Kegembiraan, ketenangan itu ialah hembusan nikmat daripada Pencipta. Jika kekeliruan dalam diri itu timbul, tidak wajar dileret-leretkan sehingga dapat mengganggu diri. Bersempena dengan minggu perang dengan peperiksaan bagi seluruh mahasiswa/i, justeru, saya mencoretkan entri ini untuk tatapan semua. Tidak ada sebab masa dan minggu ulangkaji ini, saya mengekang diri daripada menulis entri ini. Mungkin ada timbul persoalan, sempat lagi yer tulis blog nak exam pun. Sebagai seorang mahasiswa itu bukanlah menjadi halangan. Pelbagai kerja boleh dilakukan. Justeru, jangan rasa tertekan dengan diri. Nikmati masa dengan keceriaan kerana hari ini tidak boleh berulang dan hari esok tidak sama seperti hari ini. Oleh sebab minat untuk meluahkan sesuatu, dan menulis, maka entri ini saya paparkan. Gambar di atas saya edit semalam kerana masa, gap saya belajar diselang-selikan dengan mengedit gambar. Oleh sebab saya merupakan peminat Terapi Realiti, maka saya terfikir untuk menyelitkan kata-kata seperti dalam gambar itu sebagai kata-kata untuk diri dan sebagai perkongsian kepada kalian. Walaupun agak mudah kata-kata di atas, belum tentu kita dapat mengambilnya sebagai kata-kata untuk diri ketika dalam keadaan tidak tentu hala. Justeru, amalkan kata-kata tersebut semoga anda akan menemui JAWAPAN UNTUK DIRI sendiri. Itu sahajalah untuk saya kongsikan pada hari ini.
No comments:
Post a Comment