Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, June 14, 2009

Isu Pendidikan

Bismillahirrahmanirahim.
Sistem pendidikan negara yang menitikberatkan keseimbangan J.E.R.I.S amat memahami keperluan modal insan. Walaupun aku ni bukan menteri pelajaran dan bukan menteri pendidikan, isu-isu pendidikan sentiasa menjadi perhatian. Aku rasa beruntung berada di Malaysia. Kalau aku berada di Thailand, pastinya peluang untuk aku..amat kurang..memanglah dekat sana sistem pendidikan lebih kurang jer..tapi yang aku cuba lihat dan selidik ketika berada di sana tentang perbezaan sistem pendidikan di Malaysia dan Thailand. Walaupun masyarakat kita ini lebih publisiti dan agak gah dalam pendidikan, kat sana tidak kurang juga. Masa kita sekolah rendah, markah kita dikira berapa kita dapat A, tapi dekat sana sudah kira dalam bentuk pointer bermula di sekolah rendah lagi..Aku tanya jiran aku..berapa biji A yang dia dapat..dia bagi jawapan pada aku dalam bentuk pointer..huhhuuh...dia cakap 4.00. Kalau di Malaysia ni..pengiraan pointer bermula masa tingkatan enam..barulah kenal bentuk pointer..sekolah bilang A dan markah keseluruhan jer..Kita beruntung..terutamanya cikgu-cikgu..kat Thailand..gaji cikgu..RM 750 jer..(7500 Bath)..walaupun ada degree..kalau kat Malaysia..keseluruhannya..dekat RM 2500..Depan rumah nenek aku kat Thailand tu..sedara jauh-jauh jugak la..suami isteri cikgu..tapi mereka dah lama dalam bidang pendidikan..satu keluarga jadi cikgu..kecuali anaknya yang kecil-kecil..masih bersekolah..Aku panggil dia Mak Su Yah..dia kaunselor sekolah suatu ketika dahulu..tapi dia cakap penat..dia berhenti jadi kaunselor..ganti orang lain..katanya..lagipun dia tak pandai komputer..kalau pandai senang kerja..katanya..Aku paham maksud dia..Kat Thailand..kaunselor dipangil "Nekneu". Suami dia pula kerja guru juga sebagai P.K.Hem..kalau bahasa Thailand dipanggil "Po'or"..Kalau P.K Hem kat Malaysia ni..gaji dah sampai RM 5000 dah..kat sana RM 2000 keatas jer..Kalau pengetua..pulak pukul purata dekat dalam RM 10000. Kat sana..jangan harap nak sampai RM 10000..itulah kata jiran aku tu...
Di Thailand..orang guna duit dan modal sendiri jika nak belajar..tak macam kita...ada bantuan lain..Di sana negara pertanian...usahakan tanah dapatlah modal dan pulangan...kalau ada kebun getah..pakai pekerja..dan walaupun bekerja dengan kakitangan kerajaan..mereka akan tetap usahakan pertanian..sebabnya,..style keluarga yang aku lihat..duit hasil kebun tu..untuk makan..duit gaji yang kerja dengan kerajaan..ialah untuk disimpan..dan mereka jarang usik..tanya nak buat apa..dengan duit tu..jawapan rata-rata ialah nak kumpul beli tanah dan kebun..mungkin itu cara orang kat sana..
Yang aku bestnya..kalau duit hantaran kat sana..200,000 bath..maknanya..nak kahwin kena ada lebih kurang RM 20,000 ringgit...aku cakap kat Malaysia tak macam tu pun..aku bisik kat mak aku (mami, orang sini serupa nak jual anak jah)..mak aku cakap..memang dah pesen sini macam tu...paling rendah pun RM 15,000...aku cakap macam nak kahwin dengan artis jer..uhuhhu..aku cakap kat sepupu aku..mahal kat sini nak kahwin..kalau kat Malaysia ada RM 7000 pun dah boleh kahwin..sepupu aku cakap..kalau macam tu nak pergi cari orang Malaysia lah..hahaha...Amboi..macam perli murah jer..aku pun buat derk..hehee...
Apapun..itulah culture mereka..pergi sana..kita boleh lihat banyak budaya mereka..Insyaallah..kalau aku dah ada kemudahan..suatu hari nanti..dah ada kenderaan sendiri nak jer..aku jalan-jalan seluruh Thailand tu..paling jauh setakat ni..aku pergi pun Hatyai..huhuuh...luas kawasan Bangkok, menurut sepupu aku ialah 3 kali round KL..sehari satu malam nak sampai Bangkok, dari Pattani, Yala..Ramai yang takut nak pergi sana..Sebenarnya, jangan takut..mereka hanya tembak orang yang bermusuh jer..orang tak salah mereka tak tembak..depan rumah nenek aku tuh..askar-askar duk berjaga..sebabnya..kat situ ada perkampungan pondok Islam..(mereka jaga sebab takut ada kekacauan dan keganasan pada orang Islam).
Apa beza mata wang Thailand dan Malaysia..orang kata duit Thailand murah..memandangkan sejak kecil aku di sana..aku faham apa maknanya...dan tentang mata wang thailand..sebenarnya sebutan angka jer..walhal..sama jer nilai..kadang-kadang..duit Malaysia murah..time aku balik cuti haritu..RM 1 duit Malaysia..kalau tukar dalam wang Thailand dapat 8 bath jer..(80 sen)...gitulah kiraanya...apa yang membezakan..jika kita di Malaysia..selepas RM1..ialah RM 1.10..tapi mereka membilang..wang ialah 11...(maknanya..lepas 90 sen..dorang akan baca..10 bath..contoh..1 bath,.2 bath..hingga 9 bath dan 10 bath..11 bath..macam kita membilang angka matematik tuh..sebab tulah..kita dengar banyak jer..angka dan nilai duit..).Kalau nak beli tudung..RM 20 sama dengan RM 200 bath..Nape panggil 200 bath?Sebab RM 10 dipanggil RM 100..Paham ke tidak orang yang baca blog aku ni..apa yang aku tulis..huuhuh...Kalau nak makan mee sup kat sana jangan duk terkejutlah..bila tanya harga..30 bath(1-10 (RM1), 11-20(RM1.10-RM 2)..maknanya..RM 3 jer..
Alamak dah tersasar..cakap pasal duit pulak..huhuu...kepada pelajar-pelajar yang tengah nak amik SPM, sistem pendidikan kita ada sedikit perubahan sekarang..untuk dapatkan sijil SPM..anda perlu wajib lulus Bahasa Inggeris..jika tidak..tak dapatlah sijil..dan..kepada yang nak jadi cikgu..terutamanya..yang buat KPLI..Setiausaha Agung Perkhidmatan Perguruan (NUTP) dah buat pengumuman di TV tadi..tempoh KPLI akan dilanjutkan..heheh...barulah aci kan..untuk kami pelajar UPSI yang mula-mula masuk dah kena 4 tahun..bagi anda yang tidak dapat kerja..(dah grad belajar 3 tahun...bila nak buat KPLI sambung setahun jer..)sekarang akan dilanjutkan..kata S/U Agung..pembelajaran dan persediaan guru dan tempoh belajar dalam berapa bulan itu tidak memadai untuk menjadi guru...aku setuju benar tu...mudah-mudah jer depa mintak jadi cikgu..dan terus dipostingkan plak tu..apapun..aku setuju..bukan apa..bukan memadai tempoh yang singkat buat KPLI..(mak cik aku pung wat KPLI..dia bca blog aku sure aku kena sound..hehehe)..
Balik 2 minggu hari tu..aku jaga nenek aku yang sakit..memang dah tak boleh bangun..makan kena suap..buang air apa semua..mak aku kerja..jadi aku lah kena balik jaga..sebabnya..aku ingat...masa aku kecil..dia jaga aku...apapun..jaga orang tua..seperti jaga bayi kecil..tambah pula time tidak sihat banyak meragam...kadang-kadang..bila buang air..kita yang kena cuci...jadi aku tidak hairan..aku tengok mak aku boleh jer basuh kain dan najis nenek...jadi aku tidak kekok..aku ingat masa aku kecil dialah yang basuh punggung aku..ketika aku umur 4 tahun..bila mak aku tinggalkan aku dengan nenek..aku lah yang bersamanya..paling rumit..nenek aku ni makan jenis mewah sikit..kalau nak makan..itu..ini..kenalah ikut rentak dia...aku mudah jer..ikan goreng dengan sambal belacan..dan cukup..nenek aku lain..kena hidang..biar tertib..baru dia makan..kalau gulai yang beli dia takkan makan..jadi kena masak...umur dia dalam 80 dah..tapi dia nih kuat..di sana..kalau tak larat..doktor datang rumah..dan masukkan air garam kat nenek aku...lepas tu..doktor tu pesan..buang jarum dan dia ajar aku macam mana nak stop dan slow kan pengaliran air yang dimasukkan...bila dah habis..suruh buang jarum,..aku tanya..kenapa guna jarum..masa aku masuk hospital..bukan jarum..tapi jenis plastik..doktor tu jawab,..dia ada banyak jenis..jarum, plastik keras..Owh..aku bimbang takut patah jer..doktor tu..tak jauh dari rumah nenek aku..jiran-jiran jugak..jalan 10 minit sampai..tapi ada kes berlaku..bila doktor tu dah pulang..air tak mengalir..dah la nak malam...masa tu mami aku ada kat sana lagi..aku pun cakap kat mami aku..terkejut jugak masa tu..apa lagi..aku amik keputusan buang jarum dari lengan nenek aku tuh..ketar-ketar jugak tangan..hurm...lepas tu..katanya sakit..kena pulak urut tangan dia yang bengkak...bila dah surut..panggil doktor tu..dan dia datang masukkan balik jarum kat lengan nenek aku...Sekarang dia dah sihat boleh jalan-jalan jauh dah...masak..angkat lesung pun dah boleh..hehehe....aku pun amik keputusan...tambahan ada hal kat Malaysia..(heheh..macamlah jauh sangat)...aku pun pulang..ingat nak balik sendiri tapi mami aku pergi amik)....Nenek aku dah sihat..dan aku doakan dia panjang usia...dan kuat...
Wasalam...

2 comments:

zulhifdzi said...

salam, kawan saya skrg dpt jawatan PTD kat putrajaya, baru kahwin awal tahun ni, hantaran RM4000 je..hehe..isteri dia cikgu BI kat SMA. huhu..awk balik thailand leh kaya jgk tu..Rm15,000 tuuuu..

AFITI said...

wsalam..haha..entah la abg zul..kt thailand mmg mahal..macam artis nak kawen jer..thnks yer sudi sggah blog sy...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42