Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, April 15, 2011

Sikap Ingin Dipuji Berlebih-lebihan

Assalamualaikum dan selamat petang.

Pada hari jumaat yang mulia ini, saya bawakan satu tazkirah untuk kita hayati bersama. Manusia tidak lari daripada sifat ingin dihargai. Baik dalam situasi bekerja mahupun dalam situasi pergaulan seharian. Dalam tidak sedar sikap suka dipuji dan ingin dipuji menimbulkan perasaan riak dan bangga diri yang boleh mengundang masalah hati. Dengan perasaan itu kita rasakan kita diterima semua, dihargai dan disukai oleh semua bila dipuji. Malangnya, kita sering terlepas pandang, rupanya sikap itu telah membawa kita kepada ada rasa ingin menunjuk-nunjuk. Benar, manusia amat suka untuk dipuji lebih-lebih lagi untuk rasa diterima. Pujian itu haruslah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Islam menggalakkan semua perkara secara wasatiah dan adil. Puji pun perlu adil ker?Benar, puji itu harus kena pada tempatnya dan jika orang yang memuji pula melebih-lebihkan sehingga merosakkan hati orang yang suka dipuji itu juga akan mendatangkan bonus dosa juga. Memang niat kita untuk menyenangi hati orang lain, tetapi haruslah secara berpada-pada. Mentang-mentang entri ini menyatakan pujian perlu berpada-pada, janganlah pula kita mencerca orang tidak tentu pasal. Dalam blog Dr.Burhanuddin Abd Jalal, suatu artikel berkaitan pujian secara berlebihan pernah ditulis yang berbunyi:

Dalam kehidupan masyarakat pada hari ini, terdapat satu sindrom atau 'gejala' pujian berlebihan yang diberikan kepada seseorang, kumpulan, kelompok, organisasi atau sesiapa sahaja yang mungkin boleh ditakrifkan' apa saja yang sama waktu dengannya". Apakah kesan sanjungan atau pujian yang berlebihan. Sanjungan atau pujian berlebihan mungkin akan mengakibatkan oleh enam kesan negatif; empat daripadanya terhadap orang yang menyanjung, dan dua lagi kepada orang yang disanjung. Penyakit atau kesan negatif terhadap orang yang menyanjung adalah :
• Berlebih-lebihan sehingga sampai kebohongan.
• Kemungkinan menutupi kesilapan dan kesalahan
• Kadang-kadang mengatakan hal yang tidak sebenarnya.
• Bila mendapat sanjungan tersebut membuat senang orang yang disanjung sedangkan ia orang zalim atau fasiq.
Penyakit atau kesan negatif terhadap orang yang disanjung adalah:
• Kesombongan dan ujub.
• Menyenangi sanjungan dan berpuas atau berasa hairan terhadap dirinya sendiri (ujub).

Itulah yang dinyatakan dalam tulisan artikel beliau di blognya. Daripada Muawiyah Bin Abu Sufyan RA, Nabi SAW bersabda : Berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh “menyembelih”. ( Riwayat Ibn Majah )

Ulasan Hadis :


1. Di dalam Hadis ini menerangkan tentang pujian yang berlebihan, kerana pujian yang terlampau akan menyebabkan seseorang itu termakan puji ( membanggakan diri)

2. Menyembelih yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah : Seseorang mungkin terpedaya dengan pujian yang diberikan (Syarah Sunan Ibnu Majah)

3. Pujian yang mulia lagi terpuji ialah pujian terhadap ALLAH, maka kita sangat dituntut untuk memuja muji ALLAH sebanyak yang mungkin kerana hanya DIA sahaja yang layak untuk dipuji tanpa henti.

4. Pujian adalah dibenarkan kepada makhluk di atas keistimewaan dan kelebihan samada zahir mahupun batin yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT, namun ianya tidak boleh melampaui batasan. Pujian yang terlalu meninggi boleh menimbulkan rasa bangga diri, riak, dan ujub dalam diri seseorang.

5. Manakala orang yang menerima pujian pula hendaklah menerima pujian dengan rasa syukur dan tawaduk terhadap ALLAH SWT, ini kerana setiap kurniaan mahupun kebaikan yang ada pada kita sehingga mengundang pujian orang sebenarnya datang daripada ALLAH SWT. Justeru kita hendaklah rasa gembira dengan pujian bukan kerana diri kita tetapi kerana pujian itu selayaknya pada ALLAH, lalu kita mensyukurinya.

6. Jika pujian manusia terhadap kita terhadap perkara yang ada, maka bersyukurlah nescaya ALLAH akan menambah lagi, dan jika pujian manusia pada yang tiada pada kita, hendaklah kita muhasabah dan usaha untuk menjadi lebih baik.

Wallahua'lam Bissawab...

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42