Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, December 10, 2008

Peranan Blog


Ketika di Selangor ( Jabatan Penerangan)- UPSI Representative - Pertandingan Kenegaraan 2008

Peranan blog semakin hari semakin menampakkan kesan (meletop) memandangkan kehendak dan keperluan maklumat menuntut para pembaca melayari internet. Kemungkinan besar persaingan pembacaan dari blog lebih meningkat daripada pembacaan majalah. Adakah disebabkan revolusi dan tuntutan serta kehendak-kehendak manusia yang menjurus kepada ledakan teknologi maklumat yang lebih mudah atau menggambarkan kecekapan manusia ingin pantas mendapatkan maklumat??. Tercetusnya entri yang saya tuliskan ini kerana sambil-sambil menonton rancangan siaran langsung iaitu pada malam Ahad, jam 8.00 malam iaitu rancangan BLOG di TV 1.Pada kali ini rancangan BLOG di televisyen memaparkan blogger yang begitu aktif penulisannya di dunia hiburan iaitu Budiey. Siapa tidak kenal dengan Budiey yang sentiasa update dengan blognya tentang dunia hiburan dan artis. Sebenarnya, mengikut pandangan saya sendiri, tujuan blog saya dibina pertamanya kerana minat menulis dan memberikan pandangan dan pendapat yang tiba-tiba muncul dalam fikiran saya dan mendesak saya untuk menulis seterusnya dikongsikan dengan pembaca yang melayari internet. Seterusnya atas dasar kerana minat saya membaca pemikiran manusia (penulis blogger) yang mungkin membolehkan saya mengambil input yang boleh memberi manfaat kepada diri saya melalui pembacaan hasil penulisan mereka. Malahan juga sebagai rangkaian untuk saya mengenali penulis blog secara lebih dekat dan berkongsi dengan mereka pandangan dan pendapat. Pembudayaan ilmu mungkin saya boleh jadikan sebagai landasan untuk mendapatkan maklumat yang lebih agar diri tidak ketinggalan di belakang sebagai seorang bakal pendidik. Seterusnya disebabkan kemudahan WIFI di kolej saya. Amat perlu menggunakannya kea rah yang bermanfaat, jika tidak terbakar wang saya RM 80 setiap semester yang dibayar pada pusat ICT. Walaupun kekangan masa itu sememangnya wujud, namun bukan alasan untuk blogger tidak menulis. Jika tertidur sekalipun, kebetulan jika terlintas sesuatu isu yang membolehkan saya berfikir, saya akan bangun dan membuka laptop dan terus menulis. Blog-blog yang dibina oleh blogger menggambarkan ciri dan personaliti dengan membawa identiti masing-masing pada blog. Ada sesetengah blog lebih menjurus kepada isu politik, penulisan berbentuk diari dan catatan kehidupan harian, isu pendidikan, isu berkait agama, pandangan-pandangan berkait ekonomi dunia, dan sebagainya. Kekreatifan blogger juga dapat dilihat melalui corak penulisan, susunan blog yang dibina, kekentalan dalam melontarkan pandangan dan idea serta menggambarkan blogger sentiasa up to date dengan maklumat serta isu semasa. Bergantung pada citarasa blogger dan identity blogger yang menarikan jari-jemari mereka pada rungan yang mereka bina.

Alhamdulillah, saya merasakan dunia blogging ini sememangnya memberi manfaat kepada diri saya juga. Melalui blog-blog dapat dilihat tentang peluahan dalam diri manusia, blog juga merupakan landasan berkongsi masalah, meluahkan masalah dan sebagainya. Itu yang dapat saya lihat. Melalui peluahan-peluahan, ada pula memberi pandangan dan komen –komen serta langkah mengatasi dan seterusnya ada juga sehinggakan merapatkan hubungan blogger. Selepas kenal melalui blog, kenal pula melalui YM dan akhirnya menjadi rakan dan sahabat yang boleh berkongsi dan mendapatkan maklumat. Itu sudah menjadi kebiasaan dalam mencari kenalan dan siapa yang gemarkan pergaulan yang luas. Namun, harus diingat dalam kerancakan diri bebas menulis isu-isu yang dilemparkan di blog, perlu ada etikanya. Sememangnya ledakan teknologi ‘blog’ memberi manfaat yang amat baik dan tidak merugikan. Efek itu akan dirasai oleh blogger dan mungkin yang belum lagi berjinak dengan blog masih samar dan tidak tahu kebaikannya. Justeru, ayuh berjinak-jinak dan bersuara tentang perkongsian serta pandangan anda melalui blog. Moga rangkaian IT ini menjadi jambatan dan landasan untuk penggemar yang sukakan kelainan dalam mendapatkan maklumat agar pembudayaan ilmu itu lebih meluas. Baik buruk itu bergantung pada bloggers.Sila klik di bawah untuk melihat sepenuhnya.

1 comment:

Dr Ahmad Jazimin Jusoh said...

Suatu usaha yang tidak pernak kenal erti putus asa. teruskan bekarya. Blog tidak sama dengan latihan ilmiah. Blog lebih bebas. Latihan ilmiah lebih fokus dan bahasanya sangat akademik. Selamat berblogger.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42