Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, May 8, 2009

The Only One

Setiap manusia perlu ada cita-cita...kepimpinan unggul..cita-cita unggul...personaliti unggul, jaga akhlak,.towering mentality..dan Ingat pada Dia..insyaAllah..anda mampu..Born to Be A Leader!!!Fantastic!!!

Assalamualaikum.

Pastinya tajuk di atas tiba-tiba terfikir tapi kali ini belum sempat menulis. Dalam masa 30 minit lagi, lepas pelajar makan, aku dan Nizam pelajar UKM akan bersama pelajar untuk mengawal mereka untuk aktiviti Meredah UKM. Kurus la aku... kalau lama di UKM ni..haha..Biasanya, kalau berada di Kem aku biasa untuk tidak makan.. tapi sekali bedal ngeri dibuatnya..Semalam, cikgu-cikgu duk makan, aku tak makan. Nanti aku nak makan kejap lagi..hehe...kena makan jika tidak susah..nak pusing 1 UKM ni... Tajuk di atas aku ingin luahkan tapi perlu hentikan dahulu kerana ada perkara yang utama perlu diutamakan dengan segera (kait dengan Subjek Pengurusan Kaunseling, En.Aziz, yang aku belajar). Otak aku dah dapat kaitkan kembali dan dapat ingat sesuatu untuk relate apa yang aku belajar. Terima kasih dan syukur YaAllah!

Bersambung...(Aku tukar tajuk semula memandangkan tajuk tersebut terlalu over).

Jam menunjukkan 1.44 petang. Pelajar sudah ke bilik masing-masing. Selesai makan tengahari bersama guru-guru SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Lenguh kaki-kaki tapi sangat gembira bersama pelajar-pelajar. Penat tidak terasa lagi..jika berjalan seorang diri pastinya penat, ramai-ramai tidak terasa. Hari ini, anggaran 8 km berjalan. 8 km ni dah boleh selesaikan ekspedisi Rambu Pengakap Muda ni..(teringat zaman sekolah)...Semalam, untuk ice breaking, aku aku handle sepenuhnya. Ketika pelajar-pelajar ke surau,..aku ambil masa sekejap untuk rehat sebentar selesai sahaja bersolat maghrib. Terlelap dan terkejut dengan panggilan dari cikgu Hisyam suruh aku makan. Aku bersiap cepat-cepat dan turun dan menyatakan aku telah makan dalam perjalanan ke UKM. Yerlah..sekali tibai...kenyang sampai malam...haha..pekena sup tulang..yang tak berapa sedap..lapar punya pasal..huhu...apa tidaknya ke sini dengan perut kosong...takut terlambat nak makan kat Tanjong Malim.

Patutlah, aku rindukan kawan-kawan masa sekolah menengah.Memang tidak disangkakan...aku betul-betul jumpa kawan masa sekolah menengah dahulu.Sama-sama turun komuter...waduh....Tuhan aturkan...mungkin instinct dan rindukan mereka.Jadi, kami bercadang makan sama-sama..sempat juga bertanya perkembangan kawan-kawan yang lain. Selepas sampai di UKM, terkejut pula aku kerana terserempak dengan kawan sekolah menengah iaitu kawan masa tingkatan 6..cuma gambar mereka ni tak sempat nak masukkan dalam blog...Fazlimie..waduh...terima kasih Tuhan..patutlah aku menggila duk rindu pada kawan-kawan..sempat bersembang sekejap kerana aku nak solat asar dan terus ingin mulakan program.Insyaallah,sebelum pulang aku sudah menghubungi untuk berjumpa nanti. Ajaib kan pertemua yang memang aku rindu...walaupun sama-sama Kelantan..sukar untuk berjumpa kerana masing-masing belajar...

Semalam..selepas aku handle Ice Breaking selama 2 jam lebih, sungguh gembira bersama pelajar-pelajar dan aku harap mereka dapatkan sesuatu. Aku luahkan pada blog ini, kerana apa yang aku niat untuk bersama cikgu-cikgu kaunselor memang aku pelajari iaitu aku ingin mencuba untuk mengendalikan program secara on the spot. Itulah yang aku perlu anjakkan..sudah tiba masanya. Semalam, cikgu Along Hisyam, Cikgu Mustafa Kamal baru sahaja sampai dari Langkawi..bayangkan mereka yang berkursus mengendalikan pula program..aku dapat lihat wajah kepenatan dan semangat mereka dalam mengendalikan program..Cikgu Along Hisyam terpaksa pulang tiba-tiba kerana anak demam panas pula. Ayahanda Mustafa pula, menyuruh aku, "Afiti, handle Ice Breaking...buatlah aktiviti untuk pecahkan dan jelekitkan mereka. "Ok, cikgu.."..Itulah balasku..Cikgu Mustafa Kamal tu..baru aku tahu..rupanya sepupu pensyarah aku...Puan Nazariah..

Aku meneruskan rentakku bersama pelajar...Leader..Fantastic...Boys..Girls...Aku dapat lihat mereka ini..pengawas-pengawas yang hebat...terutama sekali..untuk lantikan yang baru..pengawas junior dan pengawas senior..bila aku berdiri..dan menyuruh mereka berdiri...lawaknya..aku tenggelam dalam mereka..kerana seorang-seorang badan..mak aiiih...ya..aku rasakan kelainan..ketika aku mengendalikan..dengan niat yang jitu..untuk belajar mengendalikan sesuatu secara on the spot..dan untuk melatih aku berfikir mencari idea-idea..YaAllah..terima kasih..pelajar-pelajar memberi respon yang sungguh Fantastic..aku baru dan mentah lagi..tapi...hadirkanlah aku Tuhan.,dengan niat yang sentiasa ingin belajar..Selesai sahaja Ice Breaking aku melibatkan..task..kepimpinan..dan usaha untuk mereka saling mengenali..bagaimana ingin wujudkan pasukan dan kaitkan dengan kepimpinan pengawas..aku selingkan...pengalaman yang pernah aku lalui juga..aku tahu..tugas head prefect bermain dengan penuh beremosi..bukan sekadar tanggungjawab biasa..dan membantu guru bersama pasukan bagi membantu guru menangani masalah disiplin. Itulah tugas pengawas sekolah..memang korang Fantastic...!!!Selepas mengendalikan..semasa akhir proses..pada masa itulah..aku berfikir dari mana datangnya idea..Terima kasih Tuhan..kerana Engkau kembalikan dengan sesuatu yang lain pula...Syukur..mungkin aku pernah menangis atas kehilangan..aku tidak tahu apa yang aku fikirkan..kini..aku menjadi lebih yakin dengan diri..dan terhala pemikiran ini kembali...Thanks Oh..My God!!!!

Ketika Kembara UKM, seorang pelajar pelajar mendekati aku..iaitu Ketua Pelajar Sekolah tersebut, Dina..Dia tanya aku..."Kak..how you get the ideas for the last night?Dia tanya dalam versi BM..saja tulis dlm omputeh..aku tulis entri program sebelum ni..dalam keadaan cepat..ni diedit balik..Aku suka dengan soalan tu..dan semasa kembara kampus..cuba aku berikan sesuatu pada dirinya..kerana niat untuk berkongsi..kerana aku tahu..dalam kondisi dia seorang ketua pelajar..seorang pemidato sekolah..dan juga seorang debater sekolah..macam mana persepsi pelajar dengan mandat yang dia ada..aku alami itu..dan aku terangkan kepadanya..pengalaman dirinya sedikit sebanyak..aku lalui..cuma aku nyatakan..cuba sentiasa berfikir apa yang disebaliknya..dengan baik..dan latih fikiran berfikir..aku nyatakan juga.,.kisah kehilangan yang sekejap itu..tapi tidaklah diceritakan..cuma diceritakan agar,.jika ada sesuatu..jaga baik-baik...Tuhan boleh tarik bila-bila masa jika kita terleka..dan saya faham awak sebagai mandat yang awak akan pikul..itu..Aku luahkan di blog ini..bukan berniat untuk diceritakan pada orang tapi ini tempat aku meluahkan..Aku gelak nak pecah perot..budak-budak panggil aku..bukit..dan bola..sebab ada kisah aku ceritakan..kisah bukit dan bola..haha..aku dan mereka hanya faham,.huhu..

Kembara UKM pula..kami ke beberapa check point dan mereka perlu selesaikan tugas..bersambung..sebab tidak sempat..sebab nak majlis penutup ni..nanti sambung...Berapa banyak sambung lah aku ni..

Berjalan selama 8 Km memang memenatkan..tapi pelajar-pelajar tidak pernah merungut. Penghulu untuk sepanjang program ni ialah Zaini..dan Penghuluwati Dina..Mereka memang sempoi.Ramai pelajar-pelajar yang bagus-bagus tapi tidak sempat aku nak nyatakan semua nama. Selepas berjalan sepanjang 8 Km..banyak input yang mereka peroleh tentang kehidupan sebagai mahasiswa dan cara untuk masuk ke universiti, dan sistem di universiti aku dan Nizam cuba terangkan kepada para pelajar. Masa aku sekolah menengah pun aku tidak faham apa beza universiti dfan kolej, fakulti itu apa..program itu apa...dan..ramai pelajar silap faham..selepas SPM ke mana hala tuju..yang pasti mereka kena tahu..masa SPM ke mana hala tuju..universiti mana yang sediakan pakej selepas SPM dan jangan silap paham pulak..UKM, UPSI, USM antara universiti yang menyediakan keperluan selepas ijazah.. selepas Matrik dan Diploma barulah boleh sambung. Bagaimana nak masuk ke peringkat degree terus aku dan Nizam telah berikan info..dan jika lepas SPM, bagi pelajar Sains pula macam mana..sudah diterangkan..pelajar bukan Sains pula macam mana..selesai diterangkan. Ni nak berkongsi, masa aku belajar dulu, aku letak cita-cita nak masuk UKM masa tingkatan 5, sedangkan..UKM tidak sediakan untuk pelajar lepasan SPM..bila nak isi borang frust tiba-tiba sebab UKM tidak boleh diisi kerana lepasan Matrik dan Diploma sahaja. Jika nak masuk jugak, kena melalui Matrik dan STPM. Yerlah, kabur masa tu..bila cita-cita tinggi nak ke UKM, ranap tiba-tiba dan pilihan tidak tahu kemana. Hanya universiti yang menyediakan seperti UitM, UPM..itu untuk diploma tapi aku fikir ketika itu kalau macam tu..lebih baik teruskan di tingkatan 6, untuk 2 tahun dan terus boleh sembung ijazah. Masalah yang biasa berlaku, pelajar-pelajar ni..asalkan masuk Universiti sahaja..sepatutnya kena ada short term dan long term planning...yang pasti bagi manfaat dan kepuasan diri. Tidak salah untuk lepas SPM teruskan pelajaran ke peringkat diploma dahulu..ramai rakan-rakan aku buat macam tu..jugak..Mereka dibawa masuk ke bilik kuliah, merasai suasana belajar dalam dewan kuliah. Macam mahasiswa dan mahasiswi dah aku tengok sorang-sorang..Insyaallah, korang pengawas-pengawas perlu jadi idola dan ada motivasi diri untuk masuk universiti bukan hanya famous dengan jadi pengawas tapi, tidak dapat masuk universiti. Itu menjadi masalah apabila pelajar sukar menimbang antara tanggungjawab, ko-kurikulum dan juga akademik. Hebat jika anda seimbangkan antara kedua-duanya. Ini suatu kisah, jika pelajar-pelajar SMKTTJ baca, ambil pengajaran ya dik..pensyarah akak pernah cakap..seorang pelajar cemerlang mendapat pointer 3.9 tapi apabila sesi temuduga tidak dapat posting untuk mengajar kerana soalan mudah yang diberikan tidak dapat dijawab. Soalannya, siapakah Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris...kesimpulannya, tinggi macam mana pun keputusan peperiksaan, kita mesti ada towering mentality dan juga towering personality yang macam akak cakap tu...jadi biar seimbang dan jangan pulak abaikan akademik, mentang-mentanglah korang kuat ko-kurikulum.Ko-kurikulum ialah nilai tambah untuk membezakan siapa diri anda. Harap fahamlah ya..adik-adik...akak pernah keliru dan pernah dibantu oleh orang lain seperti akak bagitahu korang jugak. Jadi, tiba masanya, akak bantu korang..Dengan harapan untuk melihat kejayaan orang lain..kerana dunia pendidikan memberi kelazatan jiwa pada diri ini..huhuu...

Selepas itu, pada petangnya lagi pelajar-pelajar dikehendakan menyelesaikan eksplorasi minda dan diari pengawas..Mesti penatkan korang, cari tak jumpa yang akak sorokkan. Untuk pelajar lelaki, sampul surat tu..ustaz Idris yang sorokkan..dan yang perempuan..akak sorokkan..macam mana boleh korang tak jumpa..isk-isk..ni mesti cari dengan kepala luntut nieyhh..!!!Padahal benda depan mata..Sebagai pengawas, akak dah kaitkan..keadaan susah nak cari benda..jadi samalah jugak..untuk mendapatkan sesuatu perlu ada usaha mencari..termasuklah dalam mencari untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai pengawas..muka-muka penat dan letih sudah kelihatan kan..hehe...dan pengawas mesti capahkan pemikiran..atur strategi untuk dapatkan sampul surat tu..team building kena ada dalam menyelesaikan sesuatu tugasan dan kerja pasukan perlu kuat..Selepas itu, apa yang anda peroleh anda perlu bentangkan..dan banyak lagi aktiviti yang tidak sempat dikongsikan..Ini antara gambar-gambar yang ada...

Sehinggalah pada malamnya kan..banyak perkongsian yang dilontarkan..Ustaz Idris jadi main utama pada program kali ini..semoga anda semua enjoy tapi dapat sesuatu..akak tak minat nak denda adik-adik...harap korang dapat sesuatu..pelajar-pelajar ni..asyik nak buat energizer jer..especially Muk..(nama gelaran Amirul)..huhu...time aku pegang mic,..Kak, bila nak buat konsert, kak..main lagi..Kak, nyanyi,..apa daaa..main jerk erk..tak puas main ke..?...hehe...Itu selingan boleh la dik..tapi sekarang fokus untuk kepimpinan yer..sebelah malamnya pula, seorang guru SMKTTJ membawa anaknya yang belajar di USM. Dia berkongsi tentang dirinya sebagai Pengawas di MRSM suatu ketika dahulu dan tanggungjawab. Masa slot bersama aku, aku bertanya apa permasalahan yang biasa terjadi di sekolah. Antaranya, mereka sukar mengambil nama kawan-kawan baik..maknanya..susah untuk membezakan tanggungjawab..antara peranan sahabat..sedangkan sahabat mereka yang melanggar peraturan sekolah, pengawas yang dilabel dan bermacam-macam lagi.

Task seterusnya ialah pembentangan kumpulan. Mesti penat korang cantum gambar tersebut. Sabar jer lah..huhu...Semoga dapat sesuatu walaupun ada yang komen penat tak cukup tidur..huhu..korang perlu tough dik..pemimpin sekolah...kang ada meeting, ada acara di sekolah nanti..mesti lagi sibuk dan penat. Harapnya korang dapat seimbangkan..Belajar tetap belajar, program tetap program, yang penting...jalan...Ingat tak..kalau penat buatlah konji-konji..hehee..tak pun..buat madah bukit..dan energizer bola...enjoy dan insaf la sikit..hehe...

Sedih jugak nak berpisah dengan korang ni..macam-macam ragam..manalah tahu, suatu hari nanti kita dapat jumpa..lagi..sayang nya kt korang...nanti akak masukkan gambar korang yer..Majlis penutupan di hadiri oleh En.Kamal Ariffin..kalau tak silap..Pengarah apa tah..kaunseling dan tindakan disiplin pelajar..kalau tak silap...dan dihadiri juga oleh Ketua PIBG..lupa laa..sebab masa tu aku tengah syok siapkan movie maker untuk ditayangkan..


Semasa di SMK Taman Tuanku Jaafar (gambar diperoleh dari Cikgu Abduh)

Ustaz Idris mengendalikan taklimat sebelum program

Tak sabar nak masuk room lah tu..Zaini...huhu

Ewah..macam dapat kunci rumah banglo pulak..hehe


Dalam kelompok
PK HEM, Puan Masyitah meninjau aktiviti pelajar
Tu dia...Muk..hehee...sori ek..selalu kena jer..tapi sempoi budak ni..

Apa yang aku bebel pun tak ingat

Aduh,..tinggi nya budak-budak nii

Yakin jer..

Semasa aktiviti orator..keyakinan berucap di khalayak ramai..Deepa..
Katanya..."kak, I'm sorry because I'm too nervous.."Aku boleh nampak keadaan menggeletarnya..dan aku yakin..percubaan ini dia pasti boleh..jika tidak mulakan dari sekarang..bila lagi..Respon aku.."Deepa, you can improve yourself and it is the first step for you.."

Macam ni laah.biar saya bagi tugas..
Masa ni semua dah mengantuk..sebab dah nak dekat pukul 12.00..kesian kat depan..huhu..tengok ada yang longlai dah kat belakang..Sambung esok pulak...

Dengar taklimat dulu..

Semangat nak pergi ni...
Permulaan mengembara

Mari..mari..kita jalan...

Posing dulu...hehe

Geng Power Rangers nih..Abang Nizam ekau ni apa ke he..haha

Berhenti penat kejap..hehe

Kami tengah siapkan task..huhu

Abang dengan adik sama jer..haha

Best jugak meredah hutan macam ni..haha

Apa-apa aja..dong..

Dah sampai di check point pertama

Sebelum jalan..kita buat energizer dulu...baru semangat!!!

Yehaa...!!!
Berenti la kejap penat ni..huhu

Amboi..posing sini jerk..pergi masuk dewan cepat..!!!

Dapat merasa masuk dewan kuliah..dah macam mahasiswa/i dah..harap semangat belajar sebagai pemimpin kena ada la erk..

Dengar tu pensyarah muda ni berceramah..hehe..Nizam..pelajar Bio Kimia..semester akhir...udah dapat tawaran kerja dah dia ni..haih..laju sungguh..tak grad lagi..dah dapat..tawaran..Good Luck..!!!kat tepi tu Cikgu Abduh..yang baru lepas habis kursus kepengetuaan..Good Luck cikgu..!!

Muka penat-penat dah..haha

Masuk dewan kuliah la ni erk..syok jer dengar..

Coba dan coba bagi kasik depa paham..huhuuh

One day..huhuuhuh...kan best kalau pelajar-pelajar sekolah boleh belajar macam ni jugak...sistem pendidikan negara...

Yer..saya paham kak.,.saya paham..saya mesti kuat..insaf daahh..haha

Dah kena denda dah...tu..lah..takut sangat nak ke depan..tapi sempat lagik buat lawak..haha

Ada gaya mahasiswa bentang dah ni..hehe..

Paham ke tidak ni ??

Kita teruskan lagi perjalanan

Penat jalan..buat energizer lagi..ok..sorang datang lead kat depan...Energizer..Chika Poka...

Check point seterusnya..

Kita bagi budak-budak rehat dulu...bagi mereka lepas hajat..haha...dan ke kafe pusanika..dalam masa 10 minit kumpul sini kembali...
Bergambar masa on the way nak balik kolej..

Hehe..sedap ni..nyum..nyum...berenti kejap..kak..lapor..sempat lagik bawak makanan

Potensi sudah ada..cuma perlu kuat lagi..

Pendeknya akuuuuuuuuu..Acap dan kawannya..lupa pulak..sorry..

Antara cikgu yang bertugas

Dah sampai..nak makan dulu..erkkk..kurus jer ayam ni..tak per..aku pun kurus jugak..haha

Anak-anak cikgu yang bertugas pada hari tersebut..bagus cikgu-cikgu SMKTTJ..setiap hari ada 8 orang yang bertugas..komitmen mereka tetap jalan dan sanggup bawa anak-anak..

Kepimpinan memerlukan kerjasama

Pening nak susun ni..aderhh...tapi..kita posing dulu,............

Eh,..sapa yang berdiri tu...sila buat...jangan tengok jer..huhuhu

Gambar aktiviti lain tak sempat ambil..Leader..!!!!FANTASTIC!!!Coretan peribadi sepanjang program akan bersambung untuk entri seterusnya ...Tiada apa yang kami berikan...hanya dengan Harapan..Anda Peroleh Sesuatu kerana Kejayaan Orang Lain adalah Kebahagiaan Diri Ini..Dunia Pendidikan Sememangnya Memberikan Kelazatan Jiwa dan Kepuasan

Cuma satu saja dik..sempat Akak berbual dengan Puan Masyitah..mama korang..tentang isu pelajar..Ingin diingatkan..jagalah maruah..jangan jadikan keadaan luar biasa menjadi biasa..dalam kes kebejatan sosial..Maruah perlu dijaga terutamanya orang perempuan..harga diri itu aset yang perlu dijaga dan elakkan bergaul luar batasan..kerana akan merugikan diri..Awak sudah berada di kondisi pengawas..yang akan memimpin para pelajar...jadi..tunjuklah contoh terbaik..walaupun sukar untuk tunjukkan contoh..kerana mungkin kita pernah buat silap sebelum ini..tidak mengapa.,kerana laluan sebagai pengawas itu boleh membentuk diri juga..Lupakan sejarah silam..dan jadikan pengajaran..jadilah saluran pengawas ini sebagai permulaan untuk memimpin diri dan membantu sekolah untuk mengurangkan masalah disiplin..Cikgu pengawas awak bertegas untuk awak..kerana dia ingin melihat kualiti pada diri awak semua..cuma dalam kepimpinan..perlu clear..jangan ada salah sangka antara pemimpin..sebab..kalau tidak saling back up..robohlah korang..jangan pula..jika seorang pengawas tersilap..semua pakat condemn..dan saling tuduh menuduh...kerana..akan menunjukkan kelemahan diri sendiri apabila buka pekong orang...ambil yang baik..sahaja...

Masa last tu touching sikit..You I Love..!!!Selepas tamat majlis penutupan, Amira tampil ke hadapan mewakili pelajar-pelajar memberi sedikit ucapan..menangis erk..??Tidak mengapa..lain kali boleh jumpa lagi..yang penting..jumpa di Menara Gading..Pemimpin perlu ada cita-cita..untuk diri, membantu sekolah..dan itulah pengalaman berharga..kerana setiap orang perlu cari pengalaman..yang membezakan seseorang ialah ilmu dan pengalaman..kerana masing-masing mempunyai keunikan pengalaman..dan terbaiknya..cuba belajar daripada pengalaman orang lain juga...Terima kasih you ALL...!!!Apapun..kita masih boleh berhubung..masa aku on the way balik,.adalah yang mesej..dan sampai rumah..sudah ada email daripada pelajar..

"Assalamualikum...hye kak fitie.saya dina laa..hmm,sajer nak promote email address..ape apepun,saya akan ingat segala pesanan akak.ok.Chaiyok2!!caayaalahhhh.haha.k.daa.sayang kak fitie"..Acap pulak tak henti-henti mesej...huhu...

Yerlah..korang 45 minit jer kan..perjalanan..hehe..Akak..2 jam...dan ada yang sudah masuk blog..dan add YM..huhu...hope terus together yer...walaupun tidak bersua muka. Nanti sempat,akak reply...Ingat pesanan kami..kami juga peroleh pesanan daripada cikgu-cikgu kami juga dahulu..Zaman remaja sangat mencabar..jadilah remaja yang bijak dan hargai diri..pimpin diri dan bantu sekolah untuk pimpin rakan-rakan yang lain...Good Luck!!!!

Cara Pemikiran Berfikir

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat mu Ya Allah, atas pemberian peluang kepadaku untuk aku kutip semua yang aku rasakan kehilangan. Mungkin itu adalah ujian kepadaku dengan hikmat yang penuh tersirat untuk aku pelajari. Aku rela mulakan setiap langkahku dengan awal dan semoga ujian yang engkau berikan membuatkan aku banyak berfikir kembali dan mengutip apa yang telah tertumpah. Air yang penuh terisi dalam cawan tidak mampu untuk mengisi cawan yang sama, tetapi cawan itu perlu diganti dengan cawan yang baru. Semoga cawan yang terisi itu juga bukan semata-mata kering kerana terdedah kepada angin dan proses pemeluapan, tetapi berfaedah untuk cawan yang sentiasa menunggu air untuk dituang. Mungkin aku sahaja yang memahami analogi yang aku tuliskan. Perjalanan hari ini aku redah dengan keyakinan.

Banyak kali berfikir, tetapi hati memang hendak ke sana kerana aku telah berjanji dengan kaunselor. Program ini melibatkan kem kepimpinan pelajar sekolah. Namun, bukan itu yang aku ingin luahkan di blog ini. Berjalan seorang diri di bandar bukanlah kebiasaan untuk aku. Kebiasaannya, perjalananku bersama kawan-kawan yang memandu ke destinasi dan juga kebiasaannya, apabila ada program, beramai-ramai yang dihantar oleh bas UPSI. Apa yang aku ingin luahkan ialah aku kiranya travel seorang diri. Aku akui, jikalau part kemahiran visual aku lemah kerana jika aku aturkan tapak aku ke destinasi, aku hanyalah berdasarkan intinct aku sendiri. Jikalau orang tanya, pernah pergi ke tidak ke Johor, Perlis, Negeri Sembilan dan kemana-mana,dalam negeri ini, kecuali Sabah dan Sarawak, aku memang akui aku pernah pergi itupun kerana program universiti dan kolej. Cuba orang tanya, dan petakan, aku pasti angkat bendera putih kerana aku tidak mampu untuk menyatakannya. Jika nak tahu tempat itu, bawalah aku bersama-sama aku boleh tunjukkan. Sungguh lemah kemahiran visual aku!Aku aturkan tapak kaki aku dengan niat untuk ke suatu destinasi dan berjalan mengikut naluri dan selebihnya bertanya kepada orang sekeliling. Itulah pemberian Tuhan untuk aku, komunikasi dan naluri sahaja jika tiada dan ditarik balik semua itu, aku rasa sukar aku untuk kemana-mana.

Hari ini, aku berada di UKM. Bagi anda yang biasa berjalan, memanglah kata mudah pergi, tapi aku ni jenis kalau duduk, terperuk jer..kalau keluar tak reti nak balik kerana aku nikmati sepuas-puasnya bila aku keluar. Aku kuatkan keyakinan kerana sampai bila aku akan bergantung pada orang untuk ke suatu tempat dan ke suatu tempat kerana banyak lagi yang aku perlu pergi dan langkah selepas ini. Jadi, aku gagahkan semangat, bahawa aku ingin mencuba,dan belajar dan bila lagi jika bukan sekarang?Sepanjang perjalanan, banyak yang aku peroleh. Belajar sendiri untuk naik LRT, Komuter dan berjalan ke suatu tempat ke tempat. Bagi orang lain, mungkin mudah dan nama sahaja aku rakyat Malaysia tetapi tidak selalu sendiri jika melibatkan kemudahan. Kalau naik flight dan di KLIA pernah pulak, naik komuter dan LRT pulak yang memerlukan tiket sana-sini. Belajarlah hari ini. Bulan lepas, bergantung pada Hilmi yang menjadi pemandu. Hari ini berdikari sendiri.

Rupanya Tuhan ingin berikan aku sesuatu iaitu melatih semula untuk aku berfikir dan asahkan diri aku kembali untuk berfikir. Rasa kejang otak jika lihat sesuatu tapi tidak dapat berfikir. Namun, hari ini mungkin hikmah Tuhan berikan bahawa aku perlu berdikari dan kawan aku pula ada hal tertentu yang tidak dapat dielakkan, tidak dapat pergi bersama. Sepanjang perjalanan aku, aku melihat banyak perkara yang boleh buat aku fikir kembali. Susah untuk diterangkan, mungkin belum masanya dan biar aku simpan kerana terlalu tersirat untuk aku. Ketika itu, aku mendapat celik akal melihat seorang bangsa Cina yang sedang membaca. Tuhan latih aku berfikir kembali dengan melihat perempuan Cina yang berada dalam komuter, dan aku berfikir patutlah orang Cina mudah cekap dari segi reading nya. Sebelum ini, memang tulisan Cina cara bacaannya dari atas ke bawah, kali ini untuk aku mempastikannya, benar atau tidak, aku lihat bola anak mata perempuan Cina tadi dan memang sah bacaannya seperti dinyatakan. Aku mula berfikir, momentum memori lebih cepat apabila file memori disusun secara menegak bukan cara mendatar. Namun, apakan daya, sudah memang bahasa dan tulisan kita unik dibaca secara mendatar. Aku rasakan, cara pembacaan dan tulisan mempengaruhi cara gaya dan otak kita berfikir. Analoginya, jika file-file di atas meja disusun secara berlonggok-longgok( seperti dalam bilik aku atas meja jika time aku perangai gila-gila), dan ada yang disusun menegak-menegak(time aku skema), mana satu yang senang diambil dan lebih kemas. Begitu juga cara reading dan susunan pemikiran manusia terhadap sesuatu data-data memerlukan kompilasi album juga, bukannya album pemikiran yang berlonggok-longgok. Apa yang aku tulis ni, mungkin Tuhan ingin ajar aku berfikir kembali dan memanfaatkan pengurniaannya yang masih baru ini sebaik-baiknya dan menjaganya. Semoga aku tidak terlalai dan sentiasa bersyukur dan jika overload, cari cawan yang baru.

Ustaz dah telefon, aku kat surau ni, nak turun dah.
Wasalamualaikum.

Wednesday, May 6, 2009

Hanya Kau Yang Mampu

Assalamualaikum.

Masuk blog kena bagi salam dulu. Kalau tak, menulis tak da idea kat blog ni. Ni kena penangan orang dari UK tuh, yang minat lagu Hanya Kau Yang Mampu. Kot dia duk pusing lagu yang sama dalam MP4 dia..ahakzS..sampai aku pun seharian terkena tempiasnya. Apa lagi, godek-godek dalam laptop dan surf internet cari lirik asalnya..maklumlah..aku kalau menghafal lagu lemah sikit, bila dah tengok lirik senang pulak ingatnya. Hamboi-hamboih..nak exam esok sempat lagi..Layan jerk la..kalau sekat kehendak hati, kang memberontak pulak. Aku tak paham apa lirik sebenarnya, bila tengok video klip dia..barulah paham..tapi..tak match pulak..Pandai-pandai jer aku nih!!Sebenarnya, dah lama lagu nih,..dulu duk dalam bas tu layan jugak lah lagu ni..tapi..lama menyepi..sekarang sebab tempias..aku layan balik lagu tuh..haha..sehari duk pasang lagu ni..apa ke he..tapi aku suka lagu ni..seingat aku mula tahu pasal lagu ni..akhir tahun 2007 or awal tahun 2008..aku pun lupa lah..masa tu aku dengar Nadiah nyanyi..masa tu aku duk kolej KHAR, datang awal masa tu untuk training debat. Sambil dia melayan blog dia..aku pulak duk katil sebelah, dengar dia nyanyi..aku tanyalah lagu apa tu..sebab korus dia best..masa tu jugak aku rasa aku add YM orang kat UK nih..haha...tapi dia belum apporove masa tu..Kebetulan lah tu...mungkin kisah lagu HANYA KAU YANG MAMPU yang Nadiah nyanyi ni..ahakzS..Aku rasa duk putar lagu yang sama ni..satu masa bila aku dah muak..aku akan stop lah..Aku ni kalau jenis layan satu lagu..tak reti nak tukar lagu lain dah..member aku penah cakap, engkau ni lagu sama jer..duk putar..cubalah pasang lagu lain jugak..hahaha..itulah yang aku selalu kena..semester-semester lepas dengan kawan-kawan...Apapun, esok exam okey...dan moga orang yang duk layan lagu HANYA KAU YANG MAMPU tu..MEMANG DIA MAMPU pun..(macam ayat nak kipas jer ni..eh..tak lah..dah memang betol)huhuhu...termasuk aku yang duk dengar ni..(angkat bakul pulak..!)..Tulis pasal ni bukan nak suh dia baca pun..tapi kebetulan orang tu baca blog aku ni..nak buat macam mana...baca jerlah..kan..haha..Saja jer isi masa sebelum chapter subjek etika seterusnya nih haa..rasanya malam ni kena motivasi diri sikit bahawa HANYA KAU YANG MAMPU abis kan baca subjek etika dan HANYA KAU YANG MAMPU untuk teruskan idop..huhuhu....Nih lirik yang aku suka benget..

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku


Sekarang ni..blog aku dah jadi tak formal dah gaya menulis..huhu..kadang-kadang terlalu formal susah pulak aku nak sampaikan..bergantung lah pada situasi..Lalala..Aizat yang makin kurus..jadi motivasi aku nak kurus jugak..HANYA KAU YANG MAMPU kuruskan badan..huhuuhuh..ni entri ke-12 aku pada bulan Mei sempena tarikh lahir aku 12 Mei 1987...eh..mudanya aku..huhuhu(Pengumuman Majlis Raja-raja Langit).

Mencorak Pemikiran Masyarakat Membaca

Assalamualaikum.Ini entri daripada perpustakaan maya juga. Yer lah, dah malas nak pergi library, baca jer lah library maya..huhuhu...Ikuti entri ini.

Malaysia tidak ketinggalan dalam menyemarakkan gerakan membaca, dengan memasukkan agenda sambutan Hari Buku Sedunia ini ke dalam kalendarnya.Negara-negara lain yang juga menyambutnya dengan meriah adalah seperti Australia, Kanada, Ivory Coast, Cuba, Finland, Jerman, Greece, Itali, Madagascar, Maghribi, Mozambique, Puerto Rico, Sepanyol dan Sweden.

Namun agak berbeza dengan United Kingdom, yang menyambutnya pada 1 Mac setiap tahun. Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), yang saban tahun dianjurkan pada bulan April, juga adalah berkait rapat dengan aktiviti Hari Buku Sedunia ini. Pihak penganjur PBAKL telah menganjurkan pesta ini dengan baik sekali. Ditambah pula dengan slogan-slogan yang sentiasa diubah pada setiap tahun. Seperti misalnya slogan tahun ini ialah "Buku: Lakaran Masa Depan."

Namun satu persoalan penting yang perlu difikirkan bersama ialah sejauh manakah slogan-slogan ini memainkan peranan penting untuk mencorak pemikiran masyarakat bagi merealisasikan matlamat kewujudan masyarakat membaca. Seharusnya, pada hemat penulis, slogan-slogan yang dicipta itu perlulah dirujuk kepada matlamat akhir sesuatu visi yang besar.

Misalnya dalam konteks pembinaan negara bangsa, Malaysia sudah mempunyai Wawasan 2020. Maka, seharusnya setiap visi dan misi tindakan setiap agensi kerajaan, mahupun swasta terarah ke Wawasan 2020. Mungkin Wawasan 2020 bukanlah satu wawasan yang sempurna. Malah, tidak ada yang sempurna di dunia ini, kecuali Allah. Maka, sebagai sebuah bangsa yang sedang menuju ke arah kejayaan, wawasan ini perlu sentiasa dibincang dan dibaiki.

Begitu juga setiap slogan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur perlu turut menghala ke arah Wawasan 2020.Kewujudan slogan-slogan ini sudah cukup baik untuk menjadi satu platform bagi menyediakan satu masyarakat yang benar-benar membaca.

Namun, sejauh manakah kesediaan slogan-slogan ini dapat dipergunakan sepenuhnya oleh institusi-institusi berwajib dalam menjayakan gerakan membaca ini?Seharusnya, slogan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, "Buku: Lakaran Masa Depan" ini dapat dijadikan juga sebagai slogan sambutan Hari Buku Sedunia di Malaysia, dan seterusnya diterjemahkan pula oleh setiap perpustakaan di negara ini, sehinggalah ia dapat dijelmakan sebagai satu hasilan yang dapat diamalkan oleh setiap warga Malaysia. Kini sudah tiba masanya untuk masyarakat Malaysia bangkit membaca dan menjelmakan kembali semangat budaya ilmu dengan merealisasikan slogan ini.

Buku Ubah Kehidupan

Assalamualaikum.

Saya terbaca tentang entri berkaitan dalam blog perpustakaan Awam Dar Nur Al-Zahra iaitu, Buku Ubah Kehidupan oleh SHAHAROM TM SULAIMAN berkaitan dengan insan yang bernama Quindlen. Lebih daripada 60 judul buku telah ditulis oleh Quindlen tentang banyak hal, tetapi dalam How Reading Changed My Life, dia ingin menceritakan tentang pengalamannya sebagai seorang pembaca.

HARI Khamis lepas atau tepatnya 23 April 2009 adalah Hari Buku Sedunia. Tanpa disedari buku telah banyak mempengaruhi hidup kita. Ia memberi inspirasi kepada kita dan menjadi teman kala suka dan duka. Setidak-tidaknya, itulah yang berlaku pada Anna Quindlen. Dalam bukunya sepanjang 88 halaman, How Reading Changed My Life mengisahkan bagaimana pada masa kecilnya, dia kerap bermain di luar rumah seperti 'anak-anak normal' yang lain. Namun, dia mengakui, pada dasarnya kegiatan itu tidak selalu menyenangkannya. Dia mendapati 'tenggelam' di dalam keasyikan buku sentiasa membuatnya riang. "Ada bahagian terbaik dari diriku iaitu 'bergelut' dengan buku," tulis Quindlen.

Lebih daripada 60 judul buku telah ditulis oleh Quindlen tentang banyak hal, tetapi dalam How Reading Changed My Life, dia ingin menceritakan tentang pengalamannya sebagai seorang pembaca.

"Tokoh-tokoh imajiner (buku) itu sentiasa menantiku pulang dan aku membawanya kembali ke kehidupan," ujarnya yang mengungkap betapa buku-buku dalam koleksinya telah mencipta daya tarikan yang luar biasa. Dalam buku tersebut, Quindlen melukiskan masa kanak-kanak, remaja, dan dewasanya sebagai sebuah perjalanan waktu yang ditandai dengan kesedaran baru yang diperolehnya daripada kegiatan membaca sama ada novel dan bukan fiksyen. "Saya percaya membaca pelbagai karya orang lain akan mengajar kita untuk menghayati dan menafsir pengalaman orang lain dan ini menjadikan saya menemukan 'mutiara-mutiara baru' dalam kehidupan saya," ujar Quindlen lagi di dalam bukunya.

Membaca karya-karya besar dan kitab-kitab suci membolehkan pembaca mengumpul pengalaman hidup berbeza sekali gus memahaminya dengan cara yang berbeza pula. Pembaca yang sama bakal menafsirkan dan 'merasakan' denyutnya dalam intonasi yang berlainan. Malah, setiap kali pembaca itu membuka halaman karya-karya, semakin 'kaya' dia. Membaca dalam konteks itu bukan lagi hafalan, tetapi memberi sebuah makna hidup yang baru. Ini kerana pengalaman hidup, pengetahuan, dan 'kekayaan batin' yang dipelajarinya sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Dan inilah yang dimaksudkan oleh Quindlen sebagai kesedaran baru atau 'mutiara-mutiara baru'. Membaca bukanlah sekadar mengasah fikiran, bahkan lebih daripada itu. Ia memberi santapan rohani. Maka di sinilah wujud keasyikan membaca, misalnya kita memperkayakan rohani kita dengan membaca karya-karya Pradmoedya Ananta Toer, Hamka, Naguib Mahfuz, Naawal El-Saadawi dan Ernest Hemingway. Kita menghadapi teks-teks yang mereka tulis berdasarkan kisah hidup, pengamatan, pengalaman empati dan kepedulian, pengetahuan dan juga kekeliruan mereka. Membaca dengan demikian, menyajikan kita apa yang kita 'dapat' daripada kehidupan yang kita jalani dengan apa yang Pradmoedya, Hamka dan Hemingway renungkan dari perjalanan hidup mereka. Bukankah ini memperkayakan pengalaman, pengetahuan dan kekayaan batin kita.

Derek Braker, seorang pengkritik buku tersohor di Amerika, membuat komentar dan memuji buku How Reading Changed My Life. "Membaca buku ini ibarat hadir dalam sebuah pesta," komen Braker. Katanya lagi: "Ia suatu pesta yang mana di dalamnya terkumpul segala cerita, pengalaman suka-duka, perjalanan intelektual, perjalanan hidup, dan lebih daripada itu, kita 'tenggelam' dalam dunia keasyikan membaca yang tersendiri. Bukankah apabila kita menghadiri sesuatu pesta, misalnya pesta menyambut Tahun Baru yang sering dirayakan oleh anak-anak muda, mereka akan tenggelam dalam keseronokan dan ekstasi yang tersendiri. Demikianlah membaca yang juga mempunyai ekstasi yang tersendiri. Cuma yang harus dibezakan ekstasi 'mana' yang memberikan kesan mendalam."

Quindlen dengan reputasinya yang pernah menjadi kolumnis surat khabar The New York Times memang layak menerima pujian Braker itu. Quindlen merupakan wanita ketiga dalam sejarah surat khabar tersebut yang beroleh kesempatan menulis kolum 'pendapat' yang amat berpengaruh itu. Dia juga pernah memenangi Pulitzer Prize untuk kategori komentar pada tahun 1992. Koleksi tulisan kolumnya dibukukan menjadi Thinking Out Loud yang diterbitkan oleh Random House dan duduk di deretan buku terlaris The New York Times selama lebih daripada tiga bulan. Quindlen juga menulis tiga buah novel terlaris iaitu Object Lesson, Black and Blue dan One True Thing yang kemudiannya difilemkan dan dibintangi oleh Meryl Streep.

Dengan pengalamannya yang panjang, Quindlen seperti ingin membahagikan sejarah dirinya sebagai penulis sekali gus pembaca dalam kapasitinya yang otoritatif. Dalam How Reading Changed My Life, Quindlen berupaya mengaitkan pengalaman membaca dengan kebiasaan membaca, dan bagaimana semua itu berubah dari waktu ke waktu. Dalam bukunya itu, Quindlen secara otoritatif membuat daftar atau senarai buku yang mampu 'menggiurkan' perasaan banyak 'ulat buku' atau pencinta buku. Dia menyenaraikan 10 buku yang boleh membantu remaja berasa lebih manusiawi; 10 novel moden yang membuat saya (Quindlen) bangga menjadi penulis; dan 10 buku bukan fiksyen yang membantu kita memahami dunia.

Bagi Quindlen, membaca buku bukanlah semata-mata sarana untuk menghimpun pengetahuan, tetapi juga cara untuk memperkuatkan hubungan emosi, mendalami realiti kehidupan, bahkan menghadapi cabaran ketidakadilan. Menerusi karya The Forsyte Saga karya John Galsworthy, dia mengakui telah membentuk kematangan psiko-seksualnya. Karya Charles Dickens pula telah mendorong lahirnya komitmen liberal untuk menentang ketidakadilan sosial.

Dalam kategori '10 buah buku yang akan saya selamatkan bila terjadi kebakaran', Quindlen menyebut antara lain, Bleak House karya Charles Dicken, Anna Karenina karya Leo Tolstoy dan The Collected Works of W.B. Yeats serta The Collected Plays of William Shakespeare. Manakala buku The French Lieutannant's Woman karya John Fowles dan The Bluest Eye karya Toni Morrison merupakan dua di antara 10 novel moden yang membuat Quindlen bangga menjadi penulis. Karya The Adventures of Sherlock Holmes oleh Arthur Conan Doyle dan The Spy Who Came in From the Cold karya John Le Carre, dimasukkan pula dalam senarai '10 novel misteri yang paling saya sukai untuk dibaca pada musim panas'.

Buku How Reading Changed My Life bukan sahaja menunjukkan keluasan bacaan Quindlen, bahkan memperlihatkan membaca adalah cinta abadinya. Dia membandingkan membaca buku seperti pertemuan dua sahabat yang akrab iaitu buku dan pembaca yang mana kedua-duanya menjadikan aktiviti hidup kita lebih bermakna. Pada hemat penulis, buku How Reading Changed My Life merupakan realisasi semangat dan budaya Iqra' yang dianjurkan al-Quran dalam kehidupan kita.

Wassalam.

Tuesday, May 5, 2009

Suatu Ketika

Assalamualaikum...

Haih..pagi-pagi tak tidur lagik.Hoho.Yerlah..sebab dah kenyang tidur. Kenapa aku teringat kat korang erk? Rindu sangat nak jumpa ni. Haritu belum habis lagi masukkan gambar kawan-kawan masa sekolah menengah (form 1-form 5). Ni rasa rinduk kat mereka pulak yang masa sekolah rendah.Aku rasa nak jumpa sangat korang especially geng sekolah rendah noni, ika, izyan, vernon, jenal(zainal), ehsan, budin, umie. Macam manalah korang sekarang yer?Yang lain aku pernah jugak jumpa. Liyana aku lama dah lost contact.Kat mana agaknya yer???Nak sangat sembang dan riuh-riuh macam dulu!Rindunyer..

Ni lah klik aku masa sekolah rendah!
1. Noni
2. Ika
3. Izyan
4. Zainal
5. Hafizuddin
6. Vernon
7.Mazura
8. Syikin Dollah
9. Sikin Kadir
10. Liyana

Tapi klik aku kemana-mana dengan Noni, Izyan dan Ika lah. Yang lain tu antara klik bersama-sama jugak! Aku simpan tau gambar korang! Sebab tiga orang ni kamcing aku sejak dari sekolah rendah. Miss you all lah!!!! Nak cari kawan seperi mereka ni susah bagi aku because they are the best!!!!!


Ni Izyan Munirah Bt Mohamed Zaideen.
Mami aku sayang kat dia ni. Sekarang pun ada tanya lagi..pernah jumpa Izyan lagi tak..itulah mak mami aku tanya..Masa sekolah rendah dulu, orang cakap aku macam kembar dengan dia. Kalau mami aku goreng nasi, mesti bekalkan jugak untuk dia. Pernah pergi umah aku dan kenal papa dan mami aku. Aku pulak selalu pergi umah dia, masa nak pergi tuisyen ayah dia selalu datang jemput aku. Kami ni geng gila-gila jugak masa kat sekolah. Dia suka menyanyi dan kami sama-sama karaoke. Bila abah dia balik kerja, kalutlah duk senyap-senyap. Kami berpisah apabila nak masuk sekolah menengah apabila dia ke Sekolah Menengah Sains Faris Petra. Banyak kisah aku dengan dia ni. Yang terindah kenangan bersama-sama. Parent dia baik sangat. Aku ingat lagi, mama dia masakkan nasi ayam dan makan sama-sama satu family. Ayah dia jurutera termasuk mama dia. Walaupun dia anak orang berada tapi dia baik hati sangat-sangat dan kehidupan pun macam orang kampung jugak. Selalu berpindah-pindah sebab ikut ayah dia kerja. Asal Terengganu. Di sekolah kiranya popular ni..aku selalu bersama dia kemana-mana. Aku tabik sangat sebab semua adik-beradik dia belajar tinggi-tinggi. Ayah dia tegas sebab pentingkan pelajaran. Aku ingat dia suka pakai colonge Johnson Baby..semerbak kalau dalam kelas..haha..Naik basikal..main bola tampar sama-sama..tidur pun penah jugak sama-sama..Dia suka sangat belanja aku makan..itu ini..macam-macam...Yan, ingat tak dia kat orang ni...YM pun jarang-jarang. Bila la kita nak jumpa lagi.

Ni pulak Umie Kalsom Bt Mustafa dan Siti Nurulaini Bt Mohamed
Umie dan Noni ni, kemana-mana pun sama jer korang yer. Darilah sekolah rendah, masuk sekolah asrama, dan sampai ke universiti dan kos pulak sama. Korang,..korang..Umie ni aku kenal masa dia darjah 6 jer..yang aku tahu,..dia ada bau-bau bacang jugak dengan aku. Dalam kalangan kami masa sekolah rendah, dialah paling matured. Dia jadik ketua kelas, aku penolong kelas. Aku rasa dia antara yang badan besar jugak masa sekolah, maklumlah kami kecik-kecik..tapi sekarang ni..masa aku pernah jumpa beberapa tahun lalu..dia paling kecik..Haha..Ingat lagi, dia BM memang lah pandai dan boleh kata tulisan dia macam budak tingkatan masa tu. Dia cakap macam orang tua..cikgu pun gelak dengan dia ni..Berhubung setakat YM jerlah sekarang. Korang dah nak grad kan? Dua-dua orang ni amik Pendidikan Math dan Kimia..di USM...aku pun lupa la..kos apa..Bestnya....nampaknya..mereka bakal bergelar pendidik jugak akhirnya...Mereka berdua ni berpisah dengan aku bila mereka dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh...huhu...Noni..oh Noni...aku tak pernah lupakan dia..masa aku banyak dihabiskan dengan dia.. selalu bersama. Dia pernah dapat tawaran ke Jepun, kalau tak silap aku..tapi dia tak pergi...Dia rela kalau balik dari sekolah asrama dia tu..datang tidur dengan aku sama-sama dekat rumah. Lawak lagi, masa tingkatan dia pernah suh aku buatkan tugasan dia..yang dia bawak balik dari asrama...karangan BI untuk dia..tapi BI aku hancus sekarang Noni...Kalau dia nak pergi mana-mana..aku rela tunggu dia mandi..dan bersiap-siap..Ma dia memang tahu kalau tidak ada kat rumah, mesti tidur rumah aku. Kerap jugak. Kadang-kadang abah dia pergi ajak balik. Kalau makan maggi tu..sebungkus dua orang..aku dengan dia...Huhuhu..Sedihlah aku ingat masa tu ..Naik basikal sama-sama..makan pun sama-sama...apa yang aku makan...itulah dia makan...Sesungguhnya..dialah insan yang sentiasa di hati ini...

Yang ni Ika..gambar sebelah kiri.
Nama penuh dia Siti Zulaikha Bt Abdul Wahab. Dia ni antara orang yang aku tak pernah miss kat hati aku ni..Orangnya kecil-kecil jer..Aku tabik dia...terer Math, dan boleh kata semua subjek. Aku berpisah dnegan dia apabila dia ditawarkan ke S.M.Sains Tunku Kursiah. Masa tu aku rasa nak menangis jugak samalah masa Noni nak pergi..1 tahun lagi, she will be a doctor. Pernah masa dia pulang, mak dia merangkap cikgu Matematik aku masa sekolah rendah call suruh aku dengan Noni pergi tidur kat rumah sebab Ika balik.Kami apa lagi...lepas bagitahu mami aku, Cikgu Khabsah telefon suruh pergi tidur kat rumah dia..sebab Ika balik..aku pun punyalah hepi!!!Aku dengan Noni rela kayuh basikal semata-mata nak pergi rumah dia nak bersama dengan dia. Kat rumah dia ada kebun...rumah banglo..tapi tepi rumah ada kandang lembu..uhhuhuhu...sebab cikgu aku pelihara lembu dan ayam itik..hehe..bagus btul..Nak pergi tu, kena banyak soal dengan papa aku lah!!!!!!!!!Masa tu jadi bengang..Jika pulang ke kampung., mereka ni tidak pernah miss untuk jumpa dengan aku masa sekolah menengah. Sekarang berhubung melalu friendster jer lah...nak harap YM dia tak layan YM. Paham-pahamlah budak jenis stadi ni..huuhhu..Ika aku sangat bangga jadi kawan mung...dan kawan Noni...Makan sama-sama dan tidur pun sama..sama..huhuu..Ikaaaaaaaaaaaa!


Ni pulak yang busy memanjang..bila aku YM pun jarang nak balas..Yer lah..time aku YM tengahari..dia pulak dah malam..duk tengah tidur tapi YM on 24 jam..huhuuh...Lama sangat tak jumpa dia..Namanya Mohd Hafizuddin Bin Mohd Arsyad..Panggil Budin,..Malam-malam masa nak UPSR..pergi belajar rumah dia lah..Aku, Ika, Noni, Zainal..masa tu kononnya struggle..huhhu..aku berpisah bila dia dapat tawaran ke S.M.Agama Sains Labu, Negeri Sembilan. Seingat aku,..pernah nangis jugak..Sekarang bila di reflek balik..memang emosi masa kanak-kanak tak boleh kehilangan kawan...lagi sedih bila parent dia..berpindah ke Perlis..sebab papa dia orang Perlis..kena bertukar mengajar di kampung dia..Dia ni ketua Pengawas masa sekolah rendah dulu...beg sekolah dia warna merah...Masa zaman budak-budak..walaupun lepas sekolah.,kami main sama-sama..termasuk Ika, Noni dan Izyan..Bila la mung nak singgah Kelate eh...yang pasti..bila mung dah balik dari Jepun tu..balik lah kelate..aku dengan kawan-kawan memang rindu ko mung nih..Mung jer tok tahu...!Budin belajar kt Ehime University..kos engineering..Dia yang pakai jaket berkilat tuh..bukan yang pakai spek..Aku ingat dia panggil aku ROTI..yerlah..dah nama aku Ti...panggil pulak Roti kat aku..isk..isk...Masa sekolah kena jugak match-match dengan dia ni..mungkin sebab selalu sama-sama duk berkejar..dan tumbuk-tumbuk..pernah jugak..main "de' cok"dan tali skipping tu..tapi tak panggil tali skipping laa..kami panggil main getah...dia ni anak bongsu.,.ada sepasang abang kembar..dan dua orang kakak..

Vernon Chan
Ni kawan aku..campur Cina dan Siam..dia pun anak bongsu..cakap pekat Melayu..BI terer beb..selalu jer karangan dapat full mark..Berpisah dengan dia bila dia ditawarkan ke S.M.Sains Machang..yang pasti aku tahu tarikh lahir dia..dekat dengan tarikh lahir aku...Walaupun dia Cina,..aku selalu pergi rumah dia..kenal mak dia..pergi amik buku lah..macam-macam..dengan dia ni...selalu bergurau-gurau masa kecik dulu..Aku berhubung setakat YM jugak..dia ni otak terer dan gila-gila jugak..tapi dia terbabas sedikit masa di matrikulasi...Katanya..kes cinta..huhuhu..dan sekarang amik degree dalam architecture..Tak perlah Vernon..aku doakan mung berjaya..jangan inferioriti sangat...sebab mung tuh otak kreatif..Pernah jugak..dulu..aku nak tengok dia..dia on web cam..masa laptop dulu yang tak der web cam tu..aku terkejut tengok dia..dah besar panjang...yerlah..dah dalam otak duk ingat muka budak-budak lagi...kalau naik basikal tak nak mengalah ni..mesti dia jugak nak memotong duk depan...Nanti suatu masa kita jumpa balik lah Vernon yer..

Mohd Zulhusmi Jamalus
Ni pun sorang lagi kawan aku..tapi tak rapat sangat..biasa-biasa..cuma aku letak gambar ni..sebab ada kenangan aku dengan dia..masa sekolah rendah dulu..aku benci sangat dengan dia..sampai menangis-nangis..dia ni jenis lembut..tapi aku tak tahulah masalah apa..kacau..aku fade up..masa tu..aku boleh ingat lagi perasaan aku masa tu...dia tolak aku lah..dia kacau tudung aku lah..adoiii..serabut aku..bapak dia garang..cikgu PJ kat sekolah aku masa tu..anak Sir Jamalus dan Teacher Noraini..sapa tak kenal..Pernah baju aku koyak tersangkut kat pintu..sebab dia tolak-tolak aku...aku pun apa lagi..pergi mengadu kat ayah dia.."Sir..Zulhusmi krenak sayo..soyot baju sayo..dia sokmo tey sayo.."Itulah yang aku ingat..tapi kesian..pagi esoknya..aku tengok lebam biji mata dia..dia tengok aku pun masam jer muka..aku pun dekatkan diri..takut tapi cuba..tanya kenapa mata dia..dia pun dengan muka sedih cakap..."Sebab mung lah nih..gi oyak ko abah aku.."sambil dia tunjuk jari kat mata dia..aku pun cakap lah..balas balik.."Dah mung kacau aku"...huhuuh..itulah kenangannya..tapi..tu masa darjah 3 dan 4..Kisah-kisah kacau..naik jer darjah 6..masa nak exam..macam berbunga pulak hati..dia pun sengeh..sengeh..tak tahulah..aku pun sengeh- sengeh...hahaha...dia ni mengada-ngada taik kuda jugak..haaa..amik..bahasa.."Fiti...buleh dop awok tulung sayo..asoh pensil..."..Aku ingat lagi...aku tak tahulah dia ingat ke tak...dia jenis manja-manja...bila ingat sekali..haih..masa budak-budak..gelak aku nih..!Tapi tak derlah bercinta masa kecik-kecik..cuma dari gaduh jadi baik pulak..Dia kamcing dengan sorang lagi..Mohd Hasnul Fitri Bin Kamarudin..tulah kawan dia..entah kemana yang sorang tu..kami berpisah bila dia ditawarkan ke S.M.Sains Faris Petra..lama jugak..tapi satu hari pernah terjumpa masa di CC..masa tu di kampung..sekadar tengok nak cam-cam jerlah..tapi tak tegur pun..cuma kalau dalam friendster pernah mesej tanya khabar jerlah..Dia belajar kat Universiti mana tah..lupa...Pandai main intrument ni. sampai sekarang..tengok dalam friendster dengan trompet jer...Ayah dia pernah marah aku..sebab aku tak nak main hoki..ayah dia memang trainer sukan...aku rasa kalau aku main hoki..aku ganas benor..macam lelaki pun ada gayanya..Ayah dia pernah kepit aku kat kepala lutut dia..Maklumlah masa tu budak-budak..kononnya bergurau..Aku panggil Amin ni..anak mat saleh masa sekolah dulu..Hai..la..Mat Min..Mat Min..

ASikin Bt Dollah (Gambar sebelah kanan)
Ni mek Sikin...ada masa YM lah dia..suka posing amik gambar..hahaha..Dia ni antara klik aku masa sekolah..dia suka melukis..pandai jugaklah melukis..kalau tak silap memang dia lah yang suka lukis dan kaler..kaler ni...Dia pun sekolah di harian biasa jugak..lepas tu dapat Matrik..terputuslah kejap..lepas tu..jumpa balik..masa cuti..dan kebetulan kenalan aku..kenal dia sebab mereka satu sekolah masa form 1-5..jadi kami berhubung balik..sebab berjumpa di rumah kawan aku...ajak lah dia pergi rumah aku..dan kami memang berhubung sampai sekarang...dah grad dah dia..graduan UKM..kos apa aku lupa pulak Sikin ni..Mak dia pernah datang rumah aku..time raya...rupanya..bersaudara juga jauh-jauh..huhu...tu pun dapat tahu dari papa aku..

Mazura Bt Ismail
Tarikh lahir dia pun 12.Mei 1986 jugak..Dia ni sepupu kepada Syikin. Berada kat UPM sekarang..masuk form 6 jugak..yang aku tahu, famili dia cantik-cantik..adik beradik dia..muka putih-putih...Selalu bersama-sama jugak masa sekolah rendah..lepas tu dia ke sekolah jiran aku..SMT..Antara kamilah yang tinggal tidak ke SBP..atas faktor-faktor keluarga..tidak membenarkan..dia pulak..nak teruskan di sekolah harian biasa..pernah jumpa dan sembang-sambang biasa sahaja..Seingat aku..kami sama-sama masa sekolah rendah dulu..main pun sama-sama...aku suka tengok dia nila kan baju..sebab nampak bersih..pereksa UPSR pun duk dekat dengan aku jugak..pernah pergi umah dia masa cuti-cuti sekolah...

Yang lain-lain tu..aku tak jumpa gambar lah..apapun..koranglah kawan aku masa sekolah rendah dulu..one day..harap dapat jumpa sekali..Miss You All So Muchxz!!!

Monday, May 4, 2009

Kesilapan : Pengalaman Kearah Kejayaan

Tengok, dalam amik mood pun banyak input online aku post. Dah pukul 4.38 pagi dah.Nota tengah menangis minta dibaca. Ok, ni yang last. Saja pagi-pagi nak motivasikan diri sikit dengan membaca motivasi Dr.Ismail ni. Selamat layanlah entri-entri kat bawah yang lain-lain tu.

Sebagai manusia yang penuh dengan kekerdilan, kesilapan sering dialami. Walaupun tiada siapa yang inginkan kesilapan, tetapi jika berlaku ia akan membawa keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan. Kesilapan dalam tindakan, kesilapan dalam menentukan keputusan atau kesilapan dalam sesuatu perkara teknikal membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga melibatkan keluarga dan masyarakat.

Namun kesilapan bukanlah satu noktah dalam kehidupan. Oleh kerana kesilapan itu adalah hasil daripada sesuatu keterlanjuran, maka terdapat ruang dan masa untuk diperbetulkan agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Justeru, setiap kesilapan yang dilakukan harus dilihat secara positif bukan sekadar merintih dengan penuh penyesalan tetapi menjadikannya sebagai pengajaran dan pengalaman untuk bangun semula dalam usaha mengejar kejayaan.

Sebagai seorang pelajar pelbagai cabaran harus dilalui sama ada dalam proses pembelajaran maupun dalam proses pergaulan. Setiap manusia mempunyai naluri yang akan mempengaruhi kehendak terhadap sesuatu perkara. Dalam usaha memenuhi kehendak maka manusia juga akan dipengaruhi di antara akal fikiran dengan perasaan yang bertunjangkan ego. Setiap kehendak yang berlandaskan fikiran akan melalui proses penapisan. Proses penapisan ini akan lebih mantap dengan adanya keimanan. Oleh itu setiap kehendak akan dikaji semasak-masaknya agar tidak ada pelanggaran dari aspek agama, sosial, etika maupun peraturan yang tersedia ada. Maka setiap kehendak akan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Di sebaliknya jika kehendak dipengaruhi dengan perasaan ego maka tidak ada penapisan yang berlaku pada perbuatan yang dilakukan. Malah pada ketika itu keegoan yang ada pada dirinya seolah-olah memberi kekebalan padanya sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja perbuatan tanpa mengira kesan baik atau buruk, betul atau salah, bahaya atau selamat.

Setelah terperangkap dengan perbuatan yang menyalahi setiap penjuru kehidupan, atau menerima musibah hasil daripada tindakan yang salah, manusia akan melalui proses penyesalan. Adalah wajar seseorang itu menyesali segala kesilapan yang dilakukan oleh kerana penyesalan akan menimbulkan keinsafan. Keinsafan harus digandingi dengan usaha ke arah penambahbaikan agar kehidupan dapat diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Segala pengalaman pahit harus dijadikan pengajaran yang mampu mengubah destinasi kehidupan. Sesungguhnya kegagalan yang dialami adalah titik tolak ke arah kejayaan yang bakal ditemui. Setiap langkah akan dibuat dengan lebih berhati-hati oleh kerana pengalaman mengajarnya menjadi lebih matang. Keazaman yang dibuat setelah mengalami kegagalan adalah merupakan keazaman yang berjejak di bumi nyata bukan keazaman yang bersifat khayalan. Dalam hal ini jika keazaman dilaksanakan dengan serius maka kejayaannya akan berlipat ganda malah dapat menandingi sesiapa sahaja termasuk mereka yang digeruni buat suatu ketika dahulu. Kita biasa dengar kisah pelajar yang gagal di peringkat permulaan tetapi akhirnya menjawat jawatan yang tinggi atau pelajar yang nakal tetapi akhirnya menjadi usahawan yang berjaya.

Sesungguhnya pengalaman amat berharga dan tidak boleh dijual beli. Setiap kegagalan itu adalah merupakan satu pengalaman yang harus dijadikan panduan ke arah penyambungan kehidupan seterusnya.

Yeah! Tolonglah kembalikan motivasi diri..Insyaallah..moga-moga lepas membaca dan mempost entri ni kembali bersemangat!


Ketrampilan Diri

Oleh Dr Ismail Zain

Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

Sebenarnya masalah malu untuk berkomunikasi secara formal sudah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan juga murid sekolah rendah. Malah budaya ini terbawa-bawa hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Budaya yang negatif ini sewajarnya dibendung di peringkat sekolah rendah.

Murid mungkin beranggapan ia satu perkara yang remeh tetapi hakikatnya ia adalah satu proses ketrampilan diri yang mampu mempengaruhi motivasi diri dalam pembelajaran. Antara ciri-ciri pembentukan ketrampilan diri ialah:

• Keberanian: Seseorang murid yang berketrampilan ialah mereka yang berani muncul di hadapan untuk memberi pendapat, membuat persembahan atau sekurang-kurangnya memberi jawapan apabila ditanya atau secara sukarela.

• Aras harga diri yang sihat: Kemunculan diri menjadikannya merasai bahawa ia dihargai. Dengan secara tidak lansung akan meningkatkan aras harga diri yang sihat iaitu satu sikap menghargai potensi yang ada pada diri serta mengambil peluang melakukan tindakan yang positif ke arah kemajuan diri dan juga memberi sumbangan kepada orang lain.

• Menjana minda: Apabila seseorang murid itu sentiasa menggalakkan dirinya berinteraksi maka mindanya akan sentiasa bergerak untuk mencari buah fikiran yang baru. Dengan cara ini seseorang murid dapat memperkayakan daya pemikirannya yang seterusnya mampu membantunya dalam peperiksaan nanti.- (Ya, aku setuju frasa ni).

• Berdaya saing: Murid-murid boleh melibatkan diri dalam berbagai aktiviti seperti aktiviti dalam bilik darjah yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun dalam aktiviti luar bilik darjah seperti dalam sesuatu pertandingan atau menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan. Aktiviti seumpama ini boleh mewujudkan semangat berdaya saing secara sihat. Semangat seperti ini amat diperlukan kerana ia boleh meningkatkan daya kreativiti serta keinginan untuk berlumba-lumba melakukan sesuatu yang terbaik ke arah kejayaan.

• Peningkatan kemahiran: Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa serta kemahiran dalam pengucapan awam memerlukan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan ini penting kerana ia merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu dilakukan. Kekerapan penglibatan seseorang murid akan dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan serta memperkembangkan potensi dan kemahiran diri.

Sesungguhnya setiap murid harus mempunyai ciri-ciri ketrampilan diri tersebut. Ia merupakan satu keperluan terhadap diri sendiri dalam mencapai cita-cita dan memenuhi aspirasi negara.

P/s- Semuanya bergantung pada diri. Takut, ke depan berkait juga dengan introvert dan ekstrovert. Banyak faktor. Macam Dr.Nasir cakap, introvert jangan dilihat negatif tapi usahakan introvert secara positif, sebab itu diri pelajar. hehe..sempat lagik jadi nasi tambah!

Pelajar Bijak

Oleh Dr. Ismail Zain

Ramai dalam kalangan pelajar yang cuba membanding-bandingkan tahap pencapaian antara mereka. Dalam keadaan ini apabila prestasi seseorang itu tinggi, ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "pandai", dan jika prestasi seseorang itu rendah ia dianggap sebagai seorang pelajar yang "bodoh".

Sebenarnya dalam proses pembelajaran tidak ada siapa yang dianggap "pandai" atau "bodoh". Seseorang pelajar yang menganggapkan dirinya pandai akan berakhir dengan sikap yang angkuh serta tidak mahu bekerjasama dengan pelajar lain. Pelajar ini juga sering kali enggan menghadiri kelas tambahan dengan alasan mereka sudah memahami topik pembelajaran tersebut.

Begitu juga dengan pelajar yang menganggapkan diri mereka "bodoh" berakhir dengan perasaan rendah diri serta tidak mampu bersaing dengan pelajar lain. Mereka juga sering ponteng dalam kelas-kelas tambahan dengan alasan mereka tidak mampu belajar dan menganggapkan pelajaran itu amat susah untuk difahami.

Dalam hal ini kita harus menjadi seorang pelajar yang "bijak". Pelajar bijak akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk membaiki diri. Walaupun mereka sudah memahami pelajaran yang diajar oleh guru tetapi sanggup datang semula ke kelas-kelas tambahan, bertanya dengan guru, mencari bahan di pusat sumber serta berbincang dengan rakan-rakan dengan harapan prestasi yang baik itu dapat dikekalkan.

Bagi pelajar yang prestasinya rendah tetapi bijak akan sentiasa berfikiran positif. Mereka tidak berputus asa malah berusaha dengan sepenuh jiwa untuk menghadiri sebarang kelas tambahan atau sanggup mencari pelbagai bahan untuk dijadikan rujukan ke arah membuat penambahbaikan diri.

Sebagai semakan pelajar bijak mempunyai ciri-ciri diri seperti berikut:

• Percaya kepada kebolehan diri yang dianugerahkan Allah. Walaupun Allah menentukan segala-galanya tetapi manusia harus merancang. Kita dilahirkan bukan untuk gagal tetapi untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Untuk berjaya usaha harus dilakukan secara sepenuhnya dengan menggunakan kebolehan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

• Tidak menyalahkan sesiapa dalam sesuatu situasi. Tuduh menuduh atau salah menyalahi antara satu sama lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Apa yang harus dilakukan ialah pelajar sendiri harus menerima hakikat sebenarnya, mencari jalan penyelesaian serta membuat penambahbaikan pada diri sendiri.

• Beranggapan bahawa setiap yang susah itu dapat diatasi dengan cara berusaha untuk mengatasinya. Kesusahan dan kesukaran itu ialah cabaran dalam kehidupan. Cabaran pula ialah pengalaman yang mampu mematangkan fikiran serta memperkasakan diri dalam proses mencapai kejayaan.

Justeru, setiap pelajar harus mempunyai sifat yang bijak ketika belajar. Kebijaksanaan mampu mengikis sifat yang negatif serta memupuk sifat jati diri di jiwa pelajar.

P/s-Makin banyak belajar ni makin tak bijak pulak.Haih!Tidak mengapa..tabah-tabah Cik Afiti!!!

Bercakap Jangan Bercakap-cakap

Saja jer ni..pukul 4 pagi, kejap lagi exam pukul 9.00.Jadi geledah-geledah internet dulu cari mood belek nota untuk input diri. Kalau nak baca, mari sama-sama baca.

Oleh Dr. Ismail Zain

Sebagai seorang pelajar sekolah yang cemerlang mereka seharusnya mampu mengeluarkan pandangan, buah fikiran yang bernas maupun memberi kritikan yang membina dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif serta membina keperibadian dan ketrampilan diri yang unggul. Ia menjadi satu keperluan kepada diri pelajar sebagai satu persediaan bukan sahaja untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi malah sebagai langkah penyuburan diri dalam karier masing-masing nanti.

Untuk mencapai hasrat yang murni ini, pelajar perlulah “bercakap” dengan erti kata digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Melalui percakapan yang dilahirkan dalam mesyuarat, perbincangan, perbahasan atau persembahan, mereka mampu mengasah bakat serta memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu sepertimana yang dihasratkah oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang dikesalkan ialah pelajar lebih gemar ”bercakap-cakap” daripada ”bercakap”. Apa yang dimaksudkan dengan ”bercakap-cakap” ialah berbual kosong, mengkritik tanpa rasional atau hanya ingin berbuat bising dengan bertujuan untuk menggagalkan sesuatu program yang ingin dijalankan.

Pelajar begini hanya berani bercakap-cakap di belakang tetapi tidak berani menonjokan diri dalam sesuatu majlis. Mereka sebenarnya penakut kerana tidak ingin bertanggunjawab dengan apa yang mereka katakan. Mereka lebih suka agar segala perancangan yang baik itu tidak dapat dinikmati oleh sesiapapun termasuk mereka sendiri. Pelajar seumpama ini mengamalkan tabiat apa yang diistilahkan oleh Pakar Motivasi Stephen Covey sebagai gagal/gagal.

Di antara perlakuan yang harus dilakukan oleh pelajar agar diri mereka sentiasa cemerlang ialah:

• Menyertai aktiviti secara aktif: Walaupun aktiviti diwajibkan untuk pelajar menyertainya tetapi ia bukanlah hakikat sebenar untuk menyertai sesuatu aktiviti. Penyertaan seharusnya menyeluruh bukan sekadar untuk memenuhi jadual kedatangan sahaja. Pelajar boleh mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau menjadi anggota ahli jawatankuasa ataupun sekurang-kurangnya menjadi pembantu kepada rakan peserta. Dengan cara ini pelajar mampu belajar berbagai pengalaman melalui penglibatan tersebut.

• Pemindahan ilmu: Pelbagai ilmu dipelajari dalam penyertaan pelbagai aktiviti. Ilmu, pengetahuan dan pengalaman bukan hanya berakhir di situ sahaja, tetapi boleh diperkembang, diguna dan dipindahkan ke dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh dalam aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah pelbagai teknik telah dipelajari untuk memberi bantuan kecemasan. Dalam hal ini sekurang-kurangnya teknik ini dapat digunakan dalam kehidupannya maupun dalam kehidupan masyarakat umum.

Justeru, pelajar harus mengambil bahagian secara aktif agar hasilannya nanti dapat memberi menfaat ke arah pembangunan diri.

Aktiviti kumpulan:

Bincangkan bagaimana aktiviti yang diceburi di sekolah dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian pelajar. Beri contoh-contoh yang spesifik.

Subjek Sejarah Bakal Dirombak

OLEH JAAFAR AHMAD

Pendekatan pengajaran mata pelajaran sejarah bagi sekolah rendah dan menengah yang kini berasaskan peperiksaan mungkin dirombak supaya berbentuk penghayatan di kalangan para pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendekatan sedia ada kurang berkesan untuk melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik dan cintakan negara.

Menurutnya, pembelajaran Sejarah seharusnya lebih tertumpu kepada usaha menanam kefahaman terhadap pelbagai aspek sejarah dan bukan semata-mata berasaskan peperiksaan.

''Maka dengan ini barulah mata pelajaran itu dapat difahami dan dihayati sehingga melahirkan semangat juang di kalangan anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis kesyukuran sempena kejayaannya dipilih ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran anjuran UMNO Bahagian Batu Pahat di sini malam tadi.

Lebih 2,000 orang termasuk isteri Mohd. Puad, Dr. Rubiah Leman dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hadir pada majlis tersebut.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, perkara tersebut akan dibawa pada mesyuarat jawatankuasa Kabinet akan datang untuk dibincangkan.

''Oleh kerana perkara ini penting, maka sebelum itu saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Beliau berkata, mata pelajaran sejarah penting dipelajari semua pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan enam bagi melahirkan generasi yang memiliki jati diri dan cintakan negara.

Terdahulu ketika berucap, beliau menggesa ahli-ahli UMNO agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melahirkan konsep Satu Malaysia.

''Konsep ini mempunyai matlamat yang cukup besar dalam membela nasib rakyat," katanya.

Mohd. Puad juga berikrar untuk memikul segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan ekoran pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran yang baru.

Sunday, May 3, 2009

Sahabatku Di hati...

Assalamualaikum.

Rindunya kat korang. Tiba-tiba rasa rindu. Tadi, Yana call aku. Lama bersembang. Teringat memori masa sekolah-sekolah dulu. Perangai kita zaman awal-awal remaja. Wah..seronoknya...tapi masa awal remaja itulah paling mencabar untuk diri kita semua kan..You all, tahu tak, aku rindu sangat kat korang ni. Nanti cuti kita dapat kumpulkan..yerlah..kawan kita sorang tu nak buat kenduri kawin...Aku tak tahu nak cakap macam mana betapa rindunya korang. Yana call sembang lama jugak. Tu pun nasib baik ada friendster, maka dapat jejak kasih kembali. Masa korang kumpul time cuti lepas-lepas, aku tak dapat bersama pun. Yerlah, aku nih busy memanjang kat kolej. Sekarang, cuti nanti aku akan bersama korang. Masing-masing sudah lain yer sekarang. Tahu tak sahabat-sahabat aku, korang memang tak boleh ditukarganti. Lagipun nasib baik ada friendster sebagai penghubung dan boleh lah jenguk-jenguk jugak tengok perkembangan korang.Waduh!Nak nangis seyh!Aku kumpul tau gambar korang. Ni yang sempat aku jumpa gambar korang. Sayang gila, dan memori masa dulu tetap aku ingat sampai bila-bila. Tak sabarnya nak jumpa korang.

Ni gambar kawan-kawan aku masa sekolah menengah form 1-form 5.


Dah kawin pun kau Sarah!Ingat tak, kita naik basikal sama-sama?Uwaa..rindunya..aku pergi umah engkau, pernah buat kerja sekolah sama-sama. Ko pun terer jugak Matematik kan?Pastu, dalam Subjek BM aku pulak yang kongsi dengan kau. Ingat tak, Umi mu selalu ajak aku makan nasik tapi aku malu-malu sebab Umi mu baik sangat kat aku. Bila aku pergi Umah ko, terus jer ajak aku masuk dapur. Aku harap Umi mu pun sihat!Cantik ko sekarang Sarah!Aku suka dengar ko bebel dan gelak sama-sama. Sebab kita memang gila-gila kan Sarah...Waa..rindunya...Lepas SPM jer..semua sepi..bawak diri...Sekarang kau dah mengandung. Dalam geng aku,.budak 5 Science 1, 5 Science 2 dan 5 Science 3..kau kawin dulu yerk Sarah..Tahniah Sarah!!!Aku nak sangat jumpa ko Sarah...Bila ko grad, ko kawin yerk..aku tak dapat pergi masa engkau kawin taun lepas, sebab aku tak cuti..Bestnya,..gelak sama-sama...buat kerja sekolah sama-sama...mung low profile...mishh U dude!!!Moga ko bahagia dengan suami dan bakal anak mung lahir tu!


Ha...nilah Yana!

Yana, thanks sebab mung call aku!Mung pun dah bertunang dan jangan lupa jemput aku bila nak kawin!Ingat tak Yana, aku suka pegang tangan mung dulu..sebab tangan mung aku cakap kulit licin macam kulit mangga yang gebu-gebu tu..Bila aku cakap, mung gelak balik...Mung memang jenis peramah...mung suka gelak..terkekek-kekek...suka senyum..hehe...dah la cun...sayang gila lah!Nanti kita jumpa ya Yana masa kenduri kawan kita sorang lagi tu...kita sekelas mula dari tingkatan satu pastu bertukar kelas sebab mung amik IT masa form 5 dan aku 9 subjek jer. Tapi, bila kumpul masuk geng balik kan...Uwaaa..rindunya Yana...aku suka tengok tulisan ko..besar-besar dan mantap macam ko jugak. Aku panggil mung panjang sebab mung tinggi dalam geng-geng kita dulu. Tapi sekarang tak tahulah mung tu tinggi ke tak..hahaha..sebab orang lain pun dah besar-besar dan tinggi-tinggi jugak..Waduh rindu seyhhhhhhh...!!!!Lama tak jumpa..mung dah grad dalam kos Information Management...tahniah!


Weiii mek Yus...rindu sama kamu...mish you....walau aku tak contact mu..jangan sedih-sedih...sebab aku sentiasa ingat kat mung!!!

Yus, mung memang sama-sama gila dengan aku...cakap merapu merban..mung selalu datang umah aku dan aku selalu datang umah mung!Ingat tak..kita selalu kuar lepak-lepak...pastu..selalu makan sama-sama...ada sahaja gosip..Ingat tak...masa mung sakit...dugaan besar aku rasa masa tu mung hidap SLE...aku takut sangat kehilangan mung..Masa aku form 6..aku tengok mung aku nangis-nangis bila tengok badan mung kembang...sembab...Alhamdulillah..sudah sihat..mung suka cakap...pot..pet..pot pet..haha..macam aku jugak..walaupun cuti semester..kita selalu lepak sama-sama sebab mung sekampung dengan aku..aku tahu mung jenis otai..selamber...ko tak suka pakai-pakai bedak..lipstik...kalau jalan aku dan geng tak risau..sebab ada perempuan gagah macam mung..hahaha...dan kaulah lelaki dalam geng kita..hahaha...cita-cita mung besar..mung selalu cakap..kawan-kawan dah lupa kat mung sebab mung lambat masuk Universiti daripada orang lain..tapi akhirnya mung masuk universiti jugak kan...sebab Tuhan tangguhkan kejap jer..sebab mung sakit!Mung panggil aku Mak Wa kan..sebab dalam geng kita..aku matured sikit..kan..kan...hahaha...mung suka lukis robot..gambar kartun...mung suka Psikologi..tapi otak Sains mung ni..suka reka itu dan ini...tapi...walaupun mung suka itu dan ini..akhirnya..mung amik Desingn Art jugak..kiranya..kaitan seni jugak lah tu..tahniah kawan ku..Nama Nor Yus Syahirah..Gelaran Use..tapi mung dikenali sebagai Usop..hahahaha...Part jiwang-jiwang mung reject..dan tak layan..sebab geng kita..tak da geng jiwang...Rindu beb!!!!!

Cik Timohhh!

Waa..minah Saleh nih...pun selalu datang umah aku bila balik cuti...Lepas jer..SPM..terus terbang ke Australia..dapat tawaran macam-macam tawaran..dia ni sejak sekolah rendah lagi sekelas dengan aku..Duk Matrik rela balik..sebab cita-cita mung dari kecil lagi nak jadi teacher macam Mama dan Papa mung tuh...Banyak kisah aku dengan mung kan..mung selalu kena buli kat Usop kan..korang dikenali pak we mak we kan..hahaha...Mung pun susah nak bercinta..macam-macam orang kata hingga orang frust nak mengorat mung kan..sebab hati tak makan saman...last-last sekali..jumpa jugak seseorang masa kat Aus..Aku penah gigit tangan mung kan..ingat tak...masa kita sekolah rendah dulu...peksa sama-sama dapat 5A tapi aku tahu mung lagi terer...BI punyalah meletop...Kimia dan Fizik pun mung terer...boleh kata seimbang..termasuklah Add Math..mung suka nyanyi..suara mirip Siti jugak lah..kembanglah hidung tuh..haha...TESL jugak pilihan mung kan..Bila mung nangis..aku akan tengok kat hidung mung...merah-merah..macam badut..sebab hidung mung tinggi...haha..mung suka baju-baju berjenama...mung suka pasal kecantikan..tapi...kecantikan mung original...Kita gelak macam hantu..Mami aku cakap., Usop..mung..dan kawan-kawan kita gelak besar...riuh rumah aku bila kita kumpul...hahaha..Aku tunggu giliran mung kahwin ni..Bila nak kahwin erk...apapun...mung jenis setia dan bukan mudah jatuh cinta...speaking..pergh..sesuailah cari Mamat Aussie..Love You Dude!Bila mung nak berangkat pergi sana..aku teringat jugak..sebab masa tu..aku dah kat UPSI ni...Mung makan banyak..tapi badan kerding jugak...!Inilah dia..kawan yang aku sayang...anak bongsu yang mengada-ngada dan manja..Nor Hidayah Bt Mohd Hulaimie. Sekarang dah balik Malaysia..Teacher Hidayah..!Love You!!!!


Ha..ni dia MC Jie..

Ni kawan aku..Roziah Bt Ismail..Orang panggil Mat Ail@Ail..sebab mung memang anak Mat Ail..Antara pelajar yang aktif jugak...masa sekolah..syarahan ni..tapi masuk U menyepi pulak dalam bidang dia tu..bab lelaki memang tak layan..suka pakai jeans besar-besar...minat Justine...Jie..mung bakal cikgu jugak lah kiranya...Tunggu nak grad..kalau tak silap aku...Mung amik degree Pendidikan Matematik..kan...UM jugak pilihan mung..aku suka sebab dia sempoi gila-gila...cool...bila gelak kuar air mata..gigi mung chantekk...aku suka tengok...haha..tak tahannya..kening terangkat beb...bila pakai tudung labuh..sekolah..asyik selak-selak..suara best ni..bila nyanyi..selalu jadi solo koir kitorang..berganding dengan Hidayah..Jie..ingat tak..petang-petang kita lepak kat umh mung ramai-ramai makan mangga..duk bawah pokok mangga..makan mangga dengan kicap dan belacan..haha...bila pergi ramai-ramai..pung pang..pung pang kat dapur tu kan..hahaha..otak terer beb...Wa..salute sama Looo..Bila aku ada masalah, aku sellau call dia..pendengar setia..nasihatkan aku ada jugak..kadang-kadang..motivasi kan aku..Rock Jie..itu tema dia..haha...Miss you babe!!!

Ley..lama tak jumpa Ley..
Ini dia Iklil Ibrahim..kawan aku sorang ni pun...bakal cikgu Math jugak..Duk UPSI sama-sama..haram nak jumpa..susah nak jumpa beb...Aku kagum dia ni..senyap jer nampak..tapi time gila-gila..huhu...Ingat tak Ley..Cikgu Somad Al-Bashit selalu puji dia..dia terer gila beb..Add Math dan Fizik..dapat markah 90 lebih..minat melukis...dah lah kalau melukis tuh..betul-betul cantik...hobi dia melukis..kalau bagi muka aku..dia boleh lukis sebijik..terer beb..!Orangnya..cute..manis..cool jer...diam-diam ubi berisi..suka aku kacau dia...think positive dan low profile..Ingat tak..masa tingkatan 3 kena gosip dengan Nadzir..haha..Tapi Ley cool jer kan...adik beradik ramai wooh..meriah bila pergi umah dia..umah dia dekat dengan umah atuk aku...Bendang Kerian..tapi dia kat Alor Tal...Ley..bila nak jumpa ni...ore tunggu Ley grad lah erk..kita jumpa...Miss yOU lahhh!

Inilah lukisan Iklil

Gambar anak sedara dia pun..dia lukis..

Mishh You!!!

Yang ni pulak..Wan Nur Syana Emi Bt Wan Ramli...

Syana..kita selalu berhubung..belajar kat UPSI jugak..kalau tak silap ambil Kimia...cun beb..dan lah tinggi...Ni dia duk posing kat depan rumah dia lah ni...Aku selalu juga jalan-jalan umah dia..Mak dia cikgu aku...dia anak kedua..Cool jer..dan kalau cakap tuh bersungguh-sungguh...hehe...tapi maintain cool...Perahsia ni...tapi bila kumpul sama-sama..gelak besar kan kita...Miss you..bila grad tak lama lagi..bagitau aku tau...Jumpa jugak aku dengan mung kat UPSI..yerla..mung datang UPSI dengan kelulusan Matrik..aku masuk dengan tingkatan 6..dalam geng-geng..aku jer kan..tak pergi Matrik..?huhu...Missh you lah..!Nanti kenduri Najey..kita pergi sama-sama taw!Suka bantu aku jugak ni....aku pernah pergi umah dia amik nota untuk subjek universiti...


Ni pulak Kak Zura

Gelaran Kak Zura sebab dalam geng kami..dia paling besar dan paling tinggi..tapi hairannya..dia panggil aku "Wor"@"Mok Wo" iaitu istilah untuk nenek-nenek..haha...mungkin ada kisah antara kami..sebabnya..time aku sengal..aku berlakon jadi orang tua..macam cerita Mak mertua Kasim Selamat..haha..Kak Zura terer gila Sejarah...selalu jerk dapat A..ingat amik law dah..tapi sekarang terjurus dalam bidang perubatan...Dia matang..rasional..Masa aku benci subjek Sejarah masa form 1-form 5..dia pulak minat...aku pikir jugak..macam mana otak dia suka menghafal dan mengigat...apapun...wih you all the best Kak Zura..nanti kita jumpa taw...Kamilah geng lepak-lepak time petang...selalu jer kan...jalan ke situ sini..sama-sama...


Ni dia Ikhwan Nadzir Bin Mohamad..

Aku panggil Najey..Macam mana lah mung boleh contact aku..selama ni lost contact..contact aku sebab nak kahwin..tahniah yer Najey..ni pun jenis otak stdi jugak ni...mengumpat pun boleh ajak sekali..haha...perangai macam perempuan...Aku curi gambar mung nih dari friendster tau..Kat rumah, aku selalu contact mu kan..masa sekolah-sekolah kalau apa-apa kerja sekolah...sebab mung ni macam perempuan...berdisiplin...dah grad yer mung..amik bidang Pertanian..kat UPM...siapa sangka..Aku minat pertanian jugak..sebab aku suka tengok pokok hijau..sayur gemuk-gemuk..hehe...dan menguntungkan..tapi tanaman aku mcam tak nak hidup jer....haha...sebab tak da ilmu pertanian..haha..Perangai mung bagus dan berdisiplin...apa tidaknya..dah ayah dia guru besar...kita satu team Pengakap...selalu untuk lelaki..bila conduct arahan Kawad..dia lah...Macam mana mung sekarang yer..**roi ke tak lagi..hahaha...selalu pergi camping sama-sama dan amik pentarafan Raja sama-sama kan...rindulah kenangan bersama-sama....Terima kasih ingat lagi kat aku....Terharu seyh masa mung contact!

Ni Mohd Najmudden Bin Mohd Supian

Nampak ganas lah mung sekarang...brutal..haha..dulu masa sekolah-sekolah...dia selalu contact aku kat umah...sembang jerlah..banyak idea...tinggi idea dia nih..part computer bagi kat dia lah!Kalau acara apa-apa kat sekolah..dia lah yang akan baca doa...Tapi kekal lagi ke ustaz mung tuh Najmudden..haha...saja jerk aku nih..yang lawaknya..aku ingat lagi..mung suka sangat kan..gaduh-gaduh dan kacau aku..aku bengang jer..tapi..mung selalu pergi kat kedai mami aku kan...mung kenal papa aku jugak..boleh jer dia pergi makan-makan dan bersembang.,Mami aku pun dah lali dan kenal dengan mung nih...Aku terkejut Umi mu meninggal...Umi mung cikgu aku jugak...moga arwah berada di tempat tertinggi...moga jadi anak yang baik tau Budin! Mung selalu buat aku rasa nak lempang kan..haha..ingat tak kita pernah gaduh..aku tarik baju engkau..tulah..mung selalu jer cari pasal dengan aku...suka kacau aku...sampai aku naik brutal...pen aku..pen dia..kalau pen aku yang kaler..kaler tuh..tak da..aku dah tahu..mesti dalam kotak pensil dia..isk...isk....dahsyatnya lagi..aku naik bengang bila engkau tipu aku...buat jahat..kau masukkan batu bata dalam beg aku..patutlah aku rasa berat semacam beg aku...sampai umah baru aku perasan.. engkau letak batu bata dalam beg aku...jahatnya mung Budin..eee...bila ingat..aku gelak sorang-sorang..mung memang buat aku bengang..hahaha...idup tak sudah dengan falsafah..haha...Aku tarik baju mung sampai koyak kan..tu lah..kacau aku sangat..tapi..kejap jer kita gaduh..pastu baik semula...lawaklah..bila ingat..Budin..Budin...Aku harap mung grad dengan berjaya nya ya...!

Ni pulak..Haliza...

Sekarang kat UM jugak..degree chemistry..kalau tak silap..bila Ma dia tak da rumah..dia ajak aku lah sebagai peneman..terer Math..selalu jer ajar ajak aku belajar sama-sama...ulangkaji Math..lepas SPM dia bawa diri ke Matrik...dan akhirnya...sama-sama YM sekarang..low profile..tulisan dia cantik..aku ingat kami sama-sama menulis sebelah kiri...dia suka melukis kartun..tengok cerita korea...nak tahu tak.......??kalau kat sekolah...untuk acara koir..dia yang akan tulis lirik lagu...asalkan ada minus one..otak jenis kreatif jugak...tapi orang Sains...rindu lah Ja...idup cool jer...dia boleh tukar channel daripada gelak besar-besar kepada serius..tabik ler..boleh jadi pelakon...Bila kita nak jumpa ni....huhu...sekarang dia tengah cari port untuk sambung belajar untuk master..selalu juga mesej-mesej aku...katanya..nak tunggu sama-sama sambung...bestnya..tiba-tiba boleh sambung belajar sama-sama kan Ja..tapi ore lambat lagilah nak grad Ja..sanggup ke tunggu..huhu...Bila dia gelak...selalu tutup mulut..sopan gituw!Pembersih..dan sempoi..igat tak..bila mangga dia berbuah..dia akan ajak aku dan kawan-kawan pergi duk kat laman rumah dia...makan mangga...kita tidur pun sama-sama kan..rindunya Jaa...

Inilah geng-geng aku...mish you all...sempat tulis itu sahaja..apapun korang best dan setia...tak suka mengumpat-ngumpat hal kita-kita..kerana kita berterus terang...enjoy sama-sama...suka duka sama-sama..rindunya...

yang lain ada lagi...akan disambung..

Friday, May 1, 2009

Nenek Tua Mengubah Britain

Assalamualaikum.

Tertarik apabila membaca entri di blog sahabat saya Farest. Jadi, saya meminta kebenarannya untuk memaparkannya di blog saya juga. Terima kasih Farest. Sama-sama kita renungkan sebagai motivasi diri dan lihat dari sudut ilmiah (Silang Budaya, Psikologi Sosial, dan Perspektif Kaunseling).

Kehadiran wanita berusia 48 tahun dengan susuk tubuh agak gempal pada pertandingan Britain's Got Talent, ba ru-baru ini mencetus fenomena baru tidak diduga.

Susan Boyle bukanlah sesiapa untuk dibanggakan apatah lagi dengan penampilan yang tidak terurus pada pertandingan berkenaan, menyebabkan ramai penonton mencemuh.

Kebanyakan mereka berpendapat Susan tidak layak untuk berada di pentas pertandingan Britain's Got Talent, lantaran faktor umur, susuk tubuh serta penampilan yang dikatakan kurang menarik untuk diketengahkan berbanding peserta lain.

Bagaimanapun, wanita ini mengenepikan segala kritikan ramai untuk tampil mempersembahkan nyanyian penuh bertenaga sekali gus mengenepikan cemuhan awal.

Suara Susan yang begitu lunak ketika menyanyikan lagu I Dreamed a Dream daripada filem Les Misérables, pada 11 April lalu, nyata memukau hadirin yang berdiri serta mem berikannya tepukan begitu gemuruh.


Ia turut menutup mulut pengkritik, Simon Cowell, yang selama ini terkenal dengan sikap lantang mengeluarkan kritikan kepada peserta.

Sejak itu, nama wanita itu mula dikenali dan menjadi fenomena di seluruh dunia. Kurang sembilan hari daripada persembahan pertamanya, dianggarkan hampir 10 juta pe layar laman web melayari You Tube semata-mata untuk menyaksikan video persembahannya.

“Masyarakat moden hari ini begitu cepat menilai seseorang hanya berdasarkan penampilannya.

“Situasi ini sukar untuk diatasi namun sekurang-kurangnya, saya dapat mengajar mereka mengenai satu pengajaran yang berguna untuk diteladani.

“Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai diri saya. Tetapi, saya tidak mahu mengambil peduli kerana apa yang penting, saya boleh menyanyi. Lagipun, ia bukanlah per tandingan ratu cantik,” katanya yang kini mula membiasakan diri menjadi selebriti.

Dalam pada itu, wanita yang dilahirkan di Blackburn, barat Lothian, Scotland ini adalah anak kepada pasangan pendatang dari Ireland, Patrick Boyle dan Bridget.

Susan mempunyai empat abang dan enam kakak tetapi hanya enam daripadanya yang masih hidup.

Ibunya berusia 47 tahun sewaktu melahirkannya dan ketika proses bersalin, Susan dipercayai hampir lemas akibat ke kurangan oksigen.

Ia dikatakan antara penyebab wanita ini mengalami masalah dalam memahami pembelajaran serta sering menjadi mangsa buli ketika di sekolah.

“Saya sedar kekurangan diri tetapi tidak faham kenapa masyarakat sering mengejek saya dengan pelbagai nama gelaran.

“Saya akui, zaman persekolahan tidak menyeronokkan terutama apabila berdepan dengan masalah buli yang hampir setiap hari berlaku,” katanya.

Selepas tamat persekolahan, Susan pernah bekerja sebagai pelatih jurumasak di Kolej West Lothian selama enam bulan sebelum berhenti dan mengambil skim latihan yang di sediakan kerajaan.

Bapanya meninggal 19 tahun lalu namun sejak kehilangan ibu tersayang pada 2007, Susan dikatakan bagai kehilangan arah, apatah lagi terpaksa tinggal keseorangan di rumah keluarga bersama kucing kesayangannya, Pebles.

Seorang jiran memberitahu, Susan sentiasa berada di sisi ibu sepanjang Bridget sakit dan begitu sabar menjaganya.

“Selepas ibunya meninggal, Susan kelihatan sukar menerima hakikat itu. Dia tidak keluar rumah lebih tiga hari dan langsung tidak menjawab panggilan telefon atau panggilan jiran.

“Keadaannya pada ketika itu amat teruk tetapi mujurlah, dia kembali seperti biasa tidak berapa lama kemudian,” ka tanya.

Begitupun, perjalanan hidup wanita ini memang me nyedihkan kerana sebelum dikenali seperti hari ini, dia pernah gagal dalam pelbagai uji bakat disebabkan penampilan dirinya itu.

Menurut Susan, sebelum ini dia pernah mengikuti kelas nyanyian di bawah kendalian Fred O'Neil serta kelas lakonan di Sekolah Lakonan Edinburgh.

Dia turut menggunakan semua wang simpanannya bagi mengeluarkan rakan demo sendiri yang mengandungi lagu Cry Me a River serta Killing Me Softly untuk dihantar ke beberapa syarikat rakaman, pertandingan bakat di radio dan televisyen tempatan.

Ketika sesi uji bakat pertandingan berkenaan, Susan tidak mempunyai sebarang pekerjaan selain aktif dalam kerja kebajikan di gereja Katolik di Blackburn.

Kata Susan, kematian ibunya memberi motivasi kepada dirinya untuk menghadiri uji bakat pertandingan Britain's Got Talent itu dan mahu menjadikan bidang muzik sebagai kerjaya untuk membalas jasa keluarganya selama ini.

Selain itu, wanita yang tidak pernah berkahwin dan belum pernah mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki ini dikatakan amat menggemari seni terutama teater serta sering meluangkan masa menyaksikan persembahan penyanyi ke gemarannya.

“Penampilan pada pertandingan 11 April lalu adalah per sembahan saya secara terbuka buat pertama kalinya di khalayak sejak kematian ibu.

“Saya akui, bukan senang untuk menceburi bidang ini terutama bagi seorang wanita seperti saya tetapi saya berharap dapat mara sejauh yang mungkin dalam pertandingan ber kenaan.

“Apa yang saya harapkan, masyarakat dapat menerima saya seadanya berdasarkan bakat dan jangan sesekali menilai kemampuan saya hanya berdasarkan rupa paras yang tidak seberapa,” katanya yang kini tampil dengan penampilan baru yang lebih segar dan kemas, sesuai dengan usianya.
-Sumber Harian Metro-

Isu Surau 2

Assalamualaikum.

Ingin membicarakan tentang isu surau lagi. Macam-macam ajer. Nampaknya, kehendak mahasiswa/i UPSI perlu dipenuhi. Jenuh juga memikirkannya apa cara terbaik untuk pihak librarian buka secepat yang mungkin. Antara pandangan aku, yang mungkin ada pihak yang terbaca blog aku boleh lakukan.

1. Surat rasmi
2. Perbincangan secara formal pimpinan mahasiswa tentang isu ini
3. Buat kaji selidik dan survey untuk pungut data daripada pelajar UPSI(dah nak secara formal kan, elok sangat lah, kan nak bukti pula).
4. Merakam pendapat para pelajar secara exclusive (macam hot la pulak).
5. Tidak payah buat apa-apa, buat derk jer..buat berani, pergi sembahyang.

Survey yang aku telah lakukan lokasi terbaik untuk surau. Ceh, macam kontraktor pulak.

1. Surau yang sememangnya dah ada untuk staff, cuma perlu menggesa dinaikkan memo di hadapan pintu masuk utama " Surau dibuka untuk semua pelajar muslim".Bila dah dapat jangan buat tempat melepak dan tidur pulak!

2. Beberapa kali aku cuba naik ke tingkat atas tanpa tujuan untuk belajar, cuba meninjau-ninjau lokasi mana yang terbaik untuk dijadikan tempat sesuai untuk sembahyang. Lokasi atas, tidak ada orang gunapun, perhiasan semata-mata. Rasanya elok dibentangkan keperluan untuk solat (tabir,tikar) jika surau dekat bawah tu untuk golongan staff semata-mata. Indahnya jika tempat tersebut dimaksimumkan penggunaannya untuk perkara yang baik itu.

3. Sebenarnya, surau dekat bawah itu sangat selesa kerana sudah tersedia tempat ambil wuduk dalam toilet. Toiletnya pun, kalau aku nak landing letak cadar untuk melepak pun best. Tengoklah betapa selesanya kemudahan yang ada itu yang telah ditiadakan oleh orang yang patut sememangnya tidak patut (cilok ayat Prof.Abdullah Hassan). Lampu dalam surau itu pulak sangat mengagumkan aku, kerana pancaran cahaya membuatkan kulit aku berseri-seri. Tak percaya, cuba masuk!Melampau!Haha.


Sebenarnya, ada perkara yang terlepas pandang bukan sahaja maklumat pelajar UPSI tidak suka membaca dan ke perpustakaan tetapi disebabkan tidak ada kemudahan surau. Lagipun, tempat menuntut ilmu/graha ilmu/khutubkhanah itu, aku rasa sesuai sangatlah ada tempat untuk mengadap Tuhan. Bertambah berkat!Permasalahan utama pelajar UPSI tidak berminat untuk ke perpustakaan:

1. Tiada tempat beribadat/ sukar untuk solat lebih baik tak payah pergi library. Sebab itulah data kunjungan ke library merosot seperti yang dibentangkan. Bila merosot, mulah melabel pelajar UPSI tidak suka membaca. Ini salah satu unsur generalisasi dan prejudis!

2. Atau pun memang tidak suka ke library sebab suka belajar dekat rumah?(Haha)

3. Malas (Tak boleh nak buat apa sebab aku macam ni jugak kadang-kadangnya).Haha

Marilah sama-sama kita buat-buat tanya secara beramai-ramai sama ada surau ada ke tidak di library UPSI. Itu mungkin salah satu cara yang aku cadangkan. Pendekatan buat-buat tanya secara beramai-ramai ni merupakan salah satu pendekatan psikologi juga. Bila dah ramai tanya, tentu pihak tertentu pun akan fade up dengan persoalan buat-buat tanya ni. Maka, tidak hairan jika ada pihak tertentu (staff-staff dalam tu) melaporkan kehendak-kehendak pelajar UPSI. Secara tidak langsung, ada peluang untuk diwartakan surau tersedia di library. Fikir-fikirkan.

Aku pun pelik, cara mudah nak dapatkan berkat dan pahala senang sangat sebenarnya tapi orang mudah terlepas pandang perkara yang mudah kerana mementingkan perkara yang payah untuk diambil berkat. Contohnya, laburkan banyak perabot yang tidak berkaitan, meja-meja dan kerusi di tingkat atas, rata-ratanya pengunjung tidak suka pun naik ke tingkat atas. Lagi baik, duit itu diperuntukkan untuk membeli keperluan utama yang sangat utama itu!

Bersambung,.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42