti)

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

* Al-quran (time rombongan datang)
* Baju yang tertulis namanya (aku pernah bagi kat seseorang..but now..let him go..dah
jadi kawan biasa)
* Tie
* Buku Falsafah (Matila aku kena falsafah nanti)
* Kad aku create sendiri (tanda aku sayang..dan menghargainya..perghh)
* Hati ( hati daripada isteri untuk suami beb!hehe
* Memasak (Air tangan isteri beb!sebagai hadiah setiap hari..hahaa)

6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
(Suara aku tak best..cmner nak nyanyi..tapi leh la..setakat sumbang tu)

* Bunga CINTA LESTARI
* You are my everything (saya tak tiru yer Kamil)
* Lagu asalkan ada vokal suprano..hahahhaa(of course suami aku gelak-aku pun gelak
sama-sama)
* Aku mainkan sentimental music (like RICHARD CLADERMEN, BEST woo)...xperlu
nyanyi..abeh suara jer..(nak-nak time bulan madu..huhu)
* Lagu yang aku cipta sendiri untuk suami tersayang...(jiwo..)
*Tepuk amai-amai..(time aku dah ada anak..sama-sama nyanyi..hahaha)
*Lastly, lagu tak tahu korang agak-agak)-lagu P.RAMLEE OK GAk..ahahaha

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.

* Kamil-special kes..buat balik...untuk kali kedua(wajib dan pas kat orang lain lepas ni
bukan saya-syarat wajib)
* Yatie
* Wana-junior
* Izzat
* Senior-mr Azero
* Cikgu Fazlie
* Kikiey

JAWAPAN ITU YANG HANYA TERMAMPU; KERANA CINTA SEBENAR UNTUK DIRIKU APABILA AKU DIIJABKABULKAN. JAWAPAN ITU HANYALAH JAWAPAN UNTUK BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG.INSYAALLAH =)

p.s-Yang bernama tersebut, memandangkan kalian jer yang leh enjoy dengan bnda ni...dan otak jenis layan..maka saya tulis nama anda..memandangkan rakan-rakan list yang lain semuanya jenis profesional, dalam bidang masing-masing..bertaraf master dariku...so..inilah sahaja rakan blogger yang boleh diajak bergumbira...melayan...hehe)-TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA-HEHE

Monday, November 3, 2008

(American Inventor)


Sempena Barack Obama..:girl_9:

Esok exam subjek pendidikan dan pencegahan dadah akan berlangsung. Namun, sambil membaca nota-nota, sempat pula saya menonton rancangan American Inventor yang sangat memberi makna mendalam untuk saya. Jadi, itu bukan halangan untuk saya menonton rancangan ini melalui internet (youtube) http://www.youtube.com/watch?v=41RZKHGga0Q .Pertama sekali saya menonton rancangan realiti ini ialah ketika pulang bercuti di kampung semasa cuti sebelum hari raya. Rancangan ini memaparkan peserta-peserta yang ingin mempromosikan produk mereka. Pada masa ini, untuk menghasilkan produk-produk tersebut, pelbagai halangan untuk mereka berjuang demi produk mereka. Perdebatan dan persoalan, serta kritikan diterima oleh para peserta. Disebabkan saya menilai dari usaha dan kegigihan mereka untuk memperjuangkan hasil-hasil yang telah diusahakan, maka saya menyatakan program ini amat baik untuk ditonton. Kesan kepada pelajar pula semakin bersemangat. Bagi yang bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan, inilah peluangnya. Mungkin, keinginan saya itu, trait daripada ibu bapa juga. Percaya atau tidak,,saya juga berminat dalam penternakan dan pertanian. Mungkin penternak lembu, yang memberi pulangan yang amat tinggi. Menurut Holland, mungkin disebabkan faktor persekitaran; kerjaya seseorang itu berkembang. Ya, mungkin, sebab semasa kecil, saya pernah mengikut arwah atuk saya mengheret lembu-lembu dan juga bagi ikan makan di sangkar. Kepuasan juga, sebab hidup kita dikelilingi alam. Hehe,..kaunselor penternak lembu dan pengusaha makanan, peniaga kedai buku,huhu..Melampau juga. Banyak yang dicita-citakan, mungkin minat diri juga, tapi, ikutlah flow yang Tuhan bagi keutamaan, dan kemudiannya itu akan ada juga..selepas itu..mungkin Tuhan bagi satu persatu..Mungkin, disebabkan personaliti tidak suka terikat..sebab itu dalam kerja juga saya suka kepada kepelbagaian walaupun dalam berorganisasi. Disebabkan saya juga bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan juga suatu masa kelak, semangat berkobar-kobar itu muncul, kesusahan mereka, pengorbanan peserta saya jadikan contoh dan iktibar. Kerja itu boleh diceburi oleh seorang manusia dalam pelbagai lapangan cuma bagaimana untuk mengurus sahaja itu perlu dipelajari. Itu yang perlu saya pelajari. Saya juga melihat, untuk menjadi seorang ahli perniagaan perlukan kekereatifan dan perlu bermula daripada bawah bagaimana untuk mengusahakan bidang yang diceburi. Dalam aspek pemasaran juga amat penting bagaimana untuk memasarkan produk dan menarik pengguna. Saya teringat suatu kisah, yang amat menarik iaitu seorang guru yang menjadi peserta. Disebablkan, telah 12 tahun, dirinya terjebak dalam bidang pendidikan, jadi guru tersebut mencipta produk permainan untuk para pelajar. Apabila judges menyoalnya pelbagai aspek, dirinya menjawab dengan baik dan bagu. Saya tertarik dengan kata-katanya, apabila hakim menanyakan, apa faedah yang terbaik akan diperoleh oleh para pelajar..?DISINI, JAWAPAN NILAI SAYA PEROLEH IAITU" Saya nak ajar kepada pelajar, iaitu, benda yang baik sangat memakan masa.." Katanya dalam keadaan sebak. Wah..terpegun saya,..itulah cita-cita murni seorang guru dari Oklahoma, yang ingin berjaya dalam pelbagai aspek..DAN MEMBERI KEBAIKAN kepada orang lain juga termasuk anak didiknya. Saya sangat suka rancangan realiti Tv American Inventor.

Friday, October 31, 2008

Perkasakan Diri

Hayati frasa di atas bukan tengok gambar tuan punya blog ya..hehe
Hayati frasanya. Gambar tuan punya blog sebagai abadi dalam kenangan sahaja.

Perkasakan diri bukan bermakna anda menjadi gagah seperti ahli bina badan. Perkasakan diri dalam konteks yang saya ingin bicarakan ialah Perkasakan diri dengan pengetahuan tanpa batas. Mungkin konteks ini terlalu luas untuk saya bicarakan. Namun, atas kesedaran melihat nilai-nilai pembelajaran sekarang lebih bertumpu kepada pengetahuan dalam bidang masing-masing sehingga mengabaikan pengetahuan-pengetahuan sekeliling. Justeru, saya bukanlah bijak pandai untuk membicarakan aspek ini. Namun, saya rasakan perlu untuk saya kongsikan memandangkan kita lihat jika anda seorang pelajar sesuatu bidang, fokus mendalami bidang itu sahaja yang diutamakan. Fokus kepada bidang lain tidak pula diambil tahu kerana istilah fokus itu disempitkan pada satu bidang sahaja. Ketandusan pemikiran dalam melontarkan idea dan pandangan disebabkan nilai kognitif sedemikan yang akan merugikan diri-sendiri. Aspek yang saya bicarakan ini juga saya tujukan khas untuk diri saya juga agar menjadi peringatan. Demi, menjadi seorang guru dan bakal pendidik yang akan merevolusikan dunia pendidikan, maka hari ini saya rasa perlu untuk saya menyuarakannya. Contohnya, jika seorang guru itu mahir untuk bidang Bahasa Melayu sahaja, tidak bermakna bidang itu sahaja difokuskan. Jika diminta untuk mengajar bidang-bidang lain juga amat penting walaupun semasa pembelajarannya hanya dalam bidang itu semasa di universiti dahulu. Itulah sebabnya, pembelajaran tanpa batas amat signifikan dan perlu disematkan. Justeru, konsep ilmu dan pembelajaran tanpa batas itu perlu dihayati oleh semua pihak agar bakal pendidik kelak menjadi pendidik yang benar-benar berkualiti dan pendidik yang serba tahu. Ilmu yang terbatas ialah hanya antara kita dengan Pencipta sahaja kerana ilmunya tidak semua yang kita tahu, tetapi konsep belajar untuk tahu agar tahu itu perlu kerana semua ilmu Pencipta yang dipelajari ini hanyalah setitis pinjaman sahaja daripadaNya. Justeru, saya berharap diri saya sendiri dapat memperkasakan diri dengan ilmu dan pembacaan kerana semangat ingin tahu itu tidak pernah henti dalam diri saya. Doakan saya agar menjadi pendidik yang benar-benar ingin berjaya dalam dunia pendidikan dan revolusi pendidikan itu perlu agar kita dapat mengatasi bangsa-bangsa lain. Maka, kekuatan menyayangi diri ialah anda tahu siapa diri anda agar anda tahu halatuju anda. InsyaALLAH, kepercayaan padaNya dan perancangan kita mungkin tidak sama dengan perancangan Tuhan, namun, percayalah, Allah itu kasihankan kepada orang-orang berniat baik dan gigih berusaha. InsyaALLAH, Tuhan akan membantu dalam perancangan kita untuk mencapai matlamat, kerana anda sebenarnya SAYANGKAN DIRI ANDA. Maka kita harus bersama-sama ke arah itu. Saya tertarik dengan kata-kata dalam sebuah blog, "Mengenal Pencipta ialah melalui Ilmu Keduniaan" itulah yang dibaca melalui blog saudari Aqilah. Justeru, sekarang ialah hanya belajar. Bukan belajar untuk peperiksaan, jika anda belajar untuk peperiksaan, mungkin lepas peperiksaan anda tidak tahu apa yang anda telah tahu. Sekian terima kasih.

Sibuk + Stress = NIKMAT

-WHO ARE YOU,.? ONLY YOU KNOW WHO ARE YOU-
Kegembiraan, ketenangan itu ialah hembusan nikmat daripada Pencipta. Jika kekeliruan dalam diri itu timbul, tidak wajar dileret-leretkan sehingga dapat mengganggu diri. Bersempena dengan minggu perang dengan peperiksaan bagi seluruh mahasiswa/i, justeru, saya mencoretkan entri ini untuk tatapan semua. Tidak ada sebab masa dan minggu ulangkaji ini, saya mengekang diri daripada menulis entri ini. Mungkin ada timbul persoalan, sempat lagi yer tulis blog nak exam pun. Sebagai seorang mahasiswa itu bukanlah menjadi halangan. Pelbagai kerja boleh dilakukan. Justeru, jangan rasa tertekan dengan diri. Nikmati masa dengan keceriaan kerana hari ini tidak boleh berulang dan hari esok tidak sama seperti hari ini. Oleh sebab minat untuk meluahkan sesuatu, dan menulis, maka entri ini saya paparkan. Gambar di atas saya edit semalam kerana masa, gap saya belajar diselang-selikan dengan mengedit gambar. Oleh sebab saya merupakan peminat Terapi Realiti, maka saya terfikir untuk menyelitkan kata-kata seperti dalam gambar itu sebagai kata-kata untuk diri dan sebagai perkongsian kepada kalian. Walaupun agak mudah kata-kata di atas, belum tentu kita dapat mengambilnya sebagai kata-kata untuk diri ketika dalam keadaan tidak tentu hala. Justeru, amalkan kata-kata tersebut semoga anda akan menemui JAWAPAN UNTUK DIRI sendiri. Itu sahajalah untuk saya kongsikan pada hari ini.

Thursday, October 30, 2008

Keperibadian Terserlah Pemimpin Mahasiswa

..Enjoy..
Selepas Task..kita enjoy
Terima kasih Abg Mizi amik gambar nih...
Pegang tali baik-baik dik..huhu
Dengan kumpulan PRS
Minum air Milo plak dorang ni..
Apa yang penting..."Kerjasama"huhuee
Ghafar catwalk atas titi gantung..baik..baik..ghafar..jatuh tak dapek nak nolongnya..
BUaya kat bawah tu..hhihii
Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing
Taklimat daripada Pensyarah Penasihat, En.Mohd Nor b.Idris
Lebih kurang budak pulak
Main-main sikit
Wah Perkasanya..hehe
Khidmat Masyarakat, Bersedia membantu untuk membantu
Demi melaksanakan tugasan, perasaan malu dikikis dalam mencapai matlamat mereka
Sebelum Ice Breaking dan Memulakan Tugasan/ Selepas Taklimat

Antara Kumpulan Yang Turut Menjayakan Program

Tanggal 25 dan 26 Oktober 2008, persatuan Pembimbing Rakan Siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris mengendalikan kem "Keperibadian Terserlah Pemimpin Mahasiswa". Kem ini merupakan tugasan Ko-Kurikulum pelajar-pelajar yang mengambil ko kurikulum iaitu subjek wajib di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Barisan Tutor/ Intruktor yang terdiri daripada En. Adam, En. Mohd Faiezel, dan Cik Nor Afiti bt Mohd Basri telah bersama-sama dengan para peserta selama dua hari satu malam. Cik Zeti Norani juga turut bersama membantu melancarkan program dan kem tersebut. Pelajar yang dianggotai seramai 120 orang itu merupakan pelajar yang perlu mengikuti program sebagai tugasan kepada mereka untuk lulus dalam subjek ko-kurikulum yang mereka ambil pada semester ini. Kem yang diadakan selama 2 hari tersebut amat bermakna kepada para peserta kerana kuasa mengendalikan program terletak pada tangan mereka kerana mereka dilatih untuk memiliki ketrampilan sebagai seorang bakal pendidik kelak. Pada kali ini, kem ini diadakan di Sungai Samak. Kem Desa Selesa, Tanjong Malim, Perak. Para peserta semuanya bersemangat dan seorang sahaja dikecualikan mengikuti program kerana tidak sihat dan diberikan tugasan lain. Kertas kerja program ini, disusun gerak kerjanya oleh barisan Majlis Tertinggi program dalam kalangan peserta/ mahasiswa yang mengambil ko-kurulum Pembimbing Rakan Siswa.

p/s-kepada pelajar PRS, jika anda mempunyai gambar yang diambil semasa kem,..pas kat saya yer..dik..nnti...dan nak gamabar bagitau nanti..sbb akak akan kumpul kan dulu...gambar-gamabr dalam blog ini akan ditambah lagi,..kerana gambar ini sahaja yang ada..

Memanusiakan Manusia

Pelajar perlu didekati untuk mengetahui siapa mereka..apa kehendak mereka..dan apa luahan mereka..serta sebagai nilai perhubungan guru dan pelajar
Bersama Pelajar dalam kelas. Belajar dan ENjoy itu perlu..agar pelajar tidak kebosanan.

Membina manusia dan memanusiakan manusia adalah suatu tugas yang cukup mencabar. Oleh sebab itu, peranan memanusiakan diri sebelum memanusiakan orang lain dan sekeliling wajar disemat dalam diri setiap bakal kaunselor dan pendidik. Meneliti bidang tugas bimbingan dan kaunseling yang tersenarai adalah susuntugas yang memerlukan komitmen yang sejati daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak untuk menentukan keberhasilan dalam mengeluarkan produk yang sukar diduga dari acuan yang tersedia.

Suatu jangkamasa yang agak panjang diperlukan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran dan pemahaman yang jitu bagi memulihkan klien dan memberi ruang yang cukup untuk mereka memahami dirinya. Situasi yang bakal menentukan arah tuju haluan insan tercinta membina kehidupan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Unit Bimbingan dan Kaunseling di setiap sekolah sentiasa menentukan warga sekolah akan bergerak seiring dengan perkembangan terkini bagi menjamin kita tidak akan ketinggalan seperti terus berusaha mendepani era teknologi terkini dengan membina laman web sebagai e-majalah sekolah. Perkembangan yang selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran bagi melahirkan pelajar yang sentiasa mengikuti dan mendepani era globalisasi dengan ketinggian daya akalbudi dan sentuhan intelektual yang murni. Dengan adanya pula Pembimbing Rakan Sebaya amat membantu pihak sekolah terutamanya dalam menangani isu-isu sosial pelajar kini. Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi juga mewujudkan Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai Pembimbing Rakan Siswa termasuklah di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Usaha untuk melahirkan insan yang berketrampilan dan benar-benar memahami kewujudan dan mengenal diri kerana bermula dari situlah usaha pembinaan insan akan bermula. Apabila seluruh warga memahami dan mengenali diri masing-masing, rencana ke arah pembentukan wajah gemilang akan berhasil. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bergerak seiringan dalam melangkah gagah bagi menuju destinasi yang terlalu diimpikan DESTINASI CEMERLANG,GEMILANG DAN SESUNGGUHNYA TERBILANG.

Monday, October 6, 2008

Ikatan dan Diri Ini

My sELF, My Mum, Brother (adik bongsu). Anak ketiga
Sebelum balik..tunggu keretapi free. Kat Thailand sekarang free keretapi selama 6 bulan. Nak jalan free boleh la.hehe

30 Oktober 2008

Hari raya yang disambut dalam keadaan sederhana di kampung, di Thailand. Masak memasak antara kami dilakukan seperti biasa. Kali ini, kami sediakan juadah laksa dan laksam,jenis-jenis kuah laksa, gulai, ketupat, rendang kuning, dan lain-lain lagi lupa nama juadahnya. Pada malamnya, aku sempat main-main mercun dengan sepupu sepapat. Berdesing telinga main mercun dan bunga api. Kadang-kadang aku bertempiaran lari kerana di acuh oleh sepupu aku yang kecil. Dentuman mencun silih berganti. Bakar duit betul. Aku tumpang merasai kemeriahannya. Kata emak kepada sedara aku, kerana anak-anak yang ramai, duit habis dekat beratus ringgit semata-mata membeli mercun dan bunga api untuk anak-anak mereka merasai kemeriahan hari raya. Aduh!kalau aku, takkan belinya. Tak sabar-sabar tunggu hari esok untuk beraya. Bau nasi minyak Thailand, kuah laksa siam singgah di hidung aku. Bau agar-agar yang dimasak juga menyelerakan, sepupu aku yang membuatnya di rumah sebelah.

31 Oktober 2008

Keesokannya, aku bangun seawal 6.15 pagi, aku bangun membersihkan diri dan tidak lupa mandi sunat hari raya dan seterusnya menunaikan kewajipan. Pada pukul 7.30, seperti yang diumumkan, kami akan solat sunat hari raya pada pukul 7.30 pagi dan orang ramai diminta berkumpul untuk sama-sama solat pada pagi itu. Begitulah setiap kali berhari raya di Thailand. Bilal di surau itu akan umumkan dan saling mengigatkan termasuklah mengejutkan orang ramai untuk bersahur sepanjang bulan Ramadhan. Sebelum ke masjid, aku menyiapkan hidangan untuk tetamu yang bertandang kelak. Raya pada kali ini, sanak-saudara ada yang balik kampung, dan ada yang beraya di tempat lain. Tidak seperti sambutan hari raya tahun lepas. Pada kali ini, aku pergi awal ke masjid; seperti biasa aku akan bertemu mata dengan nenek-nenek saudaraku di masjid. Aku lihat, sudah berkurang geng-geng warga emas, tidak seperti hari raya tahun lalu, kerana ada yang telah kembali kerahmatullah. Makin berkurang..,Hurm..Muka-muka baru, kiranya junior-junior yang memenuhi. Mungkin, inilah bakal pengganti. Namun, adakah suatu masa nanti aku akan pulang seperti hari ini dan raya sebelum ini. Generasi dan cucu-cicit nenek aku, sudah besar-besar, tambahan pula aku berada di Malaysia bakal membawa haluan masing-masing kelak. Mungkin terlalu sibuk, dan mungkin-mungkin….Harapnya, aku akan kembali ke tanah air tempat aku bermain ini suatu masa nanti. Dengar takbir berkumandang, air mata meleleh. Selepas itu, aku pulang dan ke rumah sebelah, iaiatu rumah sepupu aku apabila ada warga lelaki yang bertandang. Jika di Thailand, budayanya seperti inilah. Jika lelaki datang, perempuan akan mengelak @ terperuk di dapur @ di bilik. Aku macam tu pun, sebab tarikan saudaraku yang sarankan aku berbuat demikian. Itulah budaya di Thailand. Namun, sudah menjadi kebiasaan. Hari ini, makan bagai nak rak. Penat! Makan-makan,..makan!Dah la aku sudah ada status gemuk!Jika aku pulang ke Thailand, status gemuk itu sudah menjadi biasa, sebabnya aku gemuk daripada saudara maraku yang lain. Hurm..sudah kalih, biasa dengan teguran-teguran seperti itu. Mana taknya, semuanya kat sini spesies kecik. 3xxx,2xx,3xxx…itulah mereka..Hahahaha…! Itu ukuran aku sekolah-sekolah, zaman hingusan beb!hehe…Hari ini, seperti biasalah, makan laksa kuah Plau…tu bahasa Siam la. Susah nak menterjemahkannya. Gigit lada goreng,kunyah ulam-ulam. Laksanya lain dari yang lain. Favourite aku lah tu. Lepas tu, tung-teng..tung teng,..bedal nasi minyak..Perghhh…Nasi minyak Siam tak samalah dengan nasi minyak Malaysia. Kali ini ada kuah sup. Ulam tu tetap nombor satu. Penuh dengan salad. Petangnya pula, merembat pula Som Tam. Semua makanan pedas-pedas. Kegemaranku. Hehe..Akibat banyak tangki diisi, maka banyak pula keluarnya. Opss! Tiada apa yang inign diceritakan, agak menyeronokkan dan aku hepi untuk hari raya ini kerana terisi walaupun, sanak-saudara ada yang tidak semuanya balik kampung. Aku menziarahi sanak-saudaraku yang lain juga. Gembira kerana dapat menjengukkan muka setelah sekian lama tidak bertemu mata dengan mereka dan ada juga episod sedih yang melanda. Namun, topup hari raya, aku gembira. Hehe…Hari raya ini penuh kesederhanaan dan Ramadhan yang belum sempat aku nikmati sepenuhnya itu, telah berlalu. Nikmat itu tidak sepenuhnya aku rasai kerana pada bulan Ramadhan, kesihatan tidak mengizinkan.Nikmat hanya separuh.Apa pun aku bersyukur kerana Ramadhan ini telah kulalui. Sekian, terima kasih.

Afiti, Ku Yah, Nik Hasnah. Ku Yah and Nik Hasnah tu,.antara emak saudara dan anak saudara

My Cousin, Ku Yah and Nik Hasnah (sama Umo dengan ku, Nik Hasnah, but dah grad stdi and baru kawen. Depa cepat sikit sebab kurikulum mereka form 6 hanya 1 tahun. Kita kat sini 2 tahun..stadi..baru smbung degree. Kasian kat ku ni..hehe..But Ku Yah, grad lagi awal dalam kos pendidikan. But kat sana, sangat kesian, sebab status guru walaupun dah grad, tapi, sukar jugak untuk dapat tempat di sekolah. Setiap kali balik, asyik dengar apa yang dia ceritakan hal kerja sebagai guru kat sana. Susah kerja walaupun dalam bidang pendidikan, but sekarang kerja di bahagian pembalakan. Lari bidang. Kita di Malaysia, pelajar kos pendidikan senang sahaja mendapat tempat...Tapi mereka,..Kasihan kan. Tapi, rezeki .

My Cousin, Nik Suraya (actually, aku panggil Kak Nik..and her daughter Nik Suraida..(Dek Da). Depa ni kawen pas grad jugak. .tapi umo dia muda lagik 25. Kawen masa belajar...Tunggu aku jerla sorang lagik..yang belom..but..tunggu 5 taun lagik. Lambat gih..

Yang ni plak adik aku yang kedua( tengah, psikologi's student , sekarang duk UNiseL),after mami aku lahirkan aku...hehehe...Sebelah dia tu sedara mara jugak. Kiri aku tak ingat nama apa. Kanan, Nik Alias.

Opss! Yang ni plak,..teka arr sendiri sapa...hehe...yang aku pegang tu sepupu aku umo 12 hari.Nama aku tak reti nak sebut pesen Thai ni. Dia nak ambik gambar sekali.hehe..yang budak perempuan cun tu..anak Ku Yah sedara aku kat gambar atas tu..hehe

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42