Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, April 22, 2011

Pencuri Yang Ikhlas

Assalamualaikum.

Mungkin Tuhan telah memberikan rasa "dipunyai"untuk saya. Semoga dialah yang menjadi pelengkap kehidupan saya. Sahabat saya berkata, usia 25 sudah cukup sangat masanya untuk berfikir ke arah itu. Benar sekali. Sudah tiba masanya dan tidak perlu berahsia dengan diri sendiri. Tuhan telah mendengar apa yang saya niatkan. Semoga kami berbahagia. Wanita laksana mawar berduri. Harum baunya tapi bukan mudah untuk didekati. Hanya pemilik mawar itu sahaja yang mampu memilikinya. Alhamdulillah. Semoga ada jodoh antara kami. Berdebar sebenar rasanya. Apabila sudah jodoh, begitu mudah pula perkenalan ini. Biarlah apa yang dirasa ini terus berkekalan.Saya berdoa agar dipermudahkan jalan-jalan menuju kebahagiaan. Hati saya tidak pernah dicuri lagi sebelum ini, walaupun ada pencurinya tetapi saya tetap tidak goyah.


Namun, kali ini, Tuhan membenarkan untuk pencuri itu mencuri hati saya.Mungkin orang itu benar-benar layak untuk mencuri. Namun, dia mungkin pencuri yang ikhlas dan terbaik buat saya. Allah lagi Maha Mengetahui. Semoga segalanya berakhir dengan memori yang baik sekali. Saya percaya dan yakin, Allah sentiasa bersama-sama saya membantu saya dalam mencari sinar kebahagiaan. Alhamdulillah wallahuakhbar. Semoga berakhir dengan baik dan bahagia.


2 comments:

qila~ said...

Bertunang? Tahniah sis :) semoga ini yang terbaek..

AFITI said...

oh..belum lagi..proses taaruf je..insyAllah kalau ada jodoh..amin..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42