Assalamualaikum wbt
Sekadar ingin melontarkan pandangan.
Menghindari perbuatan yang jelik iaitu terlalu ingin mencaturkan kehidupan manusia lain adalah bukan bidang kuasa kita. Manusia itu penuh keistimewaan dan keunikan, serta potensi tersendiri. Sesungguhnya kita tiada hak dan kuasa untuk mencaturkan kehidupan orang lain malah, kita hanya mampu memberi pandangan dan cadangan sahaja. Cara memberi cadangan dan pandangan juga berbeza dengan "menyuruh" dan membuat kuasa autonomi pada orang lain lebih-lebih lagi tiada ikatan kekeluargaan. Manusia ada pilihan tersendiri dan sebelum manusia membuat sesuatu keputusan, sudah pasti manusia itu berfikir jalan dan permulaannya. Andai kata manusia itu tidak mahu mengikut telunjuk kita, apa boleh kita buat?Kita tidak ada hak pun ke atas diri orang lain. Siapa kita untuk kita halang kejayaan orang lain?Siapa anda untuk anda menidakkan kebolehan dan kemampuan orang lain? Jika anda tidak mampu menjawab persoalan itu, mudah sahaja tidak perlu banyak alasan dan persoalan lain, SEMAK HATI dan TERUS MENYEMAK DAN LAKSANAKAN PEMBERSIHAN HATI.
Dalam hidup ini amat mudah, kita percaya dan berpegang pada tali Allah dengan kukuh yakin Dia membantu walau ada halangan yang besar sekalipun. Sudah menjadi kebiasaan orang bercita-cita besar, mempunyai azam yang besar selalu diuji dengan cabaran yang besar dan hebat kerana itu adalah tanda dan ukuran besar atau kecil sebuah cita-cita. Jika anda pernah menghalang kejayaan dan kemajuan orang lain, beringat-ingatlah, kerana setiap perlakuan anda ada balasanNya yang tidak terhingga, jika tidak kena pada anda, pada anak anda. Anda mahu anak dan keturunan anda menjadi manusia yang tidak lulus peperiksaan?Tidak berjaya dalam hidup?Sudah pasti tidak bukan??!Samalah juga dengan orang lain..perasaan ibu bapa kepada insan yang mahu mengorak langkah ke hadapan itu. Kita punyai kecerdasan yang pelbagai, kemampuan yang berbeza, cara anda makan dan cara saya makan tidak sama. Anda makan kena satu persatu, dan saya makan sambil menonton televisyen. Anda orang yang perfectionist, merancang sesuatu bermula dari awal, jika tidak berjaya anda mencari alasan. Kita tidak serupa kerana saya orang yang tiba-tiba, all out merancang itu dalam kepala saya, bila tiba masanya, saya bergerak, kerja siap...selagi ada masa selagi itu saya akan "jadikan" kerja saya. Ya, memang kita tidak sama. Jangan kita nak samakan diri kita dengan orang lain, dan alang-alang mahu samakan, kita memaksa orang lain pula. Dengan cara saya itu, jangan anda jadikan sebagai kelemahan saya, sebab saya kenal siapa diri saya, dan kapasiti apa yang saya ada. Saya mengakui kehebatan anda, tetapi malangnya kehebatan anda itu adalah untuk kegunaan dan balasan balik untuk diri anda. Jika begitu, anda tidak ikhlas. Sepatutnya apa yang anda buat, anda perlu ada dalam hati untuk melihat kejayaan orang lain juga. Tidakkah anda terfikir, kenapa anda jadi begitu?Jawapan mudah, kerana anda makin rasa diri anda hebat, orang lain tidak hebat. Apa ukuran sebenarnya pada kehebatan? Kehebatan apabila ilmu yang sedikit tetapi memberi manfaat kepada seluruh bukannya memberi kepentingan kepada diri anda. Anda juga tidak boleh bersikap, apabila berada di hadapan orang yang berkepentingan untuk diri anda, anda bermulut manis, apabila berada di belakang orang itu, anda mula mencari kelemahannya. Anda tidak sedar anda sedeang menunjukkan kelemahan anda yang sedang Allah dan orang lain perhatikan. SubhanaAllah. Kembalilah kepangkal jalan.
Kena semak HATI, kejayaan dan kerja-kerja yang anda lakukan adakah berhasil? Hanya tekanan adalah yang anda peroleh. Adakah sekadar di takuk yang biasa. Jika berada pada takuk biasa, itulah balasan Allah pada anda. Anda tidak akan kemana-mana, dan tidak diberkati Allah jika anda suka menghalang kejayaan orang lain. Sepatutnya semakin anda hebat, semakin anda ingin melihat orang lain juga hebat. Sungguh banyak moral yang saya peroleh daripada anda.
Aku ingin mengucapkan sekalung tahniah buat senior aku. Walaupun banyak cabaran yang diperoleh, akhirnya Allah berikan KEJAYAAN buat dirinya. Tidak lulus ujian INSAK tidak bermakna gelap masa hadapan, berkat kesabarannya dan ujian sementara (beberapa bulan sahaja) seniorku dapat tawaran untuk menyambung pengajian diperingkat PHD, dalam usia 28 tahun sudah boleh grad dengan PHd. Tawaran bekerja sebagai pegawai psikologi di USM juga diterima. Tahniah sekali lagi. Dialah senior yang banyak membantu aku semasa aku belajar di UPSI ini. Terima kasih dan selamat berkahwin juga. Rezeki orang kahwin sentiasa dipermudahkan. Alhamdulillah.
Pengalaman makin menjadikan saya untuk lebih tahu siapakah orang hebat yang perlu dan patut dihormati dengan seikhlas-ikhlasnya...Malah, saya lebih sedar dengan siapa kita perlu bergaul dan bercakap tentang harapan dan cita-cita malah dengan siapa yang akan memberi sokongan kepada kita. Jika niat anda baik, Allah permudahkan apa yang anda katakan walaupun orang tidak setuju dan mengatakan anda mahu halang orang. Saya tidak nafikan. Saya hanya berbicara tentang keadaan hati "semasa" dalam masyarakat kini. Tanpa keikhlasan, dan niat yang suci, anda menjadi manusia yang "plastik".
Semoga sinisan yang menyentuh jiwa ini didengari.
4 comments:
AK sungguh tertarik en3 kau ni Afiti.. Biarpun ada berbaur sinisan tp ianya mmg dapat menyuntik jiwa dan rohani tuk lebih kehadapan.. Betul kata kau, siapalah kita tuk mencaturkan kehidupan seseorang manusia, kita hanyalah berhak tuk memberikan pandangan dan cadangan.. Sekiranya dirinya mempunyai potensi, kebolehan dan kesitimewaan, gunakanlah ianya ke jalan yang diredhai dan jangan dipersia2kannya. Kerana semua itu hnya dariNYA dan bersyukurlah apa yg ada pada diri kita..
Benar kata kau Afiti, sntiasalah Semak Hati dan bermuhasabahlah agar sntiasa yang d permudahkan..
Thniah, ku ucapkan khas buat sniormu.. Adakah aku mgenalinya? Hurmm.. aku mencemburuinya.. Akan ku kabulkan niatku tuk mencapai spt yg d capai oleh sniormu.. AMIN...
terima kasih AK...dalam hidup ni aku pandang mudah semua perkara..adakalanya mudah aku bukan bermaksud aku memandang mudah..tetapi perkara y sgt2 kritikal..mudah bagi penyelesaiannya..adakalanya manusia sesama manusia pun ada iri hati...suka menghalang kemahuan org lain...aku percaya..tidak akan kemana orang y suka menghalang kejayaan org dan mengakui diri hebat dan perlekehkan orang...tidak kena pada diri...adalah sebahagian kena pada keluarga...janji Allah lambat dgn cepat jer...aku kadang-kadang x asertif..hanya mmpu tulis luahan rasa...
senior ku senior mu jua...kenal sgt...yer..aku kenali siapa senior aku tu...bnr kata pensyarah aku...jika kita makin ke hadapan...dan bila orang ketahui kelebihan kita....itu adalah batu penghalang kita sebenarnya..lebih baik senyap...dalam agenda2 penting y kita laksanakan....sbb tu aku di fb lebih byk bersuka2 ngn kawan2...thniah jgk pd ko AK..insyAllah kita blh sama2 capai apa y kita mahukan slagi kita berusaha...org lain xblh buat apa...
Insyaallah Afiti. Sama2 kita berusaha tuk merealisasikan IMPIAN yang sntiasa terkubur d hati tu serta dpt melahirkan generasi Y yg cemerlang, gemilang dan terbilang.. AMIN
ameen..sama2 kita bdoa AK..
Post a Comment