Alhamdulillah.
Kalau rumah tu...dah agaknya penuh sawang-sawang dah...Gitulah analoginya. Lama bebenau... blog tidak di update. Kadang-kadang banyak cerita dan kisah hidup tidak mampu untuk dirakam dengan penulisan. Tidak mampu untuk diceritakan pada dunia.Hehe.Eh, dunia kah?Kira tulis sampai orang baca, kira dunia lah kan...melainkan di private.Huhu. Lagipun, penulisan di blog ini berdasarkan matlamat masing-masing lah kan. Hehe. Ada bertulis untuk perkongsian dengan blogger lain, ada juga untuk tempat meluah perasaan dan segala bagai matlamat sendiri. Matlamat ambe pulop sekadar menghargai setiap yang dilalui, idea, perasaan dan pengalaman yang pernah hadir, dan mungkin mana yang fakta tu boleh lah dikira sebagai perkongsian. Hehe.
Agak keterlaluan tak kalau katakan aku kadang-kadang lupa tentang tarikh anniversary?Hikhik. Macam tidak menghargai kan?Macam dua jer tarikh anniversary ni...
1. Tarikh berkenalan. Hehe (16.4.2011)
2. Akad nikah (1.6.2012)
3. Bertunang (1.1. 2012)
Tarikh bertunang aku punya lah check balik, kerah fikiran untuk ingat kembali. Wuhhuuu..Tersangatlah lupa. Alih-alih ingat balik tarikh last aku exam...30 Disember 2012. Pecut drive dari Tanjong Malim ke Kelate untuk preparation hari pertunangan. Kelam kabut juga. Alih-alih...alhamdulillah, 4.00 juga. (Semester kedua)
Setakat ini PNGK keputusan peperiksaan 3.98 sahaja!Arghhh mana hilangnya 0.02...Hilang ketika aku semester 1 lah. Mana tak hilang, serabut menggila dengan anak lect nih. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah lega dapat melarikan diri, dan akhirnya doaku dimakbulkan bertemu dengan jodoh dan suami tercinta...Thank sayang! Kiranya semester kedua bertunang, semester ketiga dah kawin... Oh, (ketika ini lagu cinta mula bermain dalam fikiran...hehe). Semoga semester ke-empat a.k.a terakhir ini,..dapat berita gembira pula...InsyAllah..Ameen...
Tarikh anniversary ni yang mana satu? Tarikh kenal dan tarikh akad nikah lah bagiku... kiranya baru sangatlah kan kenal suami tercinta ini...?Aku selalu cakap, walaupun baru tetapi kita macam dah lama kan kahwin...Suami cakap ajer...Baguslah kalau rasa macam tu, kita selalu rasa dekat. Auuww...Cepat sungguh aturan Allah, baru kenal,..terus kahwin...yang best tu...baru kenal terus merisik...dan terus kata jadi.Holiauuu..hihihi....
Bertunang...
Tunggu untuk akad nikah...Masa ni hanya ada dalam perasaan semoga dipermudahkan urusan ikatan perkahwinan kami...Ameen....
Hari perkahwinan
Hari perkahwinan...Terimo kasih sayang! Kalaulah suami baca ni..sure terharu ni...
Banyak perancangan, kami hanya berdoa...honey-moon kami pula, isterinya terpaksa membawa research...terperuklah daku dalam bilik menyiapkannya... dan tugasan ekperimental perlu dihantar segera... Alhamdulillah...untuk semester ketiga... isteri Wan Mohamad Firdaus baru sahaja dapat berita gembira.... 4.00 PNGS untuk semester lepas...
Dapat tahu jer keputusan boleh semak...hati berdebar semacam...akhirnya...alahaiii..dapat 3.98 jer...Haiyokkk tersilap tengok itu PNGK maa... Tengok kali kedua...Alhamdulillah!!!!Masa ni muka suami sahaja...rupanya 4.00... Abang cakap, dalam kekalutan dan sibuk pun ayang mampu dapat 4.00...Allah telah permudahkan.... Tidak apa abang, biar kekalutan dan kesibukan melanda...tetapi hati kita selalu tenang...Alhamdulillah.... Semoga Allah SWT kurniakan lagi rezeki untuk kami berdua... Ameen... Kami ini dikira bercinta selepas kahwin...ujian kecil itu biasa...tetapi...kami semakin hari semakin sayang... Wuwuttt...
Pantas masa berlalu...kini berdepan dengan ujian kecil...suamilah yang amat memahami... Terima kasih sayang... Yang pastinya, cukup sahaja 16 hb...1 hb.. aku akan terlintas tempoh perkenalan, pertunangan dan perkahwinan...bukan pada bulan berkenaan sahaja.
Waduh..baru seminggu tidak jumpa rindu semakin menebal.... Abang..rindu...Soksek..soksek....Huhu!(Esok kerja... tapi, belum tidur lagi... Huhu...)
Ya Allah ya Tuhanku, suburkanlah rasa cinta ini...sehingga ke syurga...jadikanlah aku penghuni syurga atas keredhaan suami tercinta...
Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah...
Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan pengajianku untuk sarjana ini... semoga aku dapat bergraduat dengan jayanya...
Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah juga urusanku untuk pengajian yang seterusnya dan akan datang.. di UPM dan Shiffield University... Amin ya rab..aminnn...
No comments:
Post a Comment