Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, October 30, 2008

Memanusiakan Manusia

Pelajar perlu didekati untuk mengetahui siapa mereka..apa kehendak mereka..dan apa luahan mereka..serta sebagai nilai perhubungan guru dan pelajar
Bersama Pelajar dalam kelas. Belajar dan ENjoy itu perlu..agar pelajar tidak kebosanan.

Membina manusia dan memanusiakan manusia adalah suatu tugas yang cukup mencabar. Oleh sebab itu, peranan memanusiakan diri sebelum memanusiakan orang lain dan sekeliling wajar disemat dalam diri setiap bakal kaunselor dan pendidik. Meneliti bidang tugas bimbingan dan kaunseling yang tersenarai adalah susuntugas yang memerlukan komitmen yang sejati daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak untuk menentukan keberhasilan dalam mengeluarkan produk yang sukar diduga dari acuan yang tersedia.

Suatu jangkamasa yang agak panjang diperlukan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran dan pemahaman yang jitu bagi memulihkan klien dan memberi ruang yang cukup untuk mereka memahami dirinya. Situasi yang bakal menentukan arah tuju haluan insan tercinta membina kehidupan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Unit Bimbingan dan Kaunseling di setiap sekolah sentiasa menentukan warga sekolah akan bergerak seiring dengan perkembangan terkini bagi menjamin kita tidak akan ketinggalan seperti terus berusaha mendepani era teknologi terkini dengan membina laman web sebagai e-majalah sekolah. Perkembangan yang selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran bagi melahirkan pelajar yang sentiasa mengikuti dan mendepani era globalisasi dengan ketinggian daya akalbudi dan sentuhan intelektual yang murni. Dengan adanya pula Pembimbing Rakan Sebaya amat membantu pihak sekolah terutamanya dalam menangani isu-isu sosial pelajar kini. Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi juga mewujudkan Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai Pembimbing Rakan Siswa termasuklah di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Usaha untuk melahirkan insan yang berketrampilan dan benar-benar memahami kewujudan dan mengenal diri kerana bermula dari situlah usaha pembinaan insan akan bermula. Apabila seluruh warga memahami dan mengenali diri masing-masing, rencana ke arah pembentukan wajah gemilang akan berhasil. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bergerak seiringan dalam melangkah gagah bagi menuju destinasi yang terlalu diimpikan DESTINASI CEMERLANG,GEMILANG DAN SESUNGGUHNYA TERBILANG.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42