Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, November 24, 2008

Personaliti Unggul

Assalamualaikum.Berbanding dengan makhluk lain, manusia dikurniakan kelebihan untuk menjadi khalifah atau pentadbir di atas muka bumi ini. Ciri-ciri tertentu yang ada pada manusia menjadikan ia hebat. Namun kehebatan tersebut kadangkala tenggelam di sebalik kejahilan manusia terhadap sifat semulajadinya. Mengetahui ciri-ciri ini adalah titik permulaan yang boleh membangkitkan kehebatan seseorang dan menyerlahkan fitrah manusia selaku insan yang unggul.

Ciri pertama adalah keunikan manusia. Setiap manusia adalah berbeza baik dari segi fizikal ataupun non-fizikal. Hatta, kembar seiras sekalipun terdapat perbezaan walaupun tidak ketara pada pandangan mata kasar. Keunikan ini bermakna masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika manusia sedar dan mengambil kira hakikat ini dalam bersosialisasi, maka seseorang pasti menemui kehebatan diri di tempat yang khusus bagi dirinya. Misalnya, seorang yang suka menyendiri tetapi banyak berfikir dan memerhati adalah lebih adil menjadi seorang ‘think-tank’ berbanding seorang ahli politik.


Ciri kedua manusia adalah ia dikurniakan oleh Tuhan akal untuk berfikir. Akal dapat menafsir maklumat berdasarkan panduan iman untuk menentukan baik buruk sesuatu perkara. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan pengalaman, seseorang mampu membuat analisis dan menghasilkan keputusan yang bijaksana. Permasalahannya ialah kita tidak dilatih untuk berfikir atau kita tidak disemai budaya cintakan ilmu pengetahuan. Apabila akal kering dengan ilmu, otak manusia yang mampu memproses maklumat lebih pantas dan banyak daripada komputer menjadi beku dan jumud.

Seterusnya adalah ciri manusia yang mampu memilih untuk menentukan tindakan dan tingkah lakunya. Manusia bukan makhluk yang hanya tahu bertindak balas terhadap persekitarannya. Ia mampu berfikir dan mempunyai gerak hati. Manusia sentiasa mempunyai pilihan. Sama ada pilihan itu bersifat ‘win-win situation’ atau ‘win-lose situation’, manusia tetap diberi pilihan. Maka, impak sesuatu perbuatan bergantung kepada diri sendiri. Namun, kadangkala oleh kerana batas-batas kita sebagai makhluk, impak tersebut mungkin di luar jangkaan akal.

Ciri terakhir manusia adalah keupayaan untuk mengadaptasi terhadap persekitarannya. Manusia diketahui sebagai seorang ‘survivor’. Selama beribu-ribu tahun, ia berjaya menyesuaikan dirinya dengan pelbagai perubahan agar terus kekal. Pengadaptasian tersebut bukan sahaja dari sudut survival diri, malah penyesuaian terhadap pelbagai ragam dan budaya masyarakat. Misalnya, orang Melayu dari Malaysia yang menetap di Australia telah terbukti boleh menyesuaikan diri bukan sahaja dari segi cuaca, malah cara hidup dan pergaulan.
(Diambil dari blog Personaliti)

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42