Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, March 20, 2011

Kenapa Aku Cuai Ni...

Assalamualaikum.

Adakalanya manusia ini terlalu alpa. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Freud. Minda bawah sedar. Sebelum cuti, peristiwa ini berlalu. Namun, aku baru mendapat tahu. Nampaknya silap sangat aku ini. Begini ceritanya. 2 minggu lepas, aku konflik besar. Selama 3 bulan aku bertahan untuk memahami seseorang ini. Amat menyakitkan. Namun, aku tidak sedar, konflik itu amat menjejaskan reputasi aku. Aku insan yang lemah, sampai terbawa-bawa. Kehadiran manusia ini amat merisaukan aku termasuklah mak aku risau tentang aku. Mungkin, Allah sudah tetapkan di Lohmahfuz bahawa aku bukan untuk keluarga ini.

Begini ceritanya. Ketika aku menerima sms fitnah itu, air mata berderai. Ketika itu aku sedang menjaga peperiksaan. Jam ketika itu 6.15 petang kalau tak silap aku. (6 lebih macam tu lah). Jadi, aku pun mulalah kutip kertas periksa, namun dalam hati menangis. Hati begitu sarat. Aku kutip dan berlalu sahaja. Aku masih ingat, hari itu hari Selasa. Cukuplah hati aku tersiksa. Aku rahsiakan daripada mak sendiri. Tidak mahu mak aku fikir tentang aku dan risau dengan aku. Aku berlalu dari kelas 1D. Hari ini, aku dipanggil oleh penyelia petang.

"Afiti sibuk tak sekarang? Mai sat saya nak sembang.." Suara penyelia dari telefon kedengaran dan merupakan individu yang aku amat hormati.
"Ya, kejap saya pergi..." Jawab aku ringkas dan terus bangkit untuk berjumpa.
"Afiti jaga kelas 1D kan, masa periksa...?"
"Ya, cikgu..."
"Afiti lupa kutip kertas jawapan...Afiti kutip kertas soalan jer..."
"Hah?Betul ker?Ya Allah...kenapa boleh lupa ni..." Sambil aku recall balik apa yang berlaku. Benar ketika itu aku sedang sedih amat amat amat sangat. Benci, kecewa semua ada tentang episod terima mesej itu.
"Afiti nak kahwin ker?"
"Ehh..tak lah cikgu..."
"Saya agak sahaja..kot dok pikiaq pasal nak kawin..."
"Ish..macam mana saya boleh lupa ni...saya minta maaf cikgu, saya betul-betul tak sedar...cuai nyaaa..."
"Saya cakap mana tau Afiti jaga periksa lagi besar lepas ni, nanti habis kena ulang balik peperiksaan...tapi nasib baiklah ketua kelas dah hantaq kat cikgu...nasib baik budak-budak pagi tak usik kertas tu...Afiti kutip kertas soalan sahaja..."
"Ya Allah..."Aku dengan begitu kesal apa yang berlaku.
"Saya minta maaf cikgu, nasib baik cikgu bagitahu..jika tak..saya tak sedar langsung ni..."
"Ya..ya...mungkin Afiti baru lagi..."

*****
Aku mula mengatur langkah...Aku termenung sambil berjalan. Menuju ketingkat 4 dengan mempunyai matlamat. Aku ker yang jaga 1D, dalam buku rekod aku tulis 1C. Aku semak buku rekod. Akhirnya aku pergi jumpa ketua kelas kebetulan ketika itu ketua kelas mahu ke surau, untuk solat Asar.

"Kejap, haritu cikgu jaga periksa kelas awak ya..."Sambil aku perhati arca yang budak buat.Dalam hati berkata.Ya, aku memang masuk kelas ni, aku cam lagi arca ni.
"Ya, cikgu masuk kelas saya..."
"Haritu cikgu tak kutip habis ya, kertas periksa awak semua...?"
"Ya...ada yang budak kutip tu letak atas meja ni."
"Ohh...cikgu tak perasan ada yang letak kat atas meja ni...oklah..pergilah semayang..."Jawab aku.

Aku berfikir, kenapalah aku tak kira balik kertas jawapan tu. Sebelum ni, aku kira baik sahaja. Mungkin kerana terlalu fikirkan hal itu.Aku jadi lemah. Cukuplah, peristiwa itu sudah berlalu, dan aku mahu bina semangat kembali. Ujian betullah, dalam kerja dan belajar diuji dengan masalah ini. Pengalaman amat mengajarku. Walau ada masalah macam mana pun, aku tak boleh fikir sangat hingga jejaskan kerja aku. Last-last, reputasi aku tak elok. Hurm...Tidak mengapalah, aku masih banyak perlu belajar dalam hidup ini.

Sekian.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42