Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, March 16, 2009

Tutup Tirai Kembalikan Semangat

Salam. Aku mula ingin menutup kisah kehilangan. Setelah berusaha hingga kepenatan, aku tidak mahu kerana laptop hilang kerja lain tertangguh. Hanya berharap sahaja jika pulang laptop itu, maka pulanglah. Sekarang, fikir macam mana ingin dapatkan laptop baru dan yang lama tetap di hati. Seorang kaunselor menyarankan kepada aku untuk bersamanya untuk sertai program agar dapat duit poket dan membeli laptop baru. Aku sedar, aku seolah-olah macam sasau kerana hilang bahan-bahan dalam laptop. Tidak mengapa. Tersurat bagiku, tersirat untuk Tuhan. Aku igin alihkan kehidupanku dalam keadaan normal kembali. Fokus kembali. Fikir masalah tidak akan selesai. Cuma doa! Tadi baru berjumpa Dr.Shaheda. Lecturer aku yang aku sentiasa berjumpa dengannya. Dia membantu aku memberikan doa yang patut diamalkan agar kekusutan akbiat kehilangan laptop berdoa hanya yang termampu. Aku kembali bersemangat apabila membaca entri di akhbar. Ramai yang tanya kenapa aku private kan. Ada sebabnya. Nanti suatu masa aku tidak private kan kembali. Gigi taring aku sakit, berdarah tidak hanti-henti selama laptop hilang. Kali terakhir sakit gigi usia 7 tahun. Macam-macam!

KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.

Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.

Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.

Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.

Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik walaupun tidak dapat memecah rekod Azali Azlan, bekas pelajar SMK Agama Yan, Kedah yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.

Keputusan SPM Nik Nur Madihah bagaimanapun telah mengatasi rekod yang dipegang oleh dua pelajar cemerlang SPM 2006 di peringkat negara iaitu Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar.

Siti Fatimah yang belajar di sekolah yang sama dengan Nur Madihah, memperoleh keputusan 18 A dengan 17 1A dan 1 2A pada 2006 sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di Kelantan pada tahun itu.

Ditanya tentang pencapaiannya itu, Nur Madihah memberitahu, dia tidak mempunyai jadual waktu yang tetap.

''Saya belajar setiap masa yang terluang dan belajar apabila terasa mahu belajar tanpa terpaksa atau dipaksa," ujarnya yang memperoleh 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu. (Aku setuju sangat-sangat, nak belajar biar datang sendiri rasa nak belajar tuh, jangan tunjuk rajin jerk,..tapi kandungan kosong kalau buat-buat stdi. Yang lemah kebanyakan budak-budak buat stdi depan mak bapak, buang masa kalau buat-buat ni, faedahnya tak da. Jadi mak bapak, jangan duk paksa anak belajar. Rajin dan mood belajar tuh, datang sendirinya pada budak tu..yang penting berkat!)

Dia yang bercadang melanjutkan pengajian di Asia Barat memilih jurusan fizik kerana mendapati kurang orang Melayu menerokai bidang tersebut.

Tahniah aku ucapkan. Moga kejayaan adik ini menjadi inpirasi kepada aku juga. Aku ingin terbang sejauh yang mungkin. Pointer aku masih tidak hebat. Namun, aku percaya pada perjalanan yang Tuhan tentukan dan aku ingin menjejaki orang-orang sekeliling aku yang telah berjaya. Patah sayap bertongkatkan paruh!

2 comments:

AmAlin Aiman Hanif said...

Assalamualaikum wbt,

Afiti,
Abg Am berharap agar Afiti sentiasa tabah, cekal dan sabar dalam menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang Allah berikan. Sesungguhnya, Allah sentiasa menguji orang2 yang beriman kepada-Nya setiap masa. Menilai tahap keimanan dan ketaqwaan hamba-Nya.

Setiap yang berlaku dan akan berlaku adalah ketentuan Ilahi sejak azali lagi. Tapi tak semestinya kita menyerahkan pada takdir. Kejayaan itu tidak akan dikecapi tanpa usaha yang berterusan, doa dan bertawakkal kepada-Nya. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita terutama ketika menghadapi kesulitan atau kehilangan atau cubaan yang lain, ianya adalah hikmah yang tak bisa kita ketahui. Hanya Allah saja yang tahu. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik2nya.

Tabahkan hatimu, Kuatkan semangatmu dan kejarkanlah kejayaan yang diimpikan khas hadiah untuk ibu bapamu dan adik-beradikmu. Allah sentiasa berada disisi hamba2-Nya yang sabar dan bersyukur.

P.S: Berapa harga laptop?

AFITI said...

wsalam..terima kasih en.am..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42