Gambar atas ni, snap dari internet, tapi resepinya sedikit sebanyak yang saya cuba K.Siti. Kalau tak sedap tak tahulah..huhu..
Assalamualaikum.
Malam ini aku hanya ingin menunaikan janji pada kak Siti ( blogger yang best masak-masak). Haritu sembang-sembang dengan K.Siti pasal Tom Yam Thailand. Saya cuba yer K.Siti. Ni yang sempat belajar dari Mak Cik saya ( pemilik Restoran Arafah, Jalan Hospotal, Kota Bharu). Masa tu cuba-cuba tengok juga dekat dapur apa yang tukang masak letak. Rasanya K.Siti terer masak benda ni, atau dia saja-saja suruh saya kot!
Resepi/ Bahan:
1. 500 gram ayam/sotong/ udang/daging ( Ikut sukalah lauk apa, nak makan banyak buat lah banyak.Hehe).
2. 3 batang serai dititik
3. Pati Tomyam ( Pati ni ada yang dah siap. Kat dapur mak cik tu, 1 gelen K.Siti. Dibeli dari Thailand, bawa masuk Malaysia pun sorok-sorok, sebab barang kawalan - Mak Cik cakap) Tak tahulah mana istimewanya pati dia ni sebab rasanya bahan dia- lada kering, dan bawang, dan sedikit belacan yang dimesin rasanya.
4. 4 Ulas bawang putih yang diketuk
5. Bawang besar (ikutlah potong bulat ke, serong-serong ke)
6. 5 helai daun limau purut (ikut suka banyak mana)
7. 1 biji limau nipis (saya suka masam, jadi taruk banyak-banyak - 1 biji ni perah untuk 4 orang makan)
8. 1 pohon daun ketumbar dan 1 pohon daun bawang (potong kantang-kantang tau- best bila gigit)
9. Susu cair
10. 1/2 batang Lobak Merah (potong jadi bunga/ berlekuk-lekuk pun cantik)
11. 2 biji tomato (potong serong besar-besar)
12. 100g bunga Kobis (letak banyak best juga ni- tapi biasanya letak sikit, kalau kat kedai dia letak 3,4 kuntum jer sebab tuan kedai budget..hehe)
13. 20 biji cili padi (ketuk jangan bagi hancur, gitu-gitu jer)
14. 2 inci lengkuas muda (dihiris nipis-nipis)
15. 2 sudu besar minyak masak
16. Air 5 gelas (ikutlah nak banyak mana, rasa nak kuah banyak letak lah 1 gelen air pun..hehe, kalau dah ada air tos ayam lagi elok).
17. Sos Tomato (kalau nak bagi pekat- dalam dua sudu pun ok jugak), tak letak pun takper)
18. 5 kuntum cendawan (Ikut banyak mana)
Rasanya, itu jer bahannya K.Siti. Ops! Ada 1 lagi yang terlupa. Periuk.Hehe..Panaskan periuk dan masukkan minyak dan lemparlah bawang putih yang diketuk dalam kuali. Hehe..ganas tul..(buat gaya lempar cakera) . Naik bau jer, masukkan air tos ayam ke..ataupun..masukkan air dan letakkan ayam tadi. Lepas tu, masukkan serai, lengkuas muda dan pati tomyam dan sos tomato (nak letak@tak nak pun tak per). Biarkan menggelegak dalam 10 minit. Lagi lama lagi kaw..jangan sampai kering udah ler..kalau tak, tak berkuah pulak.Hehe. Lepas 10 minit, masukkan, bunga kobis, dan lobak merah. Lepas 2 minit, campak pulak cili padi yang diketuk dan barulah cendawan (sayur akhir sebab nak bagi fresh). Lagi banyak lada lagi berasap K.Siti!Tunggu kejap, lepas tu masukkan daun limau purut yang dibuang ira/urat tengah, kalau masukkan sekali, jadi pahit pulak dan bawang besar sekali yer. Biarkan menggelegak dan sambil tu, hirup bau..letaklah perasa dan garam. Bila angkat, masukkan perahan limau nipis dan barulah tuang sedikit susu cair serta potongan daun ketumbar dan anak beranak daun bawang ditabur dan kalau ada kicap sotong dari Thailand, letak la 2, 3 titik. Ok, dah siap K.Siti...Selamat mencuba!Sedap bila demam ke, petang-petang ke...makan tomyam.
Itu sahajalah k.Siti. Tidak pelik pun resepinya. Saya yang sepatutnya menuntut dengan K.Siti. Ok, nak jawab terus sebab ada pertanyaan tentang tomyam putih pula, kalau nak tomyam putih, jangan letaklah pes/pati tomyam tu,.merah sebab cili kering jer. Jadi, tak yah letaklah benda alah tu dan teruskan jer dengan next step tadi serta susu pun tidak payah letak kalau nak buat tomyam putih.
K.Siti, bila dah buat, saya nak tengok gambar hasil menunya yaa! Minta maaf lambat papar resepi tidak seberapa ni K.Siti. Nanti, saya free nak bagi resepi Thailand yang saya suka makan untuk K.Siti cuba "Keng Som" pulak. Selamat mencoba!Hutang dari K.Siti telah saya lesaikan...hehe
2 comments:
Afitiiiiii....!! memang sedap lah ,belum buat dah terasa kat tekak ni.naik terliur dah k.ct kat umah ni.tom yam ni memang pabret k.ct yang.Pandai nya afiti masak erk. k.ct kena belajar ngan afiti jer lah camni hehehe. Insya-allah k.ct akan cuba buat nanti ehh.Tq so muchhh!
K.Siti!!hehe..xder lah pandai mana pun..kalau cukup bahan baru semangat nk masak..esok2 tringin gak ada dapur lengkap..hehe...bila kawin la..hehe...sy jns makan mudah2 jer k.siti..resepi kHeng som tu nnti free sy cuba..dan ms type comment ni..trgtlah pula gulai ikan tongkol..sedapnya...nanti lah kita share2 lagi..nmpknya..kalau ada blog kna buat khas part masakan ni..huhu..nnti trylah gulai ikan style klntn pulak k.siti..time gini trgat ADIk2..adik2..suka mkn gulai ikan sy wt..sbb style kampung2 sgt kot..yerla sbb org kg..kalau msk org2 bndar sy lgsunglah x pndai.huhu...nnti shre2 lagi klau ada ms yer..
Post a Comment