Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, November 30, 2011

Persediaan dan Persiapan


Assalamualaikum.

Beberapa tempat pengantin aku dah survey. Nak murah, tapi cantik, dan berkualiti. Hehe. Ada ker macam tu?Aku selalu macam tu. Mami aku cakap "cerewet". Rasanya dia dah cerewet, tetapi ada lagi yang cerewet. Entahlah. Adakalanya keliru juga kan.


Beberapa tempat sudah aku tengok dan berunding. Walaupun tarikh itu lambat lagi dan berbulan-bulan lagi, tetapi masa begitu pantas aku rasakan. Aku tidak mahu nanti aku kesempitan. Masa kerja aku ingin fokuskan pada kerja dan ketika cuti inilah masanya untuk aku merancang, survey...dan ada beberapa keperluan aku sudah beli. Eh, bertunang dah jadi nombor dua pula. Anak sulung, biasalah banyak perkara kena urus sendiri. Nasib baik ada mami aku. Aku tidak mahu susahkan orang. Malah, nasib baik ada facebook juga. Bisnes pengantin banyak dalam facebook sekarang ini.

Keliru


Sebenarnya, ikutkan hati memang mahu buat yang terbaik kerana perkahwinan hanya sekali dalam hidup. Pelamin, make up, bilik pengantin, photographer, door gift, makanan tetamu dan segalanya perlu diurus. Semua itu sudah kubereskan. Kain untuk dijahit pada hari perkahwinan

telah kubeli. 4 pasang satin dan lace termasuk baju lelaki. Budget keseluruhan untuk perkahwinan dan juga perkara-perkara yang penting telah aku taip dan emailkan pada bakal. Macam proposal la pulak. Huhu. Hanya tunggu masa hari kejadian dan mengedarkan kad untuk menjemput tetamu. Hanya menunggu hari sahaja.Pada bakal pasangan aku itu telah aku maklumkan dan setuju baju untuk tempah jahit. Balik jer dari "tempat" pengurusan pelamin, aku tersadai di sofa. Penat juga mencuba pakaian kat sana. Aku hanya fikir kembali. Bukankah, kehendak hati bakal suami dan aku suatu ketika dahulu hanya akad nikah, dan outdoor sahaja?Aku terdiam dan fikiran aku hanya bertumpu tentang itu saat ini. Semua ini yang bakal suami aku itu fikirkan dahulu.



Contoh gambar. Aku tahu, bakal suami aku hanya mahu yang macam ini sahaja. Di mana mahu cari kain seperti ini untuk buat tudung ya?

Namun, persediaan aku dan budget telah diberitahu. Semuanya tidak lebih daripada RM 10K. Kawan-kawan aku berkahwin katanya lebih RM10K.Namun, aku ini tidak henti survey sehingga aku hanya boleh deal keperluan semua hanya RM 6K lebih sahaja. Bila murah macam ni, kira ok la kan...tetapi...Pelamin, make up, bilik pengantin, photographer, door gift, makanan tetamu dan beberapa keperluan hanya budget dalam anggaran RM 6K lebih sahaja. Semuanya aku deal kasi kaw untuk meminimumkan budget. Atas alasan tidak mahu membazir. Itu paling aku pegang sebab aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus. Kalau ikut suka hati nak belanja berapa, boleh...kalau ikut hati...Pelamin pun boleh ambil untuk RM 4K. Namun, hati kecil ini berkata...semua ini untuk apa sebenarnya wahai Afiti....Bakal aku cakap, dia tidak kisah berapa pun. Perkataan tidak kisah pada aku memberi 2 makna.


1. Samaada betul-betul tidak kisah, atau
2. Melihat sejauhmana bakal isterinya menguruskan perbelanjaan.

Semasa solat isyak tadi, aku berdoa...pada Allah SWT, moga Allah beri hidayah kepada aku tentang perkara ini.


Ini contoh pelamin aku yang akan dipasang nanti

Bakal pelamin aku ini jadi realiti ker...atau....hanya sekadar akad nikah dan panggil tetamu terdekat menjamu selera sahaja?

Paling penting, tidak membazir dan doa kesyukuran nanti akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Friday, November 18, 2011

PINK LADIES

Assalamualaikum.

Selamat pagi (sebab tulis entri ni jam 4.30 am). Sambil aku buat research tentang "something" aku terjenguk la blog yang aku follow. Aku gembira sebab blogger-blogger makin aktif kecuali aku. Blog aku ni macham hambar sekali!Blog yang aku selalu jenguk blog Nurul Badiah Lai. Aku rasa awal-awal dia buat blog lagi kot aku follow. Itu pun sebab si Yati mention masa praktikal dulu kawan dia ada blog.Badiah katanya. Kiranya tidak sia-sialah aku follow blog dia. Ada banyak perkara kita tidak terluah, tapi hanya di blog sahaja terluah. Walaupun aku ni kaunselor aka guru bimbingan dan kaunseling, ada masa aku senyap ada masa aku bercakap. Yerlah, personaliti aku nombor 5. Orang nombor 5 hanya bercakap perkara penting dan ramah bila perlu sahaja. Aku suka baca blog dia sebab adakalanya yang aku tidak terluah, bila aku baca...macham kena pulak dengan hati aku dan aku setuju. Senang cakap, kena jiwa!Walaupun penulisannya lebih kepada afektif, tapi memang logik terhadap situasi yang berlaku.

Teruskan menulis NurulBadiah. Moga apa yang ditulis memberi kefahaman pada orang lain termasuk diri ini. Benar, aku tidak kenal blogger-blogger femes lain. Bila aku taip je kat google terpampang la nama blogger-blogger femes. Tapi, blog NurulBadiah Lai ni, aku follow dia dari awal lagi bukan sebab dia femes sekarang tetapi aku suka baca entri yang dia tulis. Kiranya aku antara silent reader lah.

Pandangan aku:

Aku peliks juga la kenapa ada yang sampai condemn penulisan orang lain. Maksud aku, anonymossss y komen tidak membina. Mungkin bila terlalu femes, orang mula ingin "mendekati". Biarlah dia tulis apa yang dia mahu tulis. Itu kan blog dia. Dia pun ada hati perut macham kita juga. Tempat meluah perasaan. Walaupun dia loyar ke (orang pasti kata lawyer ni suka bercakap etc), tapi mana tahu mungkin macham aku jugak ker.Tidak semua kaunselor a.k.a guru kaunseling ni suka bercakap. Orang kata kaunselor ni pandai bercakap termasuk loyar. Kalau aku lah, jadi loyar buat apa bercakap di luar court tapi duit tidak masuk, baik luah dalam blog.Kehkeh. Walaupun loyar, mungkin dia juga berjiwa "halus dan berseni". Hehe. Tidak ada apa yang aku nak cakap, teruskan menulis apa yang dirasai. Mungkin tulisan itu boleh jadi terapi dan beri logik akal pada orang lain juga. Satu perkara yang aku follow dia juga antaranya, walaupun dia lawyer, tetapi jiwa halusnya tidak macam lawyer. Itulah uniknya dia. Orang kata lawyer ni tegas, berautoriti dan monopoli jiwanya. Sebaliknya tidak. Manusia kan unik. Macam-macam kita boleh kenali. Sebab itu aku suka. Iya lah, sebab cita-cita aku dahulu nak jadi lawyer, tetapi terjadi guru kaunseling. Aku suka tengok orang yang dah jadi seseorang yang aku pernah ada impian dan cita-cita seperti mereka suatu ketika dahulu =). ---Mungkin sebab rasa suka melihat kejayaan orang lain ini membuatkan terjadi GURU. Syukur!

Kalau NurulBadiah Lai terbaca, silakan lah ya. I like your blog!=).


Eh, dengan veil bagai dan bunga ni apa ke hal?hahaa
(Saja buh gambar aku pulak, sebab tertengok gambar NurulBadiah Lai bertunang pakai wana pink. Ni gambar saja test baju jer!). Haha!




Sekian. Mahu tidur. Hari minggu ada kelas pulak!Nanti aku termenguap dalam kelas pulak buat malu kat lecturer aku jer nanti!Oh, baru aku sedar rupanya blog aku ini sudah berusia 4 tahun. Kalau ada anak 4 tahun, dah berbaloi.Haha.


BISNES

Alhamdulillah.

Saya sering memikirkan tentang



"PERNIAGAAN"

Boleh dikatakan setiap kali bersendirian, hati akan berkata dan menyebut perkataan ini.

"BISNES"

Doakan saya. Menjadi kerugian kepada manusia apabila berbisnes pada usia lewat.Lebih baik mulakan sekarang.Sekarang itu bila?Soalan itu saya soal diri saya!

Saya perlu buat pemerhatian, penyelidikan sebelum memulakannya.
Banyak panduan diperoleh tentang inovasi dan kreatif dalam berbisnes.

Sudah hampir 2 tahun saya mendekati insan ini dalam diam. Saya sering menerima email tentang panduan perniagaan daripada beliau. Beliau antara individu yang menjadi idola saya.


IRFAN KHAIRI



Saturday, October 15, 2011

Semakin Hampir

Alhamdulillah.

Tahun 2011 begitu pantas kurasakan. Tup tap tup tap, hampir masuk bulan 11. Malam ini aku ingin berpaling seketika dan menyingkap berapa banyak masaku terbuang dengan tidak menghasilkan apa-apa penganugerahan untuk diri-sendiri. Alhamdulillah, semuanya progress yang kulakukan untuk perkembangan diri. Manusia ini sememangnya perlu diberi peluang untuk berkembang dan kita juga harus suka melihat orang lain berkembang. (Bukan kembang badan okay!haha).

Aderh, geliat kejap (tolak tangan kiri, tolak tangan kanan ke atas, goyang pinggang.Alamak, bunyi pruk prak pruk prak plak.Kalah orang tua you!).

Setiap minggu rutinku sebagai pelajar sarjana ialah berulang alik menghadiri kuliah, melaksanakan tugasan yang berlambak,dan tanggungjawab sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Berulang-alik dari Perak (Tanjung Malim) - Kedah (Sungai Petani), Kedah (Sungai Petani) - Perak (Tanjung Malim) itulah rutinnya. Paling lama memandu ialah 4 jam setengah. Biasanya 3 jam sahaja aku ke sana. Kelas Jumaat-Sabtu full setiap hari. Walaupun orang kata jauh, bagiku, ada lagi orang lagi jauh datang belajar dan berulang-alik iaitu rakan sekelas dari Hulu Terengganu. Jadi, motivasikan diri-sendiri dan jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini. Isi masa dan lihat progress agar masa yang Allah SWT kurniakan ini sebaik-baiknya.

Ayat panjang berjela. Buat rumuslah senang:

KERJA + SARJANA = NOR AFITI BT MOHD BASRI


Itu rumus buat masa sekarang.

Rumus akan datang tahun depan agaknya macam ini pula:

KERJA + SARJANA +ISTERI + MOTHER = NOR AFITI BT MOHD BASRI

Alhamdulillah.
Bersyukur sangat aku dipertemukan dengan seseorang yang sangat positif, progresif dan suka berusaha. Inilah zauj yang aku impikan. Masa dia jumpa mami aku, dia bagi sokongan sangat selepas ini untuk aku sambung belajar ke peringkat PhD. Mami aku bagi syarat awal-awal sebelum aku dilamar, jika boleh kahwin lepas PhD. Dalam hati aku, alamak!Aku rasionalkan mami aku, kalau berkahwin pun boleh sambung juga belajar. Nanti, anak-anak pun akan merasai persekitaran pembelajaran ibunya dan membantu perkembangannya. Ceewah!Ayat guru kaunseling la kononya. Pernah juga aku ajak "dia" sambung belajar. Katanya bagi dia masa dalam 2 tahun lagi dia akan capai Ir dan dia dalam proses menyiapkan PE. Aku tidak faham apa itu PE. Katanya profesional engineer. Sebelum ini, dia telah dilamar universiti untuk sambung belajar sarjana terus, cuma dia mahu kerja dan Ir juga sama dengan PhD. Teruskanlah, aku sangat menyokongnya. Sebenarnya berbicara tentang taraf akademik bukanlah menjanjikan tahap "sekufu". Istilah sekufu bagiku ialah persamaan dari segi pemikiran dan keselesaan dalam konteks memahami. Seawal perkenalan lagi katanya, kita sekufu. Paling penting pembimbingku.



-Member aku cakap, Fiti, macam nak samala...mata sepet!Adududu...sahabatku ini memandai!-


Sekarang aku telah siap sedia sikit-sikit barang. Aku suka rancang awal-awal dan fikirkan terus. Bukannya seminggu nak bertunang baru kalut mencari. Kata seorang teman rapatku, mungkin itu orang busy macam aku itu adalah caranya. Namun, tandensi "jadi ke bertunang ni?tidak terlalu awal ke". Jawapan paling terbaik ialah, kita merancang, Allah empunya cerita samada jadi atau tidak. Lagipun, kita boleh rasa kalau dia jodoh kita. Katanya "kalau ikutkan kita memang sudah bertunang, cuma dari segi adat sahaja yang belum lagi." Dalam hukum agama Islam, jika seseorang lelaki yang berhajat untuk menjadikan seseorang isteri, itu sudah dikira bertunang dan haram bagi lelaki lain. Jadi, begitulah. Hidup ini kita kena yakin jer. Bukan yakin pada diri semata-mata, Tapi yakin pada ALLAH SWT!

Impianku:

1.Menjadi seorang isteri yang cerdik dan solehah.
2.Seorang isteri yang hebat (mampu menguruskan keluarga + bekerjaya + anak ramai(Oh, kelas you!)kikih.
3. Seorang isteri yang merendah hatinya, mendengar kata suami, dapat membimbing anak-anak dan tempat bersandar seorang suami.
4. Paling penting seorang isteri yang sentiasa belajar bersama-sama ilmu agama, di tempat kerja seorang yang hebat, di rumah ialah penyejuk mata seorang suami dan tempat Kebahagiaan. Bagiku, urusan kerja adalah di tempat kerja. Apabila tiba di muka pintu rumah, tanggalkan kasut kerja itu. Di rumah sebagai seorang isteri sepenuh masa.

Orang kata bukan senang. Jadi, sama-sama kita switch kan pemikiran agar kita boleh lakukannya. Hidup ini sekali sahaja.

Mahu berehat. Esok kerja. Terasa penat lagi drive dari Tanjong Malim - Sungai Petani. Penat sangat. Tidur ya. Assalamualaikum.

Komitmen

----Inilah keadaan aku buat masa ini----


Assalamualaikum.

Dalam kepenatan,
Kita berharap ada yang memahami,
Dalam kepadatan pengurusan kerja,
Kita berharap ada yang sudi bersama-sama bertoleransi,
Dalam kepenatan,

Kita berharap ada yang sudi bersama-sama.

Namun, setiap hari semuanya menjadi seronok, pengalaman serta pembelajaran ini makin mematangkan diri dalam dunia kerjaya. Adakalanya bila terlalu sibuk, blog ini menjadi sepi dan hati tidak tahu untuk berkata-kata lagi. Mungkin jika terluah, itu hanyalah gerak rasa dalam diri untuk jari menita.



Tuesday, September 20, 2011

Catat

Alhamdulillah.

Catatan senarai-senarai barang telah diperincikan. Menu, baju persiapan, photographer (merakam kenangan), Anis Bridal dan hantaran.

Menu yang dirancang bersama mami aku.
Untuk 50 orang

1. Gulai daging + Sayur Kacang Panjang
2. Ayam goreng pedas
3. Kerabu pucuk paku
4. Ikan kering
5. Acar timun nenas
6. Sambal belacan
7. Sayur putih masak lemak

Beruntung sangat sebab ada mak sendiri yang boleh masak tidak perlu catering or upah orang masak. Alhamdulillah.

Hantaran

1. Buku agama
2. Cupcake
3. Buah-buahan
4. Baju Melayu
5. Sejadah + tasbih
6. Pulut kuning
7. Cincin perak
8. Makanan - Coklat
9.Makanan - Pemanis

Bekas-bekas hantaran pula aku telah beli pada bulan 5 sebenarnya. Walaupun terawang-awang jadi ke tidak majlis sebenarnya hati aku sahaja yang kelam-kelibut dan agak ragu-ragu. Walhal pihaknya kata "JADI". Kerana keikhlasannya...maka Allah berikan jalan untuk aku "beli dan sediakan lebih awal". Inilah jalannya...



Apa motif letak gambar baby ni? Sebab jiwa keibuan sudah makin menular dalam jiwa ini
Zunnur baru berusia 6 bulan (anak kepada kak syidah yang juga rakan kaunselor ku...sekarang ni...dapat berita gembira lagi...kak syidah pregnant lagi...Waaa...aku yang terover excited!!!)
Zunnur, Zunnur akan dapat adik tau takkk... Zunnur baru berusia 6 bulan tapi nak dapat adik lagi...Muahhh!

Menuju Bahagia


Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana semakin dipermudahkan urusan untuk diri ini. Hanya 2 bulan lagi menunggu tarikh itu. Tarikh yang dipilih oleh seseorang yang begitu bermakna untukku. 2.12.2011. Semoga dengan sesi taaruf ini adalah perkenalan yang diredhai dan sebagai pelengkap kehidupanku kelak. Masa itu bagaikan begitu pantas. Saat mengenalinya tanggal 16.4.2011 tidak dijangka sehingga lamarannya "direct" untuk menjadikan aku sebagai isterinya. Semoga niat murnimu itu ikhlas terbina sehingga akhirnya. Perkenalan melalui facebook. Aku ini tidak percaya kepada perkenalan maya. Namun, apa yang aku tidak percaya itulah yang TERJADI. Malah, dalam soal jodoh ini juga aku tidak kisah orang mana, tetapi orang lelaki KELANTAN aku tidak mahu. Namun, percaturan Allah SWT lebih baik dan berhikmah. Rupanya kami satu negeri, dan juga satu daerah. Malah, kampungnya dengan kampungku hanyalah 15 minit sahaja!!!!Kenapa tidak berkenalan di luar sahaja? Dalam facebook pula tempat berjumpa. Katanya, kerana sudah ditakdirkan ini laluan untuk kita berjumpa. Dia tidak minat dan tidak ada masa berfacebook dan agak "kurang minat" berfacebook. Pelik, tapi inilah laluannya untuk kami bertemu. Doakan dipermudahkan urusan juga untuk tahun hadapan. Dia sendiri telah berjumpa mamiku semasa Eid yang baru berlalu. Adik-adik juga telah bertemu mata dengan bakal "abang ipar" mereka.

Mami, andai ini jodoh anakmu ini...doakanlah mami...Mami teringin sekali mempunyai anak lelaki bernama Firdaus. Walaupun tidak ada anak lelaki bernama Firdaus, tidak mengapalah...Harapnya menantu mami ada nama "Firdaus". Masinnya mulut mami aku ni.

Perhubungan?

Dia jarang sekali menghubungiku. Jika berhubung hanya ada hal penting sahaja. Mahu bertanya khabar itu jauh sekali. Pernah ditanya pada awal perkenalan kami...Bersedia atau tidak aku menghadapi "kesibukannya". Maka, aku perlu faham. Rasa yakin dan percaya kepadanya itu semakin kuat. Awalnya agak memberontak jiwa ini...Ya, kerana kami baru sahaja dua kali bertemu mata. Pernah tertanya-tanya adakah betul-betul dia mahu jadikan aku isterinya. Jadi atau tidak majlis itu. Seingat aku sudah 5 kali aku tanya...katanya YA. Jarang menghubungi tidak bermakna lupa. Perlu selalu berhubung ke kalau mahu jadikan isteri? Ayatnya itu membuatkan aku banyak berfikir. Mungkin dia agak menjaga perhubungan. Solat istkharah dilakukan dan Allah telah hadirkan orang itu dekat kepadaku. Sekarang ini sudah menjadi "kefahaman utama" diri ini tentang dirinya. Tarikh sudah ditetapkan...katanya tak lama lagi majlis akan berlangsung. Katanya itu membuatkan aku berdegup kencang juga. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT seandainya dia jodohku...Engkau Permudahkanlah Ya Allah....Aku selalu juga berhubung dengan emaknya. Sekarang ini aku telah menempah beberapa keperluan yang perlu untuk majlis pertunangan nanti. InsyAllah. Kata emaknya mahu langsungkan ikatan pada Raya Haji. Namun, kekangan kesibukan amat membantut lagipun aku tidak mahu terkejar-kejar dan inginkan persediaan termasuklah dia. InsyAllah, kita hanya merancang...Allah menentukannya...

Monday, September 5, 2011

Apabila Tidak Solat

Assalamualaikum.

Kali ketiga menulis entri untuk pada hari ini. Nampak sangatkan, dalam kepala ini berfikir dan berfikir. Adakalanya ingin berkongsi di facebook tetapi tidak terluah dan terlalu umum pula. Namun, di blog inilah tempat meluahkan perasaan dan hati selain meluahkan di sejadah kepada Allah SWT yang tercinta.

Pernah tak rasa, terutamanya orang perempuan. Bila datang bulan, teringin sangat-sangat untuk solat dan nak mengaji. Segala macam rasa nak bersama-sama dengan Allah SWT.Kadang-kadang akan tercakap,"Iskk...period pulak time aku rindu pada Tuhan ni. Period yang Tuhan berikan pada kita (wanita), sampaikan tidak tersedar kerana mahu solat." Ketika period pun ambil wuduk. Rasanya tidak salah pun kan...Tuhan, aku rindu sekali pada Mu!!!Aku rindu, Ya Allah!!!

Seandainya....


Seandainya kehidupan ini indah-indah belaka, tiada ujian yang hadir, pasti mustahil untuk kita mengenal erti sebuah kehidupan dan kenikmatan usaha melaluinya. Pahit-getir perjuangan, pengorbanan, kedukaan dan kekecewaan akan bertukar menjadi kejayaan dan kebahagiaan. Alangkah nikmatnya ujian perasaan tatkala ini. Namun, hati ini kuat mengatakan, bersabarlah.... Nor Afiti.

Tatkala berkata kepada diri, air mata bergenang. Tidak berhubung bukannya berjauhan. Biarlah rasa dekat itu di hati. Untuk BAHAGIA memerlukan KESABARAN.Kesabaran itu MENGUJI KEIMANAN DIRI. Biarlah Allah SWT yang memberi keputusan. Ruang untuk bersabar itu perlu dicari dan digali. Biar KEBAHAGIAAN itu sama-sama dirasai sepanjang kehidupan sebagai SUAMI DAN ISTERI.

Sunday, September 4, 2011

WMF


What can I do for you...
I hope we will married. With the big heart, I pray to Allah to decide...


Monday, August 29, 2011

Pergi & Sepi

Assalamualaikum.

Beberapa minit lagi akan berbuka puasa. Hidup ini akan rasa lengkap bila berkeluarga. Betul tak?Ada sahabat bertanya, sudah bersedia untuk berkahwin. Saya dengan yakinnya menjawab: YA, AKU MEMANG BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN. Entah daripada mana ayat itu datang. Namun, daripada bibirku sendiri. Namun, bila direnung kembali, dengan siapa sebenarnya jodohku itu. Betul ke dengan dia ni?Bukan ragu-ragu, cuma bila pergi....dia pergi tanpa khabar....senyap tanpa berita.... Namun, hanya aku genggam kesabaran di hati dan berfikir baik-baik sahaja. Jika ada jodoh antara kami, tidak kemana. Taaruf sahajalah dulu. Andai aku terlalu pemalu untuk bercakap dan berhadapan dengan yang bernama lelaki, aku harap ada yang mengerti kerana aku ini belum sah ikatan. Jika dengan audien, aku boleh sekali berbicara secara umum. Namun, jika melibatkan dua perhubungan aku agak kaku. Bukan apa, diri ini perlu dijaga supaya manisnya tidak hilang...

Pernah Rasa Tak?

Assalamualaikum.

Ramadhan bakal meninggalkan kita. Seringkali aku tertanya-tanya, apa yang aku mahukan sebenar-benarnya dalam hidup ini. Semalam berborak dengan adik aku yang bongsu.Aku tanya, apa yang dia mahukan dalam hidup?Jawabnya lepas grad, kerja dan beli rumah termasuklah tanah. Oh, itu jawapannya. Aku hanya angguk sahaja. Bagi aku, aku pula rasa tidak mahu apa-apa pun. Yang aku fikirkan, selepas aku memiliki semua yang aku inginkan, puncaknya adalah KEMATIAN. Aku fikir dan terus berfikir. Benar, setelah semua dicapai, kita tidak akan rasa mahu apa-apa pun, melainkan kehidupan ini akan berakhir dengan KEMATIAN jua.

Saat sebelum KEMATIAN adalah KEHIDUPAN DUNIA. Kehidupan yang sementara cuma. Kadang-kadang terasa penat dengan KEHIDUPAN yang makin dikejar, makin tidak menentu. Adakalanya aku sendiri mudah teralpa, tersasar, tergelincir, menangis, kecewa, semangat, bangkit berdiri, bersorak girang menjulang kejayaan...Semuanya akan berakhir dengan KEMATIAN. Kehidupan ini bila ditimbang tara, belum cukup amal yang akan dibawa. Bila terasa begitu, seolah-olah aku mensia-siakan banyak detik. Namun, keupayaan melawan nafsu dan syaitan begitu lemah. Walhal hidup ini amat mudah jika pada laluan yang betul. Aku bersyukur dilahirkan dalam ISLAM.

Sunday, August 21, 2011

Doa Solat Dhuha

Ya Allah, sesgguhnya wktu Dhuha itu wktu DhuhaMu,kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu&perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar,permudahkanlah,jika haram,sucikanlah&jika jauh,dekatkanlah.Berkat waktu dhuha,kecantikan,keindahan,kekuatan,kekuasaanMu,limpahkan kepadaku segala y Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sesungguhnya tidak rugi bagi mereka yang melaksanakan solat dhuha....Doa ini menusuk kalbu....

Sunday, August 14, 2011

Bio-Ever Nano Cream: Miracle Product




Bio-Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknology untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.

Rumusan aktif Bio~Ever dirumuskan ke dalam liposom ( Sfera Lipid yang kecil dan kosong ) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperllukan dengan tepat ke dalam badan.
Rumusan Aktif Bio~Ever Nano Cream
Pegaga
(Centella Asiatica)
1.Kaya dengan vitamin A dan C.
2.Menggalakkan penyembuhan luka
3.Merangsang sintesis kolagen
Wild Yam
(Dioscorea Villosa)
1.Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
2.Mengawalatur metabolisme
3.Antioksidan dan meregangkan otot
Kacang Soya
(Glycine Soja)
1.Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
2.Membantu masalah endokrin
3.Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit
Cara Penggunaan Bio~Ever.

Leher
Untuk leher yang lebih licin dan tegap, sapu krim menghala ke atas
Dada
Untuk kontur dada yang lebih tegap dan menarik, sapu krim menghala ke atas dan ke dalam
Bahagian dalam lengan
Untuk lengan yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas

Bahagian dalam Peha
Untuk paga yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas

Abdomen
Sapu krim dalam arah mengikut pusingan jam di sekeliling abdomen untuk mengawalatur metabolisme dan melegakan masalah menstrual
Bawah pinggan
Sapu krim dalam arah menghala ke bawah untuk membantu melegakan sakit belakang dan meningkatkan stamina.

Alhamdulillah, produk ini telah membantu ramai orang sekeliling saya.Saya telah mencuba produk ini lebih-lebih lagi percubaan untuk diri-sendiri.Sekarang kulit saya dalam proses baik. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT.

Selepas 2 minggu menggunakan.Hanya sapu pada 3 tempat sahaja iaitu pada nadi pergelangan tangan, lengan dan leher.




Produk ini boleh didapati dengan menghubungi Fit : 013-4997576

Harga standard produk ini berbaloi-baloi dengan kesan yang amat mujarab.Kesannya diperoleh dan dapat dilihat dalam masa 10 minit.

Wednesday, August 10, 2011

Jiwa keguruan ini

Assalamualaikum.

Jiwa keguruan ini tidak bisa meluahkan kata.Hanya menelan air liur ditekak tatkala manik jernih mula ingin berguguran. Hari ini adalah sejarah bagi jiwa ini bergelar seorang guru atas peristiwa yang cukup indah. Sejarah terpenting dalam kehidupanku. Ingin memeluk erat-erat wajah pelajar itu, jiwa ini memberi harapan besar kepadanya, jiwa ini terkesan tatkala sesuatu yang tidak dijangka telah kulakukan.Senyuman daripada guru-guru lain untuk diri ini memberi makna yang cukup indah.Namun, ada kalanya kejayaan yang dilakukan untuk pelajar ini rasa tercabar oleh individu yang merasakan namaku ini disebut-sebut oleh pelajar tersebut. Jiwa "budak" itu ikhlas. Pujian itu, kuterima dan hanya berkata, ini amanah dan aku telah melakukan seadanya sebagai seorang guru. Aku bukanlah seorang wirawati yang gagah untuk mengubah manusia, sedangkan diri ini hanya melukut di tepi gantang dan terlalu banyak kekhilafan diri ini. Namun, aku percaya, natijah niat yang baik disebalik keikhlasan, mengambil berat terhadap pelajar-pelajar, menghormati pelajar-pelajar dan melayan mereka seadanya akhirnya memberi kejayaan. Biarlah Allah mengetahui disebalik yang berlaku.

Hanya ingin berkata dalam hati:

Terima kasih dan saya tahu walaupun bantuan ini bukanlah sesuatu yang berharga, tetapi saya tahu awak amat terasa dihargai apabila saya mengambil berat tentang awak..semuanya untuk masa depan awak...Semoga keselesaan awak bersama dengan saya sentiasa berpanjangan.Awak menjadi harapan untuk cemerlang. Tatkala awak menangis, saya juga ingin berderai air mata. Saya tahu, dalam kereta tadi lepas awak bersalam dengan saya, awak ingin memeluk saya, cuma awak terhenti seketika kerana saya tidak membalas respon itu. Saya tahu, awak pelajar yang baik, bercita-cita tinggi...teruskanlah...guru kerdil ini sentiasa bersama awak...Hari ini, awak dapat melangkah kaki ke sekolah yang telah lama awak tinggalkan cukup membuatkan saya rasa seperti ingin melompat kegembiraan.Pengetua berkata: kalau boleh dia mahu buat sujud syukur. Saya dapat rasa, jiwa awak selesa bersama saya.Terima kasih kerana kata-kata bermakna kepada saya semasa dalam kereta tadi.Saya hargai dan saya tahu, kata-kata pelajar saya semuanya ikhlas.Mulakan azam baru, itulah kata-kata terakhir saya sebelum awak meninggalkan saya keseorangan di dalam kereta tadi. Ya,Allah, temukanlah aku dengan pelajar-pelajar yang memerlukan aku.Aku bersedia!

Wednesday, July 27, 2011

Pencuri Yang Ikhlas: 2

Assalamualaikum.

Mungkin, kali ini jari ini menulis lagi tentang pencuri yang ikhlas.

Pencuri hati yang ikhlas,
Terus senyap dan membisu,
Hati ini sering tertanya,
Kemana perginya pencuri hati yang ikhlas yang bertakhta di hati ini,
Aku terus menunggu mu dan sabar menanti jawapan yang pasti....

Jika benar,
Pencuri hati yang ikhlas itu,
perlukan ruang dan masa untuk berfikir kembali,
Teruskanlah....
Aku akan sabar menanti waktunya....
Cuma hati ini bisa goyah tatkala pencuri hati yang ikhlas itu,
Terus menyepi....tanpa kata....
Mengertilah....
Seandainya keikhlasan itu melebihi segalanya,
pasti kita akan bertemu jua....
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini....

I really appreciate yOU!You?

Assalamualaikum.

Bacaan ini agak menarik dan hati aku terpanggil. Cubalah baca.

Sometimes I look around me, at my friends,
immediate family, and I realise I don't tell
them enough just how much I really appreciate
them letting me be part of their lives.

Sitting around and waiting for others to express
gratitude isn't very productive.

This is why I recommend that you think of two
people that you truly appreciate.

Then send them an email or call them on the phone
or go up and tell them that you appreciate them
and why you are grateful for what they do.

It's so easy to put it off and say that you'll
wait until you send them a birthday card or come
up with some other excuse to postpone it.

But do it today.

It's such an easy thing to do. Yet so difficult.

Imagine how you would feel if you got an email
out of the blue from a good friend, simply
expressing appreciation.

That should help motivate you.

You see, criticism doesn't ever match the power
of appreciation.

Not even constructive criticism.

So find two people and tell them you sincerely
appreciate what they do in your life.

They will feel good and you'll feel good for
making them feel good.

If you try this exercise let me know how it goes.

AND - I'd like to give you a big thanks for taking
the time to read this, for supporting me and our
team and for just being the wonderful person
that you are.

Tuesday, July 26, 2011

Doaku Untuk Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Allaahumma, innii astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratik. Wa as-aluka min fadhlikal ‘azhiimi, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta’lamu wa laa a’lamu, wa anta ‘allaamul ghuyuub.Allaahumma, in kunta ta’lamu anna haadzal amra khairul lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibati amrii, faqdurhu lii, wa yassirhu lii, tsumma baarik lii fiih.Wa in kunta ta’lamu anna haadzal amra syarrul lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibati amrii, fashrifhu ‘annii, washrifnii ‘anhu, waqdur liyal khaira haitsu kaana, tsumma radhdhinnii bih.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kudrat-Mu.Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini. Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya.

*Kutitipkan doa ini buat Mu, Tuhan. Perkenankanlah doa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah tempat aku Memohon segala keinginan dan hasrat hati. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan hela nafas pada kehidupan ini. Berilah kebahagiaan pada diriku ini dan orang-orang yang aku sayangi, mereka di sekelilingku, limpahkanlah rahmatMu, Tuhan yang aku sayangi lagi tempat bergantung. Tidak ada yang lain yang bisa aku luahkan dan mengadu, selain pada Mu, Ya Rabbi,Ya Karim

Saturday, July 23, 2011

Andai




Assalamualaikum.

Andai kehidupan ini dikuasai pemikiran yang rasional, pasti tiada permasalahan yang wujud. Andai kehidupan ini semuanya indah-indah, tiada yang berduka. Andai jiwa ini sentiasa berkobar dan bernyala, pasti tiada jiwa yang kecewa dek kegagalan. Andai jiwa ini dipenuhi kekuatan bersama Lillahitaala, pasti semuanya mampu dilalui dan diterusi walau onak dan duri meranjau diri....Syukur kepada Allah yang telah mencipta langit dan bumi ini. Terbayang di hadapan mata ingin melangkah masuk bertemu syurga-Mu ya RABBI...Berilah aku peluang untuk menikmati SYURGA-Mu Nan Abadi itu, Allah....

Target RAMADHAN akan KU GENGGAM DAN ingin sekali mencapai MAGHFIRAHMu, YA RABBI, YA KARIM....

Melatih diri berpuasa sebelum kedatangan RAMADHAN
Al-Quran dibaca setiap hari...aku mohon ampun atas dosa kerana ada tidak dibaca setiap hari tidak seperti dahulu...Terima kasih kerana menyedarkan hati ini, YAALLAH...
Kuatkan hati, jadilah wanita yang merendah diri, yang menyayangi diri-sendiri, sentiasa berdikari dan berfikiran baik-baik

Mohon juga pada Allah, pada usia ini dipertemukan jodoh....Andai dia jodohku, permudahkanlah Ya Allah...Semoga rasa ini penuh dengan keikhlasan seperti yang pernah diluahkan. Amin, Ya Rabb

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42