Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, September 20, 2011

Catat

Alhamdulillah.

Catatan senarai-senarai barang telah diperincikan. Menu, baju persiapan, photographer (merakam kenangan), Anis Bridal dan hantaran.

Menu yang dirancang bersama mami aku.
Untuk 50 orang

1. Gulai daging + Sayur Kacang Panjang
2. Ayam goreng pedas
3. Kerabu pucuk paku
4. Ikan kering
5. Acar timun nenas
6. Sambal belacan
7. Sayur putih masak lemak

Beruntung sangat sebab ada mak sendiri yang boleh masak tidak perlu catering or upah orang masak. Alhamdulillah.

Hantaran

1. Buku agama
2. Cupcake
3. Buah-buahan
4. Baju Melayu
5. Sejadah + tasbih
6. Pulut kuning
7. Cincin perak
8. Makanan - Coklat
9.Makanan - Pemanis

Bekas-bekas hantaran pula aku telah beli pada bulan 5 sebenarnya. Walaupun terawang-awang jadi ke tidak majlis sebenarnya hati aku sahaja yang kelam-kelibut dan agak ragu-ragu. Walhal pihaknya kata "JADI". Kerana keikhlasannya...maka Allah berikan jalan untuk aku "beli dan sediakan lebih awal". Inilah jalannya...



Apa motif letak gambar baby ni? Sebab jiwa keibuan sudah makin menular dalam jiwa ini
Zunnur baru berusia 6 bulan (anak kepada kak syidah yang juga rakan kaunselor ku...sekarang ni...dapat berita gembira lagi...kak syidah pregnant lagi...Waaa...aku yang terover excited!!!)
Zunnur, Zunnur akan dapat adik tau takkk... Zunnur baru berusia 6 bulan tapi nak dapat adik lagi...Muahhh!

Menuju Bahagia


Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana semakin dipermudahkan urusan untuk diri ini. Hanya 2 bulan lagi menunggu tarikh itu. Tarikh yang dipilih oleh seseorang yang begitu bermakna untukku. 2.12.2011. Semoga dengan sesi taaruf ini adalah perkenalan yang diredhai dan sebagai pelengkap kehidupanku kelak. Masa itu bagaikan begitu pantas. Saat mengenalinya tanggal 16.4.2011 tidak dijangka sehingga lamarannya "direct" untuk menjadikan aku sebagai isterinya. Semoga niat murnimu itu ikhlas terbina sehingga akhirnya. Perkenalan melalui facebook. Aku ini tidak percaya kepada perkenalan maya. Namun, apa yang aku tidak percaya itulah yang TERJADI. Malah, dalam soal jodoh ini juga aku tidak kisah orang mana, tetapi orang lelaki KELANTAN aku tidak mahu. Namun, percaturan Allah SWT lebih baik dan berhikmah. Rupanya kami satu negeri, dan juga satu daerah. Malah, kampungnya dengan kampungku hanyalah 15 minit sahaja!!!!Kenapa tidak berkenalan di luar sahaja? Dalam facebook pula tempat berjumpa. Katanya, kerana sudah ditakdirkan ini laluan untuk kita berjumpa. Dia tidak minat dan tidak ada masa berfacebook dan agak "kurang minat" berfacebook. Pelik, tapi inilah laluannya untuk kami bertemu. Doakan dipermudahkan urusan juga untuk tahun hadapan. Dia sendiri telah berjumpa mamiku semasa Eid yang baru berlalu. Adik-adik juga telah bertemu mata dengan bakal "abang ipar" mereka.

Mami, andai ini jodoh anakmu ini...doakanlah mami...Mami teringin sekali mempunyai anak lelaki bernama Firdaus. Walaupun tidak ada anak lelaki bernama Firdaus, tidak mengapalah...Harapnya menantu mami ada nama "Firdaus". Masinnya mulut mami aku ni.

Perhubungan?

Dia jarang sekali menghubungiku. Jika berhubung hanya ada hal penting sahaja. Mahu bertanya khabar itu jauh sekali. Pernah ditanya pada awal perkenalan kami...Bersedia atau tidak aku menghadapi "kesibukannya". Maka, aku perlu faham. Rasa yakin dan percaya kepadanya itu semakin kuat. Awalnya agak memberontak jiwa ini...Ya, kerana kami baru sahaja dua kali bertemu mata. Pernah tertanya-tanya adakah betul-betul dia mahu jadikan aku isterinya. Jadi atau tidak majlis itu. Seingat aku sudah 5 kali aku tanya...katanya YA. Jarang menghubungi tidak bermakna lupa. Perlu selalu berhubung ke kalau mahu jadikan isteri? Ayatnya itu membuatkan aku banyak berfikir. Mungkin dia agak menjaga perhubungan. Solat istkharah dilakukan dan Allah telah hadirkan orang itu dekat kepadaku. Sekarang ini sudah menjadi "kefahaman utama" diri ini tentang dirinya. Tarikh sudah ditetapkan...katanya tak lama lagi majlis akan berlangsung. Katanya itu membuatkan aku berdegup kencang juga. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT seandainya dia jodohku...Engkau Permudahkanlah Ya Allah....Aku selalu juga berhubung dengan emaknya. Sekarang ini aku telah menempah beberapa keperluan yang perlu untuk majlis pertunangan nanti. InsyAllah. Kata emaknya mahu langsungkan ikatan pada Raya Haji. Namun, kekangan kesibukan amat membantut lagipun aku tidak mahu terkejar-kejar dan inginkan persediaan termasuklah dia. InsyAllah, kita hanya merancang...Allah menentukannya...

Monday, September 5, 2011

Apabila Tidak Solat

Assalamualaikum.

Kali ketiga menulis entri untuk pada hari ini. Nampak sangatkan, dalam kepala ini berfikir dan berfikir. Adakalanya ingin berkongsi di facebook tetapi tidak terluah dan terlalu umum pula. Namun, di blog inilah tempat meluahkan perasaan dan hati selain meluahkan di sejadah kepada Allah SWT yang tercinta.

Pernah tak rasa, terutamanya orang perempuan. Bila datang bulan, teringin sangat-sangat untuk solat dan nak mengaji. Segala macam rasa nak bersama-sama dengan Allah SWT.Kadang-kadang akan tercakap,"Iskk...period pulak time aku rindu pada Tuhan ni. Period yang Tuhan berikan pada kita (wanita), sampaikan tidak tersedar kerana mahu solat." Ketika period pun ambil wuduk. Rasanya tidak salah pun kan...Tuhan, aku rindu sekali pada Mu!!!Aku rindu, Ya Allah!!!

Seandainya....


Seandainya kehidupan ini indah-indah belaka, tiada ujian yang hadir, pasti mustahil untuk kita mengenal erti sebuah kehidupan dan kenikmatan usaha melaluinya. Pahit-getir perjuangan, pengorbanan, kedukaan dan kekecewaan akan bertukar menjadi kejayaan dan kebahagiaan. Alangkah nikmatnya ujian perasaan tatkala ini. Namun, hati ini kuat mengatakan, bersabarlah.... Nor Afiti.

Tatkala berkata kepada diri, air mata bergenang. Tidak berhubung bukannya berjauhan. Biarlah rasa dekat itu di hati. Untuk BAHAGIA memerlukan KESABARAN.Kesabaran itu MENGUJI KEIMANAN DIRI. Biarlah Allah SWT yang memberi keputusan. Ruang untuk bersabar itu perlu dicari dan digali. Biar KEBAHAGIAAN itu sama-sama dirasai sepanjang kehidupan sebagai SUAMI DAN ISTERI.

Sunday, September 4, 2011

WMF


What can I do for you...
I hope we will married. With the big heart, I pray to Allah to decide...


Monday, August 29, 2011

Pergi & Sepi

Assalamualaikum.

Beberapa minit lagi akan berbuka puasa. Hidup ini akan rasa lengkap bila berkeluarga. Betul tak?Ada sahabat bertanya, sudah bersedia untuk berkahwin. Saya dengan yakinnya menjawab: YA, AKU MEMANG BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN. Entah daripada mana ayat itu datang. Namun, daripada bibirku sendiri. Namun, bila direnung kembali, dengan siapa sebenarnya jodohku itu. Betul ke dengan dia ni?Bukan ragu-ragu, cuma bila pergi....dia pergi tanpa khabar....senyap tanpa berita.... Namun, hanya aku genggam kesabaran di hati dan berfikir baik-baik sahaja. Jika ada jodoh antara kami, tidak kemana. Taaruf sahajalah dulu. Andai aku terlalu pemalu untuk bercakap dan berhadapan dengan yang bernama lelaki, aku harap ada yang mengerti kerana aku ini belum sah ikatan. Jika dengan audien, aku boleh sekali berbicara secara umum. Namun, jika melibatkan dua perhubungan aku agak kaku. Bukan apa, diri ini perlu dijaga supaya manisnya tidak hilang...

Pernah Rasa Tak?

Assalamualaikum.

Ramadhan bakal meninggalkan kita. Seringkali aku tertanya-tanya, apa yang aku mahukan sebenar-benarnya dalam hidup ini. Semalam berborak dengan adik aku yang bongsu.Aku tanya, apa yang dia mahukan dalam hidup?Jawabnya lepas grad, kerja dan beli rumah termasuklah tanah. Oh, itu jawapannya. Aku hanya angguk sahaja. Bagi aku, aku pula rasa tidak mahu apa-apa pun. Yang aku fikirkan, selepas aku memiliki semua yang aku inginkan, puncaknya adalah KEMATIAN. Aku fikir dan terus berfikir. Benar, setelah semua dicapai, kita tidak akan rasa mahu apa-apa pun, melainkan kehidupan ini akan berakhir dengan KEMATIAN jua.

Saat sebelum KEMATIAN adalah KEHIDUPAN DUNIA. Kehidupan yang sementara cuma. Kadang-kadang terasa penat dengan KEHIDUPAN yang makin dikejar, makin tidak menentu. Adakalanya aku sendiri mudah teralpa, tersasar, tergelincir, menangis, kecewa, semangat, bangkit berdiri, bersorak girang menjulang kejayaan...Semuanya akan berakhir dengan KEMATIAN. Kehidupan ini bila ditimbang tara, belum cukup amal yang akan dibawa. Bila terasa begitu, seolah-olah aku mensia-siakan banyak detik. Namun, keupayaan melawan nafsu dan syaitan begitu lemah. Walhal hidup ini amat mudah jika pada laluan yang betul. Aku bersyukur dilahirkan dalam ISLAM.

Sunday, August 21, 2011

Doa Solat Dhuha

Ya Allah, sesgguhnya wktu Dhuha itu wktu DhuhaMu,kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu&perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar,permudahkanlah,jika haram,sucikanlah&jika jauh,dekatkanlah.Berkat waktu dhuha,kecantikan,keindahan,kekuatan,kekuasaanMu,limpahkan kepadaku segala y Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sesungguhnya tidak rugi bagi mereka yang melaksanakan solat dhuha....Doa ini menusuk kalbu....

Sunday, August 14, 2011

Bio-Ever Nano Cream: Miracle Product




Bio-Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknology untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.

Rumusan aktif Bio~Ever dirumuskan ke dalam liposom ( Sfera Lipid yang kecil dan kosong ) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperllukan dengan tepat ke dalam badan.
Rumusan Aktif Bio~Ever Nano Cream
Pegaga
(Centella Asiatica)
1.Kaya dengan vitamin A dan C.
2.Menggalakkan penyembuhan luka
3.Merangsang sintesis kolagen
Wild Yam
(Dioscorea Villosa)
1.Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
2.Mengawalatur metabolisme
3.Antioksidan dan meregangkan otot
Kacang Soya
(Glycine Soja)
1.Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
2.Membantu masalah endokrin
3.Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit
Cara Penggunaan Bio~Ever.

Leher
Untuk leher yang lebih licin dan tegap, sapu krim menghala ke atas
Dada
Untuk kontur dada yang lebih tegap dan menarik, sapu krim menghala ke atas dan ke dalam
Bahagian dalam lengan
Untuk lengan yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas

Bahagian dalam Peha
Untuk paga yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas

Abdomen
Sapu krim dalam arah mengikut pusingan jam di sekeliling abdomen untuk mengawalatur metabolisme dan melegakan masalah menstrual
Bawah pinggan
Sapu krim dalam arah menghala ke bawah untuk membantu melegakan sakit belakang dan meningkatkan stamina.

Alhamdulillah, produk ini telah membantu ramai orang sekeliling saya.Saya telah mencuba produk ini lebih-lebih lagi percubaan untuk diri-sendiri.Sekarang kulit saya dalam proses baik. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT.

Selepas 2 minggu menggunakan.Hanya sapu pada 3 tempat sahaja iaitu pada nadi pergelangan tangan, lengan dan leher.




Produk ini boleh didapati dengan menghubungi Fit : 013-4997576

Harga standard produk ini berbaloi-baloi dengan kesan yang amat mujarab.Kesannya diperoleh dan dapat dilihat dalam masa 10 minit.

Wednesday, August 10, 2011

Jiwa keguruan ini

Assalamualaikum.

Jiwa keguruan ini tidak bisa meluahkan kata.Hanya menelan air liur ditekak tatkala manik jernih mula ingin berguguran. Hari ini adalah sejarah bagi jiwa ini bergelar seorang guru atas peristiwa yang cukup indah. Sejarah terpenting dalam kehidupanku. Ingin memeluk erat-erat wajah pelajar itu, jiwa ini memberi harapan besar kepadanya, jiwa ini terkesan tatkala sesuatu yang tidak dijangka telah kulakukan.Senyuman daripada guru-guru lain untuk diri ini memberi makna yang cukup indah.Namun, ada kalanya kejayaan yang dilakukan untuk pelajar ini rasa tercabar oleh individu yang merasakan namaku ini disebut-sebut oleh pelajar tersebut. Jiwa "budak" itu ikhlas. Pujian itu, kuterima dan hanya berkata, ini amanah dan aku telah melakukan seadanya sebagai seorang guru. Aku bukanlah seorang wirawati yang gagah untuk mengubah manusia, sedangkan diri ini hanya melukut di tepi gantang dan terlalu banyak kekhilafan diri ini. Namun, aku percaya, natijah niat yang baik disebalik keikhlasan, mengambil berat terhadap pelajar-pelajar, menghormati pelajar-pelajar dan melayan mereka seadanya akhirnya memberi kejayaan. Biarlah Allah mengetahui disebalik yang berlaku.

Hanya ingin berkata dalam hati:

Terima kasih dan saya tahu walaupun bantuan ini bukanlah sesuatu yang berharga, tetapi saya tahu awak amat terasa dihargai apabila saya mengambil berat tentang awak..semuanya untuk masa depan awak...Semoga keselesaan awak bersama dengan saya sentiasa berpanjangan.Awak menjadi harapan untuk cemerlang. Tatkala awak menangis, saya juga ingin berderai air mata. Saya tahu, dalam kereta tadi lepas awak bersalam dengan saya, awak ingin memeluk saya, cuma awak terhenti seketika kerana saya tidak membalas respon itu. Saya tahu, awak pelajar yang baik, bercita-cita tinggi...teruskanlah...guru kerdil ini sentiasa bersama awak...Hari ini, awak dapat melangkah kaki ke sekolah yang telah lama awak tinggalkan cukup membuatkan saya rasa seperti ingin melompat kegembiraan.Pengetua berkata: kalau boleh dia mahu buat sujud syukur. Saya dapat rasa, jiwa awak selesa bersama saya.Terima kasih kerana kata-kata bermakna kepada saya semasa dalam kereta tadi.Saya hargai dan saya tahu, kata-kata pelajar saya semuanya ikhlas.Mulakan azam baru, itulah kata-kata terakhir saya sebelum awak meninggalkan saya keseorangan di dalam kereta tadi. Ya,Allah, temukanlah aku dengan pelajar-pelajar yang memerlukan aku.Aku bersedia!

Wednesday, July 27, 2011

Pencuri Yang Ikhlas: 2

Assalamualaikum.

Mungkin, kali ini jari ini menulis lagi tentang pencuri yang ikhlas.

Pencuri hati yang ikhlas,
Terus senyap dan membisu,
Hati ini sering tertanya,
Kemana perginya pencuri hati yang ikhlas yang bertakhta di hati ini,
Aku terus menunggu mu dan sabar menanti jawapan yang pasti....

Jika benar,
Pencuri hati yang ikhlas itu,
perlukan ruang dan masa untuk berfikir kembali,
Teruskanlah....
Aku akan sabar menanti waktunya....
Cuma hati ini bisa goyah tatkala pencuri hati yang ikhlas itu,
Terus menyepi....tanpa kata....
Mengertilah....
Seandainya keikhlasan itu melebihi segalanya,
pasti kita akan bertemu jua....
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini....

I really appreciate yOU!You?

Assalamualaikum.

Bacaan ini agak menarik dan hati aku terpanggil. Cubalah baca.

Sometimes I look around me, at my friends,
immediate family, and I realise I don't tell
them enough just how much I really appreciate
them letting me be part of their lives.

Sitting around and waiting for others to express
gratitude isn't very productive.

This is why I recommend that you think of two
people that you truly appreciate.

Then send them an email or call them on the phone
or go up and tell them that you appreciate them
and why you are grateful for what they do.

It's so easy to put it off and say that you'll
wait until you send them a birthday card or come
up with some other excuse to postpone it.

But do it today.

It's such an easy thing to do. Yet so difficult.

Imagine how you would feel if you got an email
out of the blue from a good friend, simply
expressing appreciation.

That should help motivate you.

You see, criticism doesn't ever match the power
of appreciation.

Not even constructive criticism.

So find two people and tell them you sincerely
appreciate what they do in your life.

They will feel good and you'll feel good for
making them feel good.

If you try this exercise let me know how it goes.

AND - I'd like to give you a big thanks for taking
the time to read this, for supporting me and our
team and for just being the wonderful person
that you are.

Tuesday, July 26, 2011

Doaku Untuk Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Allaahumma, innii astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratik. Wa as-aluka min fadhlikal ‘azhiimi, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta’lamu wa laa a’lamu, wa anta ‘allaamul ghuyuub.Allaahumma, in kunta ta’lamu anna haadzal amra khairul lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibati amrii, faqdurhu lii, wa yassirhu lii, tsumma baarik lii fiih.Wa in kunta ta’lamu anna haadzal amra syarrul lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibati amrii, fashrifhu ‘annii, washrifnii ‘anhu, waqdur liyal khaira haitsu kaana, tsumma radhdhinnii bih.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kudrat-Mu.Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini. Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya.

*Kutitipkan doa ini buat Mu, Tuhan. Perkenankanlah doa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkaulah tempat aku Memohon segala keinginan dan hasrat hati. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan hela nafas pada kehidupan ini. Berilah kebahagiaan pada diriku ini dan orang-orang yang aku sayangi, mereka di sekelilingku, limpahkanlah rahmatMu, Tuhan yang aku sayangi lagi tempat bergantung. Tidak ada yang lain yang bisa aku luahkan dan mengadu, selain pada Mu, Ya Rabbi,Ya Karim

Saturday, July 23, 2011

Andai




Assalamualaikum.

Andai kehidupan ini dikuasai pemikiran yang rasional, pasti tiada permasalahan yang wujud. Andai kehidupan ini semuanya indah-indah, tiada yang berduka. Andai jiwa ini sentiasa berkobar dan bernyala, pasti tiada jiwa yang kecewa dek kegagalan. Andai jiwa ini dipenuhi kekuatan bersama Lillahitaala, pasti semuanya mampu dilalui dan diterusi walau onak dan duri meranjau diri....Syukur kepada Allah yang telah mencipta langit dan bumi ini. Terbayang di hadapan mata ingin melangkah masuk bertemu syurga-Mu ya RABBI...Berilah aku peluang untuk menikmati SYURGA-Mu Nan Abadi itu, Allah....

Target RAMADHAN akan KU GENGGAM DAN ingin sekali mencapai MAGHFIRAHMu, YA RABBI, YA KARIM....

Melatih diri berpuasa sebelum kedatangan RAMADHAN
Al-Quran dibaca setiap hari...aku mohon ampun atas dosa kerana ada tidak dibaca setiap hari tidak seperti dahulu...Terima kasih kerana menyedarkan hati ini, YAALLAH...
Kuatkan hati, jadilah wanita yang merendah diri, yang menyayangi diri-sendiri, sentiasa berdikari dan berfikiran baik-baik

Mohon juga pada Allah, pada usia ini dipertemukan jodoh....Andai dia jodohku, permudahkanlah Ya Allah...Semoga rasa ini penuh dengan keikhlasan seperti yang pernah diluahkan. Amin, Ya Rabb

Monday, July 18, 2011

Kebebasan 2: Travel and Trip to Singapore

Bismillahirrahmanirrahim

Holiday pada hari jumaat dan sabtu di Singapura. Banyak ingin dikongsi.Cuma tidak terluah dengan jari-jemari. Jumaat dan Sabtu adalah masa untuk saya bebas mencari ketenangan alam indah ini. Indahnya CIPTAAN-MU YA RABBI.

-Singapore, June 2011-


Song of The Sea yang menggamit rasa ke jiwa


Bersama pelajar-pelajar dan rakan sejawat

Bertamu di Johor seketika

Kebebasan 1 : Travel and Trip to Thailand


Keep smiling forever

Assalamualaikum.

Entahlah, jari tidak punyai hala tuju menulis.Tersasar seketika. Hati menjadi sayu. Rasa pilu. Hambar dan seolah-olah akan merasai kekecewaan. Adakalanya ingin sahaja terus merasai kegembiraan. Berapa lama akan begini menghadapinya?Seminggu, Sebulan, atau setahun atau berapa lama lagi?Percayalah, Allah memberi rasa itu sekejap sahaja. Biarlah berlalu segala duka dan kecewa yang begitu hambar ini. Jiwa perlu diisi dengan kalimahnya. Dengan menikmati alam Tuhan ini sedikit sebanyak membuatkan aku lupa pada "kecewa". Ada ketikanya, aku perlu sendiri.Mahu sendirian. Aku ingin bebas. Bebas mencari anugerah PENCIPTA.

Sesibuk manapun, jiwa ini perlukan kebebasan dan kedamaian jiwa

-Songkhla, Hatyai Thailand-
15&16 Julai 2011













Wednesday, June 22, 2011

Perlu Banyak Memberi

Assalamualaikum.

Aku terbaca di status rakan facebook. Ayat nya tertulis "Boleh saya pinjam masa awak 5 minit, 5 minit pun cukuplah untuk saya bercerita.Saya hargai masa 5 minit tu". Aku terus "like" statusnya. Sangat tersentuh jugak sebenarnya. Perbezaan wanita dan lelaki sangat ketara. Namun, saling melengkapi. Bagi wanita, apabila pasangannya menelefon, cukuplah untuk mendengar suara. Lelaki pula berbeza, ingin mengetahui kandungan dan isi yang ingin dibicarakan. Lelaki terus menanti inginkan kandungan cerita, sehingga si wanita sampai tidak tahu untuk bercerita apa. Bagi wanita, cukuplah dalam sehari boleh mendengar suara pasangan pujaannya itu. Adakalanya, sampai tersasul kerana begitu teruja mendengar suara lelaki pujaannya.

Itulah bezanya antara lelaki dan wanita. Bukan apa, lelaki tidak cukup masa untuk melayan kerenah wanita. Wanita pula begitu halus dan lembut yang perlu diikuti rentak dan kerenah. Namun, jangan keterlaluan, mungkin pasangan akan menyampah. Tak jadi kerja kalau terlalu melayan. Maka, wanita perlu memahami lelaki juga. Tidak semua orang boleh memenuhi kehendak kita. Jadi, jangan terlalu menuntut banyak perkara daripada pasangan. Lebih baik banyak memberi daripada rasa terlalu banyak menerima. Barulah BAHAGIA. Memberi itu bukan dari segi material, sebaliknya memberi untuk rasa dihargai, dihormati dan disayangi. Namun, si penulis blog ini, mampu kah?Tanya diri balik. Heheehe

Tuesday, June 21, 2011

Dulu Satu Jiwa

Assalamualaikum.

Mengalir air mata ini tika mendengar lagu ini. Walaupun tidak ada kaitan, sebagai manusia yang punyai hati dan perasaan aku menyelami lagu ini. Ternyata begitu bermakna sekali. Terimalah daripada Aizat - Perpisahan ini. Aku berdoa, semoga yang berpisah dipertemukan oleh Allah SWT dengan cinta sebenar. Semoga Allah merahmati kita semua. Paling terkesan adalah lirik ini. "Dulu kita satu jiwa satu impian, Susah dan senang kita bersama...Namun itu semua hanya sementara".


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Komenku apabila mendengar lagu ini. Perpisahan itu adalah suatu lumrah dan sudah tertulis. Manusia itu pasti tidak pernah terhenti mencari.Namun, alangkah baiknya jika sedikit kekhilafan itu diperbaiki dan saling bertolak-ansur jika benar-benar ingin memperbaiki perhubungan. Sesungguhnya, setiap manusia itu tidak menyukai perhubungan yang tidak pasti lebih-lebih lagi wanita. Prinsip saya mudah sekali anda mahu atau tidak mahu dalam perhubungan itu. Paling terkesan lagi, dalam perhubungan pasangan dahulunya sering bersama-sama susah dan senang, satu jiwa...Namun, kenapa perlu akhirnya perpisahan...Sebab itulah, aku begitu sukar untuk mendekati cinta, kerana aku tidak suka sekali kepada perkara menyakitkan. Seandainya jodoh itu hadir, pastinya tidak perlu terlalu mencari perkara yang telah Allah SWT sudah tetapkan sejak azali melainkan usaha untuk ke arah kejayaan dan perbaiki hubungan. Soal jodoh, urusan Allah SWT.


Aku mempelajari makna, jangan mengecewakan insan lain kerana kelak...kita akan turut merasai kekecewaan itu...

Monday, June 20, 2011

Ada Aku....

Assalamualaikum.

Hari ini aku MC. MC sebab tidak sihat. Dalam tidak sihat, hati juga tidak berapa gembira walaupun luaran rakan setugas pernah bertanya, hang ni tak reti sedih ka?Kali ini, aku amat sedih sekali. Nak menaip di blog ni sebagai meluah perasaan. Walaupun aku manusia yang ekstrovert, tapi tidak semua soal hati dikongsikan dengan orang lain. Sesungguhnya, aku mahu seperti dahulu. Sudah lama aku bergembira, seronok, capai apa yang diingini, Allah berikan.Cuma, kali ini Dia memberi aku rasa. Tidak semua kehidupan kita dalam keadaan baik. Sudah lama aku tidak menangis. Bila sedih, terasa sekali ingin bawa diri jauh-jauh.Seringkali, walaupun laluan kejayaan itu mudah bagiku, aku tetap melalui jalan berliku. Hakikat orang nampak, aku capai dengan mudah. Namun, aku juga punyai hati dan perasaan. Air mata menjadi terapi tatkala bersedih.Terima kasih Tuhan kerana mencipta air mata untuk aku. Namun, tabahlah Nor Afiti Mohd Basri. Tutuplah kisah sedih. Kita buka cerita lain.Air mata sudah dikesat.

Semalam aku terbaca artikel. Tepat sekali. Pasangan pasti tidak suka apabila kita bercerita tentang lelaki atau wanita lain. Jadi, apa yang tidak disukai pasangan, elakkanlah bercerita. Pasangan adalah tempat untuk kita berkongsi segalanya. Walaupun sudah bergelar suami isteri, proses saling mengenali adalah sepanjang masa sehingga akhirnya terpisah kerana kematian. Pastinya, kebahagiaan itu akan wujud apabila saling mempercayai dan keikhlasan yang tinggi. Sering bersama ketika susah dan senang. Paling pasti, setelah memberi kepercayaan pada pasangan, janganlah pula mengabaikan pasangan kerana kata-kata yang manis itu boleh diucapkan pada bila-bila masa sahaja. Jika pasangan bukan jenis pandai memujuk, perlulah difahami, tidak semua pasangan ada kemahiran pandai memujuk. Paling pasti, pujuklah diri sendiri. Terus berdikari. Walaupun pasangan seorang yang berdikari, hati dan perasaannya perlu difahami dan diselami sebaik-baiknya. Kelemahan kita mungkin kekuatannya dan kekuatan kita mungkin kelemahannya. Ketika ini, amat perlu sikap bertolak-ansur dan sering membimbing pasangan.


Selamat menempuh alam ujian. Ujian itu akan berakhir sehingga saat kematian. Dengan cara itu, kita akan peroleh pahala dan kejayaan disebalik kesabaran yang kental.
Senyum tak perlu kata apa-apa!


Semoga energi positif sentiasa dalam diri.


Sekian,
Terima kasih

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42