Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, October 26, 2009

:Saat Terakhir Berkumpul Bersama Sahabat-Sahabatku, =(


















Juri-juri pada malam itu..huhu



Ni sorang lagi geng Taman Bernam
Laip buat lawak apa la ni..sampai aku gelak






Budak dalam kelas ku yang pekat teramat loghat Penang nyer..




Dekat lah pulak nampak,.biasalah dalam kamera nampak dekat..padahal jauh..isk,,
Myself without spekk daa..



Dengan kawanku yang banyak membantu masa PRK dulu..
Aku dengan jehang...budak Taman Bernam yang paling kecoh

Me and Sal...sem 1 dan 2 1 rumah nii..uhuhu
Me and Dila
Me and my friends
Yati and me


Myself in white shawl
Kami Geng Taman Bernam..aku sorang jer perempuan..apapun geng uklk ni mmg best

Me and Illyani










































Sahabat-sahabat yang dari semester 1 hingga semester 7 yang sama-sama berjuang..sedar tidak sedar sudah nak keluar dari UPSI...Bak kata Freddy, semoga kita sama-sama saling ingat, jangan suatu hari nanti apabila ditanya, contoh, Azril..kita akan kenal siapa dia..bukannya tanya yang mana satu Azril..Itulah kata Freddy yang paling berkesan...Semoga kita semua akan menjadi manusia yang berguna apabila keluar kelak..semoga semuanya berjaya dan menjadi kaunselor berjaya dan berjaya juga dalam lapangan demi memanusiakan manusia...InsyAllah!!!

Often your tasks will be many,
And more than you think you can do.
Often the road will be rugged
And the hills insurmountable, too.
But always remember,
The hills ahead
Are never as steep as they seem,
And with Faith in your heart
Start upward
And climb 'til you reach your dream.
For nothing in life that is worthy
Is ever too hard to achieve
If you have the courage to try it,
And you have the faith to believe.
For faith is a force that is greater
Than knowledge or power or skill,
And many defeats turn to triumph
If you trust in God's wisdom and will.
For faith is a mover of mountains,
There's nothing that God cannot do,
So, start out today with faith in your heart,
And climb 'til your dream comes true!

Sunday, October 18, 2009

Semoga Arwah Bapa Aku Mohd Basri Bin Haji Othman tenang di sana

Nukilan arwah yang minat menulis yang sempat aku rakamkan

Hasrat arwah yang tidak kesampaian
Arwah belajar belum sempat habis..semoga ini suatu jihad arwah walaupun banyak tentangan dan cabaran...semoga beroleh pahala yang tinggi

Aku terjumpa tulisannya pada buku..



Mulianya niat dan hasratmu papa
YA Allah kurniakanlah balasan yang baik dan pahala pada papaku ini
Menitis air mata aku membaca coretan ini..ketika beliau sakit...tulisan pada tahun ini..

Alat inilah yang aku simpan baik-baik..yang pernah arwah cari makan untuk menyara kami suatu ketika dahulu...arwah hanya pembantu hospital sahaja, namun untuk memewahkan kami adik-beradik suatu ketika dahulu, arwah rela membuat kerja sampingan di rumah..mulianya hati mu papa!!!!
Banyak lagi yang arwah tulis, tidak mampu aku rakamkan..air mata mengalir deras..semoga papa sentiasa ada dalam hati aku untuk aku teruskan perjuangan ini...

Bismillahirrahmanirrahim

Terasa sebuah kehilangan. Genap usia 46 tahun, bapa aku Mohd Basri Bin Othman telah kembali mengadap Tuhan yang mencipta dan memberi nyawa. 12 Oktober 2009, jam 5-6 pagi di rumah bekas kakak iparnya...Terasa seperti mimpi dan khayalan sementara. Ya Allah Ya Tuhanku, aku anak sulung kepada allahyarham bapaku, aku mendoakan agar bapaku Mohd Basri Bin Othman berada dalam kalangan insan-insan yang terpilih dan peringkat tertinggi di akhirat YaAllah..aku sedar sepanjang tiga tahun kebelakangan ini arwah sakit YaALLAH...sepanjang kehidupannya tidak pernah sesekali insan ini menyakiti hati mana-mana manusia sepanjang aku lihat...sifatnya yang pemurah walaupun dalam keadaan dirinya tidak berupaya amat aku kagumi dan sikap untuk berbuat baik kepada manusia-manusia lain amat menjadi contoh teladan pada aku YAAllah..YAAllah, aku sedar, perancangannya tidak kesampaian dan jihad bapaku yang mencintai ilmu pengetahuan itu masukkanlah dalam diri aku setakat mana yang baik dan elok. YA Allah, Engkau berikanlah ketenangan pada bapaku MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN ketenangan dan keberkatan sepanjang kehidupan beliau dan sifat dirinya yang sentiasa membantu insan-insan lain walaupun dirinya tidak berupaya...Engkau berkatilah...Aku amat mengagumi allahyarham bapaku ini kerana mendidik aku banyak perkara...Nasihatnya agar aku membantu orang yang lebih susah itu walaupun kita susah amat memberi kesan kepada aku. Cita-cita beliau yang tidak kesampaian, berikanlah kekuatan pada aku dan adik-beradikku yang lain. Allahyarham pernah menyatakan, beliau tidak mahu melihat anak-anak susah dan Allahyarham sanggup berbuat apa sahaja. Makbulkanlah doa-doa bapaku Mohd Basri Bin Othman untuk melihat kejayaan-kejayaan kami. Engkau lebih mengetahui apa yang Engkau catatkan untuk bapaku.Aku mendoakan syurga menanti allahyarham MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN. Sebagai anak, aku ingin melihat bapaku Mohd Basri Bin Othman menjadi penghuni syurga. Maka, aku akan jaga diri aku agar tidak tersasar daripada agama.

Sesungguhnya aku pernah berdoa..."YAALLAH YATUHANKU, AKU TIDAK SANGGUP MELIHAT PENDERITAAN YANG AYAH AKU ALAMI, MAKA AKU BERSERAH KEPADAMU".Maka, apa yang Tuhan telah tentukan ini, ini adalah yang terbaik walaupun kehilangannya ibarat sebutir permata bagi diri aku. Insan yang menjadi bapaku ini seorang yang cinta pada ilmu pengetahuan dan berwawasan tinggi. Aku mengaguminya YAAllah kerana mengurniakan aku seorang bapa yang baik. Apabila ketika allahyarham sakit, manusia-manusia sekeliling ibarat kacang lupakan kulit. Apabila ayah aku ini meminta bantuan, tidak ada sesiapa yang mahu mendekati. Namun, aku tidak pernah melihat putus asa pada ayah aku. Segala-galanya Allah akan balas apa yang orang telah lakukan pada papa aku dan semoga yang papa aku lakukan diberi pahala yang tinggi.

Pada usia 42 tahun, bapaku diluluskan untuk pencen awal. Maka, dari situlah bermula segalanya pencariannya. Kehidupannya yang survival, langsung tiada fun penuh dengan liku-liku hidup amat meruntun hati..Maka, 3 tahun ayah aku menderita perasaan siapa yang mengambil tahu..Aku jauh di sini untuk menjenguk, melihat keadaannya, duduk memahami tidak sefaham-faham aku ketika aku amat rapat dengan beliau. Maafkan tie, papa...Kali terakhir aku sempat mengucup tangan bersalam dengan ayah aku pada hari raya puasa tahun 2009. Mungkin hikmah aku tidak pulang berhari raya di Thailand. Itu kali terakhir aku bersalam dengan papa aku..menangis tersedu-sedan mengalir air mata, dan aku merasakan beliau masih bersamaku dan semangatnya akan aku sambung. Cita-citanya untuk habiskan belajar dalam perubatan alternatif tidak kesampaian. Beliau ingin melihat aku grad juga tidak kesampaian. Amanatnya untuk aku sambung pelajaran sampai peringkat tertinggi, InsyaAllah, semoga semangat tidak putus-asa ada dalam diri kerana aku anak MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN. Badannya yang berisi menjadi susut amat memeranjatkan aku pada tahun lepas..aku yang pulang sekali-sekala ke kampung kerana berjauhan di sini amat sedih melihat keadaannya...pernahkah aku bertanya kenapa badannya susut???Aku ingat, ketika aku kanak-kanak, ketika itu aku sakit, beliau lah yang bersungguh-sungguh..aku ingat ketika aku sakit dada masa darjah 2, siapa yang mendukung aku ke hospital? Apabila dia sakit, pernahkah aku duduk tanya penderitaan yang dia alami..dan aku hanya sekadar tahu penyakit-penyakitnya sahaja..ketika aku kecil, kena marah pada mak aku, siapa yang back up aku?Ketika aku kecil, siapa yang ajar aku membaca, siapa yang ajar aku melukis????Ketika aku kecil, siapa yang pergi daftar untuk aku belajar di darjah 1?Masa kecil, siapa yang degil conteng kain rentang masa ayah aku sedang melukis???Ada ayah aku marah???Masa aku tingkatan 4, siapa yang beri galakan untuk aku ke Melaka wakil negeri?Masa aku kecil, siapa yang ajar aku gosok gigi cara yang betul, cara pemilihan berus gigi yang betul?Siapa yang berikan kemewahan pada aku...???Ketika tingkatan 3 aku beritahu nak komputer, papa aku rela beli demi lihat anak-anak gembira..sapa yang bersabar dengan aku time aku meragam???Tapi, aku tak sempat pun untuk beri kesenangan pada papaku, aku tidak sempat pun untuk mengubat papaku...cuma aku pernah bercakap dengan adik-adik aku plan untuk ayah aku sahaja...Aku tidak sempat...cuma aku sempat menyenangkan hatinya dan memberikannya kebanggaan memperoleh anak yang sentiasa ingin membanggakan hati kedua ibu bapa...dan anak yang menjaga diri daripada terlibat dengan perkara tidak baik...

Tempatkanlah bapaku di akhirat dalam kalangan ahli syurgaMu YAALLAH...hadirkanlah cahaya-cahaya menerangi bapaku MOHD BASRI BIN OTHMAN di alam kubur..tenangkan roh beliau dan hadirkan sentiasa rasa ayah aku ada bersama-samaku...Hanya doa yang mampu aku kirimkan....Ameen Yarabbal Alameen.



Ketika allahyarham Mohd Basri Bin Haji Othman pada usia muda


Sebelum arwah sakit
Sebelum arwah sakit

Sebelum arwah sakit

Sesungguhnya, sampaikanlah Tuhan bahawa aku benar-benar merindui papaku MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN. Sampaikan salam kepadanya Tuhan, aku mendoakannya menjadi ahli syurgaMu Tuhan..dan sampaikanlah bahawa anaknya ini yang tidak sempat melihat arwah ketika di kebumikan akan menyambung wawasan dirinya...dengan landasan dan syariat2 ISLAM YA ALLAH...Al-Fatihah...

Thursday, October 8, 2009

Panjangkan Usianya

Nenek aku sedang sakit
Berada di hospital
Mami aku balik jaga dia di sana
Patutlah aku gelisah tidak senang duduk
Dua minggu kebelakangan ini aku blur
Agak tensen dengan kerja yang tidak reti nak sudah
Lebih baik berdiam
Jika aku terhangin tiba-tiba
mintak maaflah ya mungkin keadaan tidak stabil
Doakan nenek aku panjang usia
usianya mungkin sudah menjangkau 90 tahun
masih kuat ingatan
ibuku memberi contoh terbaik kepadaku
Setiap kali nenek aku sakit
pasti dia akan menjaganya dan selalu di sampingnya
"YaAllah Ya Tuhanku, panjangkanlah usia nenek aku, engkau
kuatkanlah dirinya untuk hadapi hari tua, panjangkanlah usianya dan
kasihlah dirinya dan berkati hari tuanya..
cucunya ini amat kasih padanya
Ameen

Sunday, September 27, 2009

1-1-2

Assalamualaikum.

Kalau semalam terjumpa gambar Nazira Jiat, kali ini terjumpa pula gambar As. Sahabat aku ini jenis sahabat susah senang boleh bersama. Itulah yang dapat aku katakan pasal empunya diri dalam gambar di sebelah aku itu. Dengan dia ni macam-macam episod. Mengalir air mata, semangat, perjuangan, kesusahan, kekeluargaan dan pelbagailah yang kami kongsi. Kadangkala untuk FUN memang enjoy sakan sebab sama-sama jenis gila-gila jugak. Kalau orang kenal aku memang akan cakap aku ini gila-gila. Dalam masa yang sama juga aku boleh berubah channel jadi serius termasuklah berkawan dengan kawan aku ini. Era untuk meninggalkan UPSI akan tiba tidak lama lagi, maka aku akan upload kan gambar bersama kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup aku ini. Terima kasih banyak-banyak sebab aku hargai dia walaupun nampak aku dengan dia biasa-biasa di luar, tapi dalam masa yang sama ada juga tempat bersamanya itu.


Gambar masa semester 3

Ready..ready....

Ketika cuti semester, sebelum buka sem

Gambar semester 7. Ketika ini Asmawani pergi bantu aku untuk bincang pasal tesis. Dialah yang drive untuk aku...nak harap aku drive, tak sampai-sampai agaknya..uhhuuhu..kalau naik kreta dengan dia ni..pecut 120- 130 km pun dia dah biasa..jangan main-main...vroommmmmmm!!!

1-1-1

Assalamualaikum

Makin menyepi blog aku sekarang. Mahu menulis entri-entri dan perkara yang berlaku rasa tidak mampu untuk menulis. Mungkin kerana terlalu laju perkara-perkara yang berlaku, maka tangan ini tiada tenaga untuk menulisnya. Kadang-kadang, perkara yang penting berlaku tidak mampu dicoretkan, tetapi peristiwa yang lepas dan biasa-biasa pula mampu dicoretkan. Tidak mengapalah. Tunggu mood datang, perlahan-lahan ada keinginan menulis maka tangan ini akan menulis. Aku terjumpa gambar dengan rakan aku ketika saat di UPSI.


Mungkin tertanya-tanya siapa orang di sebelah aku ni. Gambar ini diambil ketika program Bedah Buku. Aku mengenali insan ini seorang yang terpuji akhlaknya. Seorang yang berjiwa besar walaupun badannya kecil. Minat dalam politik. Maka, aku dan Nazira pernah bertanding dalam pilihanraya di UPSI suatu ketika dahulu. Masing-masing membawa ideologi dan keunikan tersendiri. Suatu ketika, dirinya pernah membantu aku. Jika aku ada hal, tergesa-gesa, motosikalnya akan jadi mangsa aku jika ada apa-apa hal di UPSI. Maklumlah ketika itu masing-masing berada di Kolej, sebelah rumah pulak tu..Sekarang tinggal di Taman Bernam, dia pula tinggal satu taman dengan aku. Jika aku ada kemusykilan dalam agama aku pernah minta pendapatnya juga. Kami satu kos juga.

Perangai aku memang tidak boleh lari dengan perhatikan orang. Kesimpulannya, aku boleh katakan dia ini seorang yang beruntung dan memang dilahirkan beruntung. Inilah Nazira Bt Jiat. Terima kasih sepanjang mengenalinya. Tiba-tiba mahu di upload gambar ini..

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua
Mohon maaf salah dan silap, secara sedar atau tidak sedar,
Halalkan makan dan minum, perkongsian dan segalanya yang terlepas pandang
Salam Aidilfitri


Thursday, September 3, 2009

BOLEH DAPATKAN BUKU INI SEKARANG (NOVEL PERJUANGAN ISLAM DAN PEJUANG TANAH AIR)

Penerbit: PTS Litera Sdn BhdHarga: RM21 / RM RM24 (Sabah & Sarawak)978-983-3892-42-6Tarikh Terbit: 15 August 2009384 muka surat.
Novel "Mat Kilau Pahlawan Pahang" mengisahkan sejarah dan kepahlawanan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Imam Perang Rasu dan lain-lain ketika menentang campur Inggeris di Pahang. Kisah diceritakan sejak dalam kandungan hingga pahlawan Mat Kilau meninggal dunia.Benarkah lelaki tua yang dikenali dengan nama Mat Siam itu adalah Mat Kilau?. Apakah bukti-buktinya?. Siapakah yang mengesahkan beliau adalah pahlawan Mat Kilau?. Kenapa beliau menentang Inggeris?. Kenapa Mat Kilau menyembunyikan diri dan sering menukar namanya?.Semua persoalan itu terjawab setelah membaca novel sejarah ini.

Harga RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak)
Nama Umar al Khattab memang tidak asing lagi di kalangan umat Islam. Kisahnya memang menarik, bermula dengan memusuhi Nabi Muhamad s.a.w, kemudian menjadi pengikut setia sehingga namanya tersenarai antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Kemudian beliau dilantik menjadi khalifah Ar Rasyidin yang kedua selepas Abu Bakar As Siddiq meninggal dunia.Umar al Khattab adalah Reformis Dunia Islam kerana berjaya membawa perubahan serta kemajuan dalam pemerintahannya selama 10 tahun 6 bulan. Seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam.Selain sebagai penakluk Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam pelaksana undang-undang syariah dan Berjaya membentuk sebuah Negara Islam yang baru.Novel Umar al Khattab Reformis Dunia Islam ini antara novel sejarah Islam yang laku keras dan telah diulangcetak.
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd Harga: RM24 / RM RM27 (Sabah & Sarawak)978-983-3892-41-9Tarikh Terbit: 25 July 2009Jumlah Muka Surat : 256 halaman
Nama Hulagu Khan menjadi terkenal serta diingati ramai kerana beliau berjaya menakluk serta memusnahkan Kota Baghdad pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah pada tahun 1258. Tentera Salib yang paling gembira dengan kehancuran kota Baghdad itu kerana sebelum itu mereka pernah dikalahkan oleh Sultan Salahuddin al Ayubi dalam perang salib. Malah ada yang mengatakan mereka turut membantu Hulagu Khan.Nama Hulagu Khan tercatat dalam sejarah Islam sebagai pahlawan Monggol yang paling kejam kerana membunuh ramai umat Islam serta menghancurkan peradaban Islam di kota Baghdad.Novel ini ditulis pada tahun 2007. Kerana beberapa sebab ia agak lambat diterbitkan.Setelah selesai menulis kisah empat pahlawan Islam iaitu Khalid al Walid, Ikramah bin Abu Jahal, Salahuddin al Ayubi dan Tariq bin Ziyad, saya ingin merakamkan kisah kejatuhan kota Baghdad. Saya pilih Hulagu Khan kerana dia ada kaitan dengan peristiwa tersebut. Walaupun ramai yang beranggapan Hulagu Khan adalah musuh Islam dan bukan pahlawan Islam, tetapi kisahnya amat menarik serta ada kaitan dengan sejarah kejatuhan kota Baghdad.Kenapa Hulagu Khan menakluk kota Baghdad?. Kenapa dia bersikap kejam terhadap umat Islam?. Kenapa kerajaan Bani Abbasiyah yang telah berkuasa selama lebih 500 tahun dengan mudah berjaya ditumbangkan oleh orang-orang Monggol?. Siapakah pahlawan Islam yang berjaya mengalahkan orang-orang Monggol?. Bagaimana mereka boleh dikalahkan?. Apa yang terjadi kepada Hulagu Khan setelah menakluk Kota Baghdad?. Semua persoalan itu akan terjawab setelah membaca novel ini.

BILAL BIN RABAH Pengumandang Seruan Langit
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN BHD
Harga RM 26.00
274 muka surat

Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Karena itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda' (putra wanita hitam).Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Setelah ayahnya meninggal dunia Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.Bilal termasuk mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu lalu diseksanya Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.Kerana itu Bilal bin Rabah disiksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dipukul kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil maka dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala dan padang pasir panas membara Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu Bilal disebat dengan cemeti dan ditindih dadanya dengan batu. Namun Bilal tetap teguh imannya menghadapi penyiksaan tersebut. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al Latta dan al Uzza tetapi mulut Bilal menyebut “Allah,,,Allah…Allah.”Siksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as Siddiq lalu membelinya dari Umaiyah dengan harga Sembilan uqiyah emas. Menurut Umaiyah jika Abu Bakar membelinya dengan satu uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Munurut Abu Bakar pula jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.Apabila Nabi Muhamad diberitahu mengenai perkara itu baginda memuji Abu Bakar as Siddiq dengan berkata "Kalau begitu, biarkan aku berkongsi denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar."“Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal,” kata Abu Bakar as Siddiq pula.Bilal bin Rabah pernah hidup pada tiga zaman iaitu zaman Jahiliyah atau zaman sebelum kedatangan Islam, Zaman Nabi Muhamad SAW pembawa risalah Allah dan Zaman Khalifah ar Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.Pada zaman Jahiliyah Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah beliau dilantik menjadi tukang azan (Bilal). Beliau juga turut serta semua peperangan yang disertai Rasulullah SAW.Sesudah Nabi Muhamad SAW wafat, Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut naman “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as Siddiq, Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang mereka yang engkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.Pada masa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, sekali lagi Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dibenarkan. Bilal membawa isterinya sama-sama pergi berjihad pada jalan Allah. Keduanya turut bersama tentera Islam menakluk Baitul Maqdis.Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan (Bilal) di Masjidil Haram. Tetapi ditolak oleh Bilal.Apabila pulang ke Madinah Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi ditolak juga oleh Bilal. Kemudian Khalifah Umar al Khattab sendiri yang memujuk Bilal namun tidak Berjaya juga. Kerana tidak sanggup berada di Madinah maka Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan sehingga mereka marah terhadap Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah/ 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Ketika itu beliau berumur 63 tahun.
Harga : Semenangjung RM 24 /
(S/S) 27
Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah ketika berumur 70 tahun, memerintah selama 12 tahun (644-656) meninggal dunia ketika beumur 82 tahun akibat di serang oleh mereka yang menentang pemerintahannya. Dari tahun pertama hingga tahun ke enam pemerintahannya penuh dengan kejayaan dan kegemilangan. Empayer Islam berkembang luas hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negeri di Eropah. Beliau juga berjaya membina Armada Islam sehingga berjaya melumpuhkan armada Rom. Tetapi dari tahun ke 7 hingga ke 12 pemerintahannya berlaku kacau bilau sehingga berakhir dengan pembunuhan khalifah. Orang yang bertanggungjawab menimbulkan huru- hara itu ialah Abdullah bin Sabak seorang Yahudi yang

Orang yang bertanggung jawab menimbulkan huru hara itu ialah Abdullah bin Sabak seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Dia menghasut orang ramai supaya menentang Khalifah Uthman Affan dengan tuduhan tidak layah serta menyalahgunakan kuasa. Bagi membangkitkan kemarahan orang ramai Abdullah bin Sabak menuduh Uthman Affan merampas hak Ali bin Abu Talib yang sepatutnya menjadi khalifah. Dia juga mengagong-agongkan Ali sehingga sanggup mengatakan sepatutnya Ali yang menjadi nabi akhir zaman, tetapi Malaikat Jibrail tersilap menurunkan wahyu kepada Muhamad.Uthman Affan mendapat gelaran "Zun Nurain” yang ertinya memiliki dua cahaya kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu Ruqayah dan kemudiannya dengan Ummu Kalthum. Antara jasa Khalifah Uthman Affan yang besar ialah penyusunan semula Al Quran. Beliau menggunakan sebutan loghat Quraish dan al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Beliau juga membesarkan Masjid Nabi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah.
Untuk dapatkan buku-buku ini, anda boleh menghubungi saya :
Afiti (017-9261440) dan buku ini akan sampai kepada anda.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42